Malam ini malam Jumaat...sapa nak dengar cerita seram?
Tak payahlah kita bercerita tentang kisah seram, nanti susah nak tidur pula. Jom kita bercerita tentang hijab.
Tapi ia bukan tentang hijab yang korang pompuan pakai atas kepala tu, tapi hijab mata. Eh, mata pun pakai hijab?
Begini...dua tiga minggu lepas JR dengar kata-kata seorang ustaz di TV tentang 'hijab mata'. Kata ustaz itu Allah sengaja menjadikan mata manusia ditutupi oleh beberapa lapis hijab. TujuanNya supaya kita manusia tidak ternampak alam ghaib yang mungkin boleh menyebabkan kehidupan kita tak tenteram. Bayangkan jika Allah buka hijab mata, lalu akan ternampaklah kita makhluk-makhluk pelik yang terdiri dari jin, iblis dan syaitan di sekeliling kita. Atas siling rumah ada jin yang bergayut, dekat meja makan ada lidah iblis terjelir memasuki pinggan, dalam bilik tidur ada syaitan yang bertaring dan bertanduk sedang memerhatikan kita, ketika memandu atas jalan raya nampak makhluk berambut panjang dan bertaring bergayut di ranting pokok. Bagaimana manusia nak hidup jika Allah membuka hijab untuk nampak alam ghaib?
Sebab itu Allah menutup hijab mata kita. Cuma ada sesetengah manusia Allah bukakan hijab mereka, mungkin di buka selapis, dua lapis atau tiga lapis hijab. Maka bagi mereka yang terbuka hijabnya akan nampaklah akan ghaib. Mereka mudah nampak iblis, mengalami peristiwa seram, sedang orang yang tertutup hijabnya tak nampak langsung apa yang mereka nampak.
JR tak pasti JR masuk kategori mana - hijab tertutup rapat atau Allah membukanya sedikit?
Dalam hidup JR pernah melihat atau mengalami benda-benda pelik yang dari akal waras macam nampak tak masuk akal. Sebahagian yang JR nampak dan alami pernah diceritakan dalam blog ini:
1. Kisah Benar Terjumpa Pocong
2. Benarkah Rumah Kami Berhantu?
3. Misteri Bayangan Tangan Hitam
4. Misteri Bayangan Tangan Hitam Pt. 2
5. Terjumpa Hantu Tengelong
6. Hantu Spirit Of The Coin
7. Jumpa Pontianak Di Asrama
8. Budak Misteri Di Tengah Bendang
9. Hantu Batu Pahat
10. Hantu Pokok Durian - (Ini kategori lawak seram)
Jikalah Allah telah membuka sedikit hijab di mata JR, JR berdoa semoga ia ditutup kembali. Jika bukan berkaitan hijab, tapi cuma ujian Allah, JR harap diberi kekuatan ketika menghadapi ujian itu....
Subahanallah..Allah yang mentadbir segala cekarawala..semoga kita terhindar dari ganguan yg tak diingini. Jaga solat dan ingat padaNya.amin
ReplyDeletemungkin kelebihan yg org lain tak ada..moge dilindungi selalu..follow n like blog ni..^^
ReplyDeletebiarlah tertutup hijab sbb saya tak sanggup nak tengok makhluk2 lain hehe
ReplyDeleteSamalah dengan saya.. biarlah saya hijab saya tertutup.. tiada kekuatan untuk melihatnya.
Deletealamak seramnya..pernah alami senua tu ke
ReplyDeleteNurul ade juga kawan cakap pasal ni, Hijabnye dibuka berapa lapis tak tau la.. Adakah ia satu kelebihan atau kekurangan? hanya Allah yang mengetahui...
ReplyDeleteTak sanggup rasenye kalau mata ana ni terbuka hijab. Nauzubillah.
ReplyDelete