Sapa nak dengar cerita hantu?
Malam Jumaat seperti ini tentu sedap dengar cerita hantu kan..?
Nah, ini ada satu cerita yang baru JR dan keluarga alami seminggu yang lalu:
Seperti yang JR ceritakan 4 hari berturut-turut dalam entri dalam blog ini pada minggu lepas, selepas 2 hari bercuti di Melaka, kami kemudiannya pergi ke Batu Pahat pula untuk melawat Faez, anak kedua yang sedang menuntut di UTHM. Hari Jumaat (19 September) kami bermalam di Rumah Persingahan (Rest House) Batu Pahat.
Sebenarnya kami bermalam di Rumah Persingahan Batu Pahat (RPBP) itu pun secara kebetulan. Ini kerana kebanyakan hotel lain sekitar Parit Raja dan Batu Pahat dah penuh kerana habis ditempah oleh perwakilan yang datang ke Muktamar Pas seluruh Malaysia yang diadakan di Batu Pahat. Rumah Persinggahan Batu Pahat (RPBP) adalah pilihan terakhir, tapi terpaksalah juga tinggal....
Sebenarnya nak cari Rumah Persinggahan itu pun bukan mudah. Dah la dalam google pun namanya tak wujud, orang sekitar Batu Pahat pun tak tau di mana letaknya RPBP. Bila pergi ke stesen Petronas dekat Dataran Penggaram, pekerja-pekerja mereka pun tak tau di mana RPBP walaupun mereka orang Batu Pahat. Nasib baik akhirnya cashier Petronas tu tahu di mana tempat tu dan minta seorang pekerja lain membantu JR menunjukkan RPBP.
Sampai saja ke RPBP, anak perempuan JR dah menjerit "Scarynya...tak ada tempat lain ke kita boleh tidoq?"
Apa yang scarynya? Bangunan tua dengan pokok-pokok rimbun di sebelahnya? Atau tulisan antik ejaan lama di luar bangunannya?
Kata Cina pengusahanya, Rumah Persinggahan itu ada 14 bilik. Malam ini pun ada beberapa keluarga lain menyewa, katanya. Tapi yang peliknya cuma kereta JR dan sebuah van buruk (mungkin kepunyaan pengusaha RPBP) yang ada di tempat parkir. Saja dia nak menyedapkan hati keluarga JRlah tu..
Bila masuk bilik, luas juga biliknya, walaupun harga sewa semalam baru RM80 lebih saja. Keluasan lebih kurang 25'x20', terbahagi 3 ruang - bilik tidur, ruang tamu dan bilik air.
Bilik tidur
Ruang tamu
Diringkaskan cerita, lepas makan malam di sebuah kedai nasi gam di Batu Pahat, kami pun balik ke RPBP.
Dalam keletihan, kebanyakan kami tidur awal sekitar 11.00 malam. Hanya anak nombor 5 - Farhan - yang masih menonton TV.
Tengahari esoknya ketika dalam kereta baru Farhan bercerita suatu peristiwa aneh yang berlaku padanya ketika dalam RPBP awal pagi tadi.
Katanya ketika itu lebih kurang pukul 12.30 pagi, semua orang dah tidur. Tak sampai 5 minit lepas dia tutup TV, seelok saja nak landing atas katil, TV tiba-tiba terbuka kembali.
Farhan ambil remote control tutup semula TV. Tapi baru saja dia nak pejamkan mata, TV terbuka sekali lagi. Lepas itu dia gunakan remote tutup TV semula. Tapi baru saja nak tidur, TV terbuka kembali.
Katanya keadaan itu berulang sampai 7 kali - tutup buka, tutup buka, tutup buka.....
Kerana dah jemu melayan 'lawak' TV di depannya, akhirnya dia pejamkan mata dan tertidur.
Patutlah pagi itu Farhan bertanya sama ada bila bangun pagi TV masih terbuka atau tidak. Kebetulan JR yang bangun paling awal untuk solat Subuh. Tapi ketika itu TV tertutup elok pun...
Jika cerita Farhan itu betul, maknanya TV itu tertutup sendiri lepas dia tertidur. Mungkin TV itu dah jemu 'bermain tutup-buka tutup-buka' dengan anak bujang JR itu yang akhirnya tertidur tak mau melayan 'mainan'nya lagi!
Kepada anak-anak JR beritau mungkin remote control atau TV itu ada masalah teknikal kot. Tak kan ada entiti lain di Rumah Peranginan yang cuba-cuba buat lawak bodoh dengan Farhan pulak??
Farhan mmg berani. Kalau sy, mau sy kejutkan semua orang bangun tido. hehe
ReplyDeleteNasib baik Farhan bukan jenis cepat melatah.. eemm..
ReplyDeleteentiti tu nak ajak main tu sebab bosan takde kawan..
tapi kalau kena kat saya memang keras kejungler atas katil.. (dahlah baca entry ni lepas tengah malam.. huhuhu..)
Di sebelah tadika tempat ibu_suri bertugas ( sebelum diserang ahmar ), ada banglo kosong.
ReplyDeleteDiceritakan ada orang nak pindah masuk barang. Esoknya, bila datang semula nak berkemas, barang-barang itu dah terletak di luar banglo..
beraninya anak JR...nasib baik dia usik2 manja ja...kalau tunjukkan rupa hehe..
ReplyDeleteSo scary. Haha. Betul laa tu kata anak JR. Ana pun seram kalau nak stay situ. Fuh! Di sebabkan org Islam org yg bersembahyang, takdelah hantu/jin tu munculkan diri.
ReplyDeletesaya rasa saya tahu di mana letaknya rumah persinggahan ni ... saya pernah alami keadaan tu di rumah my bonda di kg . rumah my bonda mmg kosong klu anak2 tak berkunpul tapi my kakak yg berumah di sebelah belakang rajin menjenguk . masa tv on sendiri selepas saya off kan , saya dah tahu ada yg nak tumpang menonton , so saya biarkan je la ... masa breakfast baru saya khabar kat my kakak ... heheheee
ReplyDelete