Kalau dah penerima-penerima BR1M pun sepakat bersetuju BR1M patut dihentikan, apa lagi yang kerajaan tunggu?
Yang kata BR1M patut dihentikan ini adalah penerima-penerimanya sendiri yang kebanyakannya orang kampung. Kata mereka tak apa bantuan BR1M dihentikan, asalkan subsidi minyak tidak dihentikan. Tak apa BR1M dihentikan asalkan harga minyak tak naik. Kata mereka duit BR1M cuma bertahan beberapa bulan tapi kesengsaraan akibat kenaikan minyak ditanggung setiap hari.
Tapi yang kata BR1M patut dihentikan supaya harga minyak tak naik ialah penerima-penerima BR1M sendiri yang kebanyaknnya orang kampung.
Apa pandangan korang yang kebanyakannya dah jadi orang bandar (walaupun seperti JR berasal dari kampung)? Setuju atau tak jika BR1M dihentikan asalkan harga minyak tak naik?
Atau korang setuju dengan pandangan orang-orang kaya yang tak layak dapat BR1M ini?
Helo boss...terlupa ke bukan semua rakyat Malaysia dapat BR1M?
Bersyukurlah kerana harga minyak naik? Bersyukurlah kerana harga barang akan turut naik?
Harga minyak di negara Arab memang TINGGI. Contohnya di Qatar RM0.79 seliter, Syria RM0.20 seliter, Oman RM1.27 seliter, Saudi Arabia RM0.52 seliter, Sudan RM1.11 seliter. Di Malaysia pula memang RENDAH, cuma RM2.30 seliter!
Atau kita terimalah hakikat ia sudah ditentukan Allah, apa nak buat?
Tapi apa pun yang orang kata malam hari Rabu lepas memang sangat-sangat nampak BR1M tu ada kaitan dengan harga minyak:
BR1M: Beratur Ramai-Ramai Isi Minyak
Syukur atas qada' dan qadar...mana2 pun boleh...rezki dimana2...janji walau dari mana pun sumbernya kita yang menerima hanya bersyukur seadanya...rezki sudah ketentuan dari Nya...
ReplyDeletebetul tu . bukan semua dapat BR1M. golongan pertengahan cam saya ni tersepit. macamtulah...segala bebanan negara hanya diletakkan dibahu rakyat jelata .
ReplyDeletesetuju tapi atas alasan yang berbeza...
ReplyDeletedepa dok bangga sebab kalau dihitung, hidup rakyat ni pemerintah dah tanggung selama TIGA BULAN. tapi depa lupa yang hidup menteri2 ni, kita rakyat tanggung selama SEPANJANG HAYAT...
sudah nasib kita, mentimun...
ReplyDeleteIsteri desak jugak ambik BRIM malam rabu lepas, tapi pcl tak larat la pulak..nak dapat brim selalu..muak dah !
ReplyDeletedepa bg sikit..amik semula banyak..:(
ReplyDeletealamak..terus melonjak. ..sabar ja lah
ReplyDeletekhairy jamaludin..kenapa cakap tanpa berpikir..x semua org dpt BR1M tu...then kalau dapat RM350 contonhyan..berapa utk temph berapa lama ..harga minyak terus x turun2...
ReplyDeleteSakit hati cakap pasal ni.. bengkak..bengkak...terus bengkak.. huhuuu
ReplyDeletexder komen, maklum le tak pernah dan tak akan merasa BRIM, mklm le gologan pertengahan, nak kata kaya jauh sekali, nak kata miskin, masih mampu sediakan kemudahan asas pada anak2..
ReplyDelete** golongan
DeleteBila harga minyak naik, isi 20 hinggit pun tak luak mane. Jalan sikit, minyak nak dekat E. Elok tak payah bagi BR1M. Kerajaan tak ikhlas. Dah bagi br1m, harga barang dinaikkan. Buruk siku!
ReplyDelete