Ini kisah benar yang berlaku lebih dari 10 tahun lalu. Tapi JR tak boleh ceritakan lokasi sebenar kisah ini. Takut pula nanti orang tak mau pergi ke situ lagi. Lagi pun mengikut staf di situ peristiwa-peristiwa gangguan seperti itu bukan selalu berlaku...
Ceritanya bermula apabila satu hari boss JR menunjukkan surat yang mengarahkan JR menghadiri satu kursus di sebuah institusi latihan di Utara tanah air. Ia adalah kursus wajib kenaikan pangkat. Jika tak pergi JR akan hilang seniority, menjejas kenaikan pangkat, kenaikan gaji dan elaun...
JR sebenarnya agak keberatan nak pergi kerana kursus itu bukan selama 3 hari, bukan juga 3 minggu tapi 3 bulan. Isteri pula ketika itu sedang mengandung 5 bulan. JR ketika itu bertugas di KL. Bermakna selama 3 bulan berkursus, isteri yang mengandung perlu menghadapi segalanya bersendirian di KL. Kecuali hari Jumaat dan Sabtu saja JR akan bertolak dari bandar X balik ke KL menjenguk isteri.
Tapi selepas berunding dengan isteri, JR akhirnya terpaksa terima juga tawaran berkursus itu kerana ia adalah kursus wajib. Demi masa depan keluarga..
Dipendekkan cerita, walaupun berjauhan dengan keluarga, tapi kursus di pinggir bandar X tu memang agak interesting. Dapat rakan-rakan baru yang sebahagiannya seperti JR dah pun berkahwin. Setiap hujung minggu (petang Khamis) kami yang tinggal di KL dan dah berkeluarga ni akan pulang ke KL. Hari Sabtu (malam) kami akan balik ke bandar X dan tiba di asrama pada hari Ahad kira-kira jam 6 hingga 7 pagi. Ada yang menaiki bas, ada yang naik kereta secara bergilir-gilir.
Yang paling best, kerana ketika itu tak banyak kursus, kami peserta kursus (lebih kurang 30 orang) diberi bilik single siap dengan bilik air dan sebuah freezer kecik di dalamnya. JR mendapat sebuah bilik di tingkat 4 (tingkat paling atas). Bilik paling hujung di sebelah bilik JR dibiarkan kosong tak berpenghuni.
Kawan-kawan sekursus kebanyakannya bekerja di KL, Selangor, Perak, Penang dan Kedah. Kebanyakannya memang sangat friendly, kecuali seorang yang bernama Kay yang JR tak berapa berkenan perangainya. Kay yang berbadan besar (berat badan lebih 100 kg) dan berkepala botak selalu tunjuk pandai, gemar 'mengena' orang, suka buat bising dalam kelas dan yang paling JR benci dia suka bercakap besar.
Semuanya berjalan OK sepanjang kursus selama 3 bulan itu. Hinggalah suatu hari hampir-hampir di penghujung kursus, kira-kira 2 minggu sebelum kursus 3 bulan tu habis, berlakulah peristiwa ini:
Pagi itu ketika JR turun untuk breakfast di cafe asrama, ramai kawan-kawan JR kelihatan duduk berkumpul membincangkan topik yang sama: HANTU!! Kumpulan hujung sana cakap pasal hantu, kumpulan hujung sini pun cakap pasal hantu dan semua orang tiba-tiba dah seperti fobia dengan hantu, hantu dan hantu...
Apa yang sebenarnya dah jadi? Mengapa tiba-tiba JR tak tau apa yang sebenarnya berlaku di sini?
"Apa yang berlaku..awat semua orang cakap pasal hantu??" tanya JR kepada seorang rakan.
"Laa..hang tak tau ka?" jawab kawan JR yang ketika itu bertugas di sebuah pejabat di Komtar, "Ramai kawan kita malam tadi kena gangguan"
"Ramai kena gangguan...sapa kacau depa?"
"Semua yang duduk di tingkat bawah diganggu lembaga misteri. Dia mai ketuk pintu bilik pukul 2.00 pagi di semua bilik tingkat bawah. Bila depa buka, tak dak orang pun. Setiap bilik di tingkat bawah kena gangguan tu, bukan ketuk sekali tapi tiga empat kali setiap bilik.."
"Depa yang biliknya diketuk tu buka ke pintu bilik depa?"
"Bila depa buka tak dak sapa-sapa pun di luar bilik. Bila nak tidur, pintu diketuk lagi dan kalau buka tak ada sapa-sapa juga."
"Ada orang nak bergurau kot!" kata JR cuba menyedap hati kawan tu.
"Bergurau apa pukul 2.00 pagi. Lagi pun bila dibuka memang tak dak orang. Tapi yang paling teruk kena gangguan Kay lah"
"Awat dengan Kay?" (dalam hati: padan muka dia!!)
"Kerana tak tahan berkali-kali pintu biliknya diketuk dia naik geram dan mencabar: 'Hoiiii....kalau berani awak tunjuklah muka hodoh awak tu...tunjuk kat aku!!!" kata Kay sambil membuka pintu bilik dengan kasar.."
Dan apa yang Kay nampak selepas membuka pintu bilik mengikut rakan JR tu sangat menyeramkan: seorang wanita berpakaian serba putih menggendong seorang budak sedang berdiri di depan pintu biliknya. Wanita berambut panjang hingga ke kaki itu kata Kay mempunyai gigi yang sangat hodoh dan mata merah yang menyebabkan dia menjerit histeria mengejutkan penghuni asrama lain di tingkat bawah dan tingkat dua.
Malam itu dan sehingga kursus habis Kay tak berani lagi tidur berseorangan dalam biliknya. Dia menumpang rakan di sebelah biliknya. Selama seminggu juga Kay diserang demam panas..
Bila kami tanya hal itu kepada seorang pensyarah ketika sama-sama makan di cafe, Encik Roger kelihatan terkejut. Mula-mula dia tak mau bercerita, tapi akhirnya membuka mulut juga:
"Saya ingatkan 'benda' tu dah tak ada dah. Kali terakhir pompuan rambut panjang dengan anaknya datang kacau penghuni asrama ni 3 tahun lepas. Pihak institusi latihan ni dah panggil dukun pindahkan lembaga tu ke tempat lain. Tapi macam mana dia boleh datang balik errrr? Tak pa lah, nanti saya beritau Pengetua, kita akan selesaikan masalah ni" janji Encik Roger.
Malam tu ramai peserta kursus yang tak berani tidur berseorangan, mereka berkongsi bilik. Hanya beberapa orang, termasuk JR yang masih memberani kan diri tidur bersendirian dalam bilik kami.
Mujur juga peristiwa itu berlaku di minggu-minggu terakhir sebelum kursus habis. Bayangkan jika gangguan itu berlaku di minggu pertama...bagaimana nak menghadapi baki 14 minggu seterusnya?
Nota: Sebenarnya ada satu lagi peristiwa seram yang berlaku di asrama tu. Kalau JR cerita di sini, takut pula malam ni korang tak boleh tidur. Insyaallah, jika JR ingat JR akan sambung cerita tersebut lepas ni....
adey..mama blogwalking tengah malam ni..takmo baca la..seramm woooo..
ReplyDeletehahaha.baca esok je la..kekeke.
Sy suka citer seram.. budak kg mcm sy ni terbiasa dgn perkara mistik.. tp sy bukan pemberani..
ReplyDeletekalau awak yg 'jumpa' makhluk tu...pitam kat depan pintu tu agaknya hehe
ReplyDeleteala... sambung la citer... ;)
ReplyDeleteKesimpulannya..jgn ckp besar kat mana2 pun.
ReplyDeleteJR na ade 1 soalan..Na setiap hari dtg bloh JR nk tgk new update..tp setiap kali tu tgk pasal kerabu jantung pisangg je...pelik laa..ni tbe2 ade pulak entry baru tapi xde pun kat page JR..tak faham la.
ReplyDeleteJna: Hmmm..entahlah Jna, itu soalan tak dpt JR jawab, krn JR pun bukan arif sangat hal2 teknikal ni..mungkin something wrong somewhere kot, tp x tau di mana silapnya..
ReplyDeleteBlogger2 lain jika boleh jawab harap tolong jawab bagi pihak JR...
setiap malam Jumaat mesti ada kisah hantu JR . pehh pehh .
ReplyDeletennt ceritala lagi satuu tu JR !
p/s: mgkin Kay tu cakap besar tu yg dia kena . kan :D
menyesal baca...
ReplyDeletedah lah duk sorang2...
waaaaaaaa.............
IM juga, semasa perkemahan di Sungai Trong, KK.
ReplyDeleteHamba Allah itu rupanya mandi bersama IM.
IM tak nampak la. cuma kawan IM yang boleh nampak zat hamba Allah ini bercerita selepas kami semua dalam perjalanan balik!
malas baca entry ni..seram woo tgh mala nih
ReplyDeletememang seramlah...nasib baik baca siang...
ReplyDeleteni kisah benar ke, kisah plastik... ho3... JR tu sape???
ReplyDeleteBest...seram erk...huhu nasib baik eizura bca pagi..haha :p
ReplyDeleteNasib baik baju putih kalau baju hitam pitam gamaknya huhu
ReplyDeleteNasib baik baju putih kalau baju hitam pitam gamaknya huhu
ReplyDeletehantu tu biasanya suka brdiri kt tepi rumah time mlm jumaat smbil nyanyi lgu lgsir wengi dan lgu mnnti kkasih alda risma pnyaynyi endon yg mati msteri tu.
ReplyDelete