»

16 June 2011

Cerita Hantu Malam Jumaat: Kisah Benar Terjumpa Pocong





Selamat malam pembaca blog JR,

Malam Jumaat datang lagi!! Bila tiba malam Jumaat, teringat masa kecil-kecil dulu, bila saja datang malam Jumaat, kami adik beradik selalu bercerita tentang hantu. Entah bagaimana datangnya tahyul ni tak taulah: mengapa malam Jumaat sering dikaitkan dengan hantu? Ada dalam mana-mana nas ke bila tiba malam Jumaat jin, iblis dan syaitan akan keluar beramai-ramai mencari dan mengusik manusia?

Tapi yang JR nak ceritakan ini ialah pengalaman JR sendiri yang agak menyeramkan juga. Dan secara kebetulan ia terjadi pada malam Jumaat:

JR walaupun berasal dari Pulau Pinang tapi mempunyai rumah di Alor Setar. Apa yang JR nak ceritakan ini ialah satu peristiwa beberapa tahun dahulu di mana ketika itu JR bekerja di Kangar, Perlis. Setiap hari JR berulang dari rumah di Alor Setar ke Kangar sejauh 50 kilometer (pergi balik 100 kilometer). Kadang-kadang kerja JR memerlukan JR pulang lewat ke rumah, sebab boss JR suka buat mesyuarat waktu malam. Boss JR suka buat mesyuarat jam 10 malam kerana siang dia sangat sibuk dengan kerja pejabat. Jika malam ada mesyuarat, JR terpaksalah tunggu di pejabat.  Lepas semua orang pulang dari pejabat jam 5.00 petang, tinggallah JR seorang diri di pejabat hingga malam. Tapi itu dah jadi perkara biasa, duduk di pejabat seorang diri sambil menghabiskan kerja yang berlambak itu.

Suatu hari PA boss beritahu malam ini boss panggil mesyuarat. Ala, boringnya, mesyuarat waktu malam lagi, gerutu hati JR. Tapi apa nak buat, bila panggil mesyuarat perlu hadir juga, tak kira siang atau malam. 

Malam itu yang paling tak seronok ialah boss datang lewat kerana dia ada urusan lain sebelum itu. Mesyuarat dijadualkan jam 9.30 malam, tapi boss  datang jam 10.30 malam. Tapi apa nak kata, boss always right!!

Agenda mesyuarat pula panjang. Yang paling benci ramai sangat orang nak cakap, hingga mesyuarat cuma tamat pada jam 12.30 malam. Lepas mesyuarat habis, boss jemput semua yang hadir menikmati supper. Tapi JR terus blah, tak teringin nak makan di tengah malam buta ni. Orang Kangar tak apalah rumah mereka cuma sejengkal dari pejabat, tapi JR terpaksa membelah malam sejauh 50 kilometer untuk sampai ke rumah.

Seperti biasa bila mengenderai kereta seorang diri, JR akan pasang radio agak kuat. Sambil dengar radio, sesekali ikut menyanyi. Menyanyi tu bukan apa, selain dari menghiburkan hati, ia juga untuk hilangkan rasa mengantuk.

Malam itu entah mengapa, lepas saja melepasi pekan Sanglang kereta di jalanan semakin kurang. Bila tiba ke pekan Air Hitam, JR perhatikan tiada kereta di depan dan di belakang JR. Kira-kira 2 kilometer selepas melepasi pekan Air Hitam kereta JR dipandu melalui sebuah kawasan sawah yang agak luas. Dan di situlah segala-galanya berlaku...

Tiba-tiba JR terdengar seperti suara gemersik dari sawah sebelah kanan JR. Bila diperhatikan ke arah bunyi suara itu, JR ternampak satu lembaga putih besar bergolek-golek dari tengah sawah menuju ke kereta JR. Lembaga putih itu tiba-tiba berhenti di tengah-tengah jalan. JR tidak nampak dengan jelas wajah sebenar lembaga itu tapi ia seolah-olah satu bungkusan putih yang agak besar. Pilihan JR ketika itu ialah sama ada melanggar lembaga putih itu atau mengelakkannya yang mungkin akan menyebabkan JR terpelanting masuk ke dalam sawah. Akhirnya JR nekad melanggar saja lembaga putih itu. Terdengar satu dentuman yang kuat bila JR nelanggarnya. Ketika itu JR berkata dalam hati: habislah kereta aku!!

JR mengucap panjang dan membaca beberapa ayat suci sambil cuba membawa kereta  setenang mungkin. ketika menghampiri bandar Alor Setar barulah banyak kenderaan yang ditemui. Ketika itu barulah hati terasa tenang.

Ketika tiba di rumah, perkara pertama yang JR lakukan ialah mencuci kaki di luar rumah sebelum memasuki rumah. Itu petua orang tua-tua. Kemudian baru JR pergi periksa kereta JR yang baru melanggar objek putih dengan dentuman yang kuat itu. Anehnya JR tak menemui sedikit pun kesan kemik di kereta itu. Habis apa ke benda yang JR langgar tu?

Esoknya setibanya di pejabat, JR menceritakan peristiwa itu kepada rakan-rakan pejabat. Seorang pemandu pejabat yang sering melaui kawasan itu berkata memang sudah ramai orang yang nampak benda-benda pelik di kawasan itu. Kadang-kadang ia menyerupai pocong, kadang-kadang dalam bentuk sekawan binatang liar yang melintasi jalan dalam jumlah yang banyak dan kadang-kadang menyerupai pokok yang tiba-tiba tumbang di atas jalan. Bagi mereka yang tak bernasib baik mereka akan mengelakkan dari melanggar benda-benda itu dan akibatnya kenderaan mereka akan terjunam ke dalam sawah. Ramai yang pernah  tercedera, malah terbunuh apabila terkejut dan terbabas selepas melihat benda-benda itu. 

Mujurlah JR telah membuat keputusan tepat dengan melanggar lembaga putih itu. Jika cuba mengelakkannya mungkin nama JR akan disenaraikan sebagai salah seorang mangsa kemalangan di kawasan itu....

15 comments:

  1. adoiyai jr. walaupon seram freaky tetap baca cerita ni.. huu memang seram. kalo freaky pon x akan berhenti.

    ReplyDelete
  2. Bdk Botak tau kawasan mana nie. Sebab ni kot byk yg junam ke dalam terusan tepi tue. He3, x berani bwk kereta sorang2 bila malam...

    Entry terbaru -> Gambar Perodua Myvi 2011 Dan Harga Pasaran Di Malaysia.. (",)

    ReplyDelete
  3. Freaky: JR memang ada banyak pengalaman terjumpa benda2 pelik...kalau ada masa akan diceritakan lepas ni...

    ReplyDelete
  4. Budak Botak: Ya lah...area2 kat situlah, kalau bawa mlm berhati2. Tapi jika terjumpa...blah saja benda2 tu, tak kan jadi apa2 punya...

    ReplyDelete
  5. Al quran jgn lupe ltk dlm kndraan

    ReplyDelete
  6. Al quran jgn lupe ltk dlm kndraan

    ReplyDelete
  7. sy kan JR, baru tahu tentang pocong ni sebenarnya begolek bukannya melopmpat seperti yg digambarkan masa sy kecik dulu..., dan satu lg pengajaran bila melalui kawasan jalan yg sunyi sepi..jika ada objek yg menghalang laluan kita langgar je..tawakkal tu 'alallah !.

    ReplyDelete
  8. memang seram!!! huhuhu..

    ReplyDelete
  9. ishhk! bikin seram jer ...dah lah bunda dok online subuh2 sepii ni...tunggu anak balek outstation ...

    ReplyDelete
  10. kekadang seronok dengan pengalaman mereka yang berhadapan dengan entiti2 macam ni.. tapi yang tak syoknye lepas tu teringat2.. huhuhu..

    ReplyDelete
  11. semoga gak ketemu yang beginian atau kawan2nya...

    ReplyDelete
  12. logiknya klu lepas tgh mlm , mmg bkn benda biasa . jgn berhenti atau mengelak bila berhadapan dgn benda pelik ...

    ReplyDelete
  13. Aku tau jln tu..blh dikatakan tiap2 mlm x kira waktu aku melalui jln tu sorg2 diri..kdg2 langsung xdak org..cuma penah skali rsa meremang xtahwan punca bila lintas kt situ..pastu aku ckp..jgn kacau aku..aku nk blk umah je.Alhamdulillah moga2 kita smua dijauhkan dri gangguan jin dan syaitan yg myesatkan.

    ReplyDelete
  14. MESTIQQ - Judi Poker Online Indonesia
    Gabung sekarang untuk mendapatkan berbagai keuntungan berikut ini :

    - 100% Player vs Player!!!
    - Customer Services yang cantik dan handal!!!
    - Pendaftaran gratis!!!
    - Deposit minimum 10ribu!!!
    - Withdraw minimum 20ribu!!!
    - Bonus TurnOver sebesar 0,5% yang dibagikan tiap harinya!!!
    - Bonus referral sebesar 20% seumur hidup, cukup dengan mengundang teman anda untuk bermain!!!.

    Pendaftaran bisa langsung menghubungi pin bbm berikut :
    - Pin BBM : 2C2EC3A3
    WWW .MESTIQQ. COM

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....