»

29 November 2012

Seram Malam Jumaat: Hantu Pokok Durian


Sekarang ni musim durian. Semalam isteri JR beli durian satu guni dengan harga cuma RM10...purata RM1 sebiji. Kata isteri semua buah elok-elok. JR tak reti nak komen elok ke tak elok sebab JR tak suka durian, bila terhidu banyak-banyak migrain akan serang saraf kepala...pening!!

Bila musim durian macam ni, tiba-tiba JR teringat satu cerita...

Kisah ini kisah benar yang berlaku kepada JR semasa di sekolah menengah dulu. Ketika itu JR di Tingkatan Lima. Memang tensyen di Tingkatan Lima, maklumlah hujung tahun nak exam SPM. Kerana tensyen agak tinggi, maka kadang-kadang buat macam-macam benda pelik kononnya nak release tensyen.

Di kampung kami masa tu ada dua orang budak yang sangat nakal. Seorang bernama Mat, seorang lagi Chan. Kedua-dua mereka ketika tu kalau tak silap di Darjah Enam. Mereka ni suka merayau waktu malam, ibu bapa selalu pening kepala kerana takut perkara buruk berlaku kepada anak mereka. 

JR pernah tanya mereka, tak takut ke selalu keluar malam? Mana tau terjumpa hantu jembalang ke? Mereka kata tak takut, kerana kata mereka hantu pun takut dengan mereka. Amboi...cakap besar noooo...

Kebetulan dekat rumah JR ada sebatang pokok durian yang sangat menjadi. Walaupun cuma sebatang pokok, tapi setiap kali tiba musim durian jenuh juga kami (kecuali JR) makan durian. Bukan saja keluarga, malah kadang-kadang ayah JR buat kenduri pulut durian untuk semua jiran sekampung. 

Satu malam Jumaat, Mat dan Chan keluar malam seperti biasa. Ketika JR sedang mengutip buah durian yang luruh lepas waktu Maghrib, mereka melintas di depan JR dengan basikal mereka.

"Jaga-jaga keluar malam...malam ni malam Jumaat..!!" JR cuba menakut-nakutkan mereka.

"Malam apa pun sama saja...kalau jumpa hantu kami nak masuk dalam botol, kami jual boleh jadi kaya!!" kata Chan diikuti ketawa kuat Mat.

Lepas mengutip beberapa biji durian yang luruh, JR masuk semula ke dalam rumah.

Kira-kira pukul 11.00 malam, ketika ibu bapa JR dan adik-adik bersiap-siap nak tidur (orang kampung masa tu suka tidur awal), mereka terkejut besar apabila mendengar suara budak-budak menjerit.

"Hantu...hantu...tolonggggg, hantu!!!!...." diikuti bunyi ketukan kuat di pintu.

Ayah JR cepat-cepat membuka pintu. Kelihatan masa tu Mat dan Chan berada di depan pintu dengan wajah pucat lesi. Mat yang menggeletar seluruh tubuh tiba-tiba jatuh atas lantai rumah tak sedar diri. Chan pula tak mampu bercakap, hanya tubuhnya terketar-ketar menyebut "hantu..hantu..hantu" berulang kali.

Selepas Mat pulih dari pengsan dengan bantuan ayah JR dan Chan juga dah boleh bercakap barulah terdengar mereka bercerita.

"Ada hantu di perdu pokok durian tu...pakai baju putih..."

"Bukan hantu kot.." ayah JR cuba tenangkan mereka, "Kot ada pakaian orang tersangkut kat pokok tu kot..."

"Hantu...memang hantu..Ada suara gelak-gelak lagi, tinggi pula tu...." jelas Chan.

"Tinggi mana?" tanya ayah JR.

"Tinggi 10 kaki!!" jawab Mat.

Tinggi 10 kaki...tingginya hantu tu?

Sebenarnya semua dialog di atas diceritakan balik oleh adik JR kepada JR, sebab ketika budak dua orang tu diusik oleh hantu tu JR tak ada di dalam rumah.

Malam itu ayah JR terpaksa menghantar dua budak tu balik ke rumah ibu bapa mereka, sebab mereka sendiri tak berani balik bersendirian ke rumah takut terjumpa hantu tu lagi.

Ketika JR masuk dalam rumah, tiba-tiba adik perempuan JR terperasan sesuatu..

"Apa dalam plastik tu abang?" 

"Buah durian" jawab JR cepat-cepat ke dapur.

Adik perempuan JR mengekori JR dan tiba-tiba dia merampas plastik tersebut...

"Patutlah tadi orang cari kain telekung tak jumpa, haaa....rupanya dia jadi hantu usik budak-budak. Kesian depa....sampai pengsan!!!" kata adik perempuan JR sambil ketawa kuat.

"Jangan bagi tau ayah nooo...nanti abang kena!!" kata JR kepada adik.

Esoknya pecah cerita satu kampung bawah pokok durian dekat rumah JR ada hantu. Tapi yang best nya versi cerita hantu tu ditokoh tambah hingga ada yang kata ia setinggi pokok kelapa!!

Yang JR heran macam mana JR yang cuma setinggi 1.7 meter (5' 6") boleh kelihatan seperti 10 kaki seperti yang dikatakan Mat dan Chan? 

Akibat terkejut 'hantu pokok durian' tu Mat demam selama seminggu, manakala Chan terpaksa mendapat rawatan bomoh bagi memulihkan semangatnya..

Apa pun, peristiwa itu membawa kesan baik kepada Mat dan Chan kerana lepas itu mereka berdua tak keluar malam lagi!!

Sampai sekarang cuma adik beradik JR yang tau siapa yang memainkan watak hantu dalam peristiwa itu. Mat, Chan, keluarga mereka dan semua orang kampung tak tau JR lah hantu tu.

JR pasti Mat dan Chan tak akan baca entri ni. Jika mereka terbaca....maafkan JR kerana telah menyebabkan ada yang pengsan dan demam.....

10 comments:

  1. ok... ganti nama baru 'JR Hantu Durian'... hihihi

    ReplyDelete
  2. Zaman IM, takut dengan Sitora Harimau Jadian bila balik melalui kebun getah dari mengaji rumah opah...

    ReplyDelete
  3. Salam kenal..
    Kelakar...
    Makchaq kecik2 tak takut hantu, memang tak kisah jalan malam2 sebab ada pantun lawan hantu (makchaq ada buat entri tentang ni kat blog)..
    tapi masa darjah 6 makchaq pernah hilang semangat sebab tengok orang mati bunuh diri terjun flet, dengan kepala pecah, otak, gigi, mata berterabur..

    ReplyDelete
  4. Laa...JR le hantunya! Kelaka betul. ^__^

    Entah2 masa tu diorang mmg nampak hantu betul. tu yg tinggi semacam.

    ReplyDelete
  5. sekarang semua dah tahu JR hantu pokok durian !!

    ReplyDelete
  6. first time dengar hantu derian tak suka makan durian kehkehkeh ^_^

    ReplyDelete
  7. Tu makan dia...cakap besaq sangt..hahah

    ReplyDelete
  8. iya ke ni. Alamak pernah jadi hantu JR ni.Sikologi ke bagi pengajaran..menjadi kan. Bagus jg mereka sedar x keluar malam kan...hehehe

    ReplyDelete
  9. bila dah takut macam2 lah yg nampak..

    hahahhaha....jahat nyer kacau orang

    ReplyDelete
  10. Hihihi...kesian mat dan chan...kena usik oleh jr..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....