Janji 5 hari...lepas 5 hari JR berjanji akan kembali ke dunia blogging. Tapi itu janji pada 1 Jun, kerana begitulah...manusia cuma merancang, tapi Tuhanlah jua yang Maha Perancang. Rupanya bila balik bercuti banyak le pula kerja terbengkengkalai yang perlu disiapkan hingga internet pun tak sempat dibuka!
Sepanjang bercuti di Melaka dan Johor memang JR bawa laptop, tapi ia cuma disimpan dalam beg, tak dikeluarkan langsung. JR menggunakan peluang bercuti ini untuk benar-benar menikmati percutian bersama keluarga tanpa minda perlu diserabutkan dengan hal-hal lain berkaitan dunia, negara dan rakan-rakan. Malah semasa di hotel, TV pun tak sempat tengok, pagi keluar dan hampir maghrib baru pulang ke hotel. Lepas solat maghrib keluar lagi untuk dinner bersama famili. Bila balik semula ke hotel, lepas solat isyak terus tidur dalam keletihan. Itulah lebih kurang pengisian cuti JR di Melaka dan Johor yang cuma dipenuhi dengan pelbagai lawatan ke tempat menarik di samping menyiapkan beberapa urusan mustahak di sana.
Bila saja tiba semula ke rumah kami di Alor Setar tak sangka banyak pula kerja perlu disiapkan. Kenduri pula banyak hampir setiap hari. Dan kerana kesibukan tak ada masa langsung nak bermesra dengan laptop lepas percutian ini. Dah le sepanjang percutian di Melaka dan Johor laptop tak disentuh langsung, balik ke rumah pun laptop masih tak disentuh, sehingga sekarang baru cuba-cuba menyentuhnya. Nasib baik laptop tak boleh bercakap, kalau boleh bercakap mungkin dia akan mengadu ke pejabat kadhi kerana dah 10 hari tak menyentuhnya!!
Itulah saja cerita JR untuk ketika ini... Sebenarnya JR nak ceritakan satu kisah misteri yang berlaku kepada anak JR awal pagi tadi, tapi JR tak cukup masa untuk bercerita selengkapnya. Mengikut cerita anak JR yang sedang menuntut di sekolah menengah itu, misteri yang berlaku kepadanya awal pagi tadi tu bukan berlaku dalam mimpi tapi ketika dia sedang menyiapkan kerja rumah di ruang tamu. Ketika itu lebih kurang jam 4 pagi, tiba-tiba muncul satu bayang berbentuk tangan yang merayap dan bergerak di atas meja berdekatan meja komputer di ruang tamu. Ia berulang sebanyak lima kali dikuti oleh rasa seram sejuk setiap kali bayangan hitam itu merayap di atas meja.
JR akan menyambung cerita mengenai kisah benar misteri bayangan tangan hitam yang dialami oleh anak JR itu selepas ini. Maaf, JR tak dapat meyambung ceritanya kerana ada urusan di luar yang perlu disegerakan. Jika berkelapangan JR akan kembali menyambung cerita dalam beberapa jam lagi.
Jumpa sekejap lagi, insyallah.....
selamat kembali...
ReplyDeletewelcome back JR. amboi, misteri ye cerita tu, tak sabar tunggu sambungannya. nanti boleh kongsi sikit apa yg menarik kat johor dan melaka :)
ReplyDeletebaru baca yg sikit tu pun dh meremang bulu roma..wuuu
ReplyDeletehhohoho ni diaaa...epic comeback!ehehehe
ReplyDeleteniceee read.. :)
walaupun menyeramkan...haha
memang seram nie...
ReplyDelete