»
Showing posts with label MRSM Merbok. Show all posts
Showing posts with label MRSM Merbok. Show all posts

10 March 2015

Alahai...Baru Seminggu Cerai Dah Nak Rujuk Balik


Hampir setiap hari puteri tunggal JR itu merengek dalam telefon. Banyak cerita negatif dari positif. Minta simpatilah tu....

Masa kali terakhir jumpa dia Sabtu lepas di MRSM Merbok pun sebelum berpisah dia tanya, "Nak balik belajar kat SMK Asma boleh tak?"

Pikir sekali memang tak nak layan celoteh Sha. Lagi pun itu adalah pilihannya sendiri, JR dan isteri tak pernah paksa dia masuk MRSM. JR sebagai ayah dah buat research mengenai sekolah lamanya SMK Sultanah Asma dan MRSM Merbok, buat kajian perbandingan, kemudian beri pros and cons belajar di kedua-dua institusi itu, selebihnya dia sendiri perlu buat keputusan. Dan bila dia kata nak masuk MRSM, JR ikut saja walau dalam hati berkata di sekolah lamanya kalau dari segi akademik apa kurangnya dari MRSM.

08 March 2015

Sesalnya Aku!


Petang kelmarin JR dan isteri pergi menjenguk putri bongsu kami Sha yg kini sedang belajar di Tingkatan 4 MRSM Merbok. Sha yang minta kami datang sebab dia tertinggal  beberapa buku penting di rumah. Mujurlah jarak antara rumah kami di Alor Setar dengan MRSM Merbok cuma kira-kira 65 km. 

Kesian juga tengok tubuh anak dara kami itu yang kelihatan seperti semakin kering dan menipis. Sebelum pergi ke MRSM 5 hari lepas berat badannya 44 kg, sekarang mungkin 42 kg aje kot? Baru 5 hari saja di MRSM badannya dah semakin menipis?? Atau perasaan JR aje kot??

"Boring.." kata Sha sebaik saja masuk dalam kereta kami yang menunggunya di bawah asrama puteri, "Dah la orang tak suka makan nasi, ini hari-hari asyik-asyik makan nasi!"

Sha memang sejak kecil hingga usia dah masuk 16 tahun sekarang, perangainya masih sama - tak berapa suka makan nasi. Tak suka itu bukan maknanya dia tak makan nasi langsung, dia makan juga nasi sesekali tapi bukan hari-hari makan nasi macam sesetengah kita..

04 March 2015

Selamat Tinggal Sha...


Sejujurnya sedih juga hati nak tinggalkan Sha belajar di MRSM. Apa lagi dia anak bongsu, satu-satunya anak perempuan dari 6 beradik. Malah tak salah jika dikatakan dia lebih rapat dengan JR berbanding ibunya. Mungkin benar kata tokoh psikoanalisis tersohor dunia, Segmund Freud, anak perempuan biasanya lebih rapat dengan ayahnya berbanding ibu...

Pagi tadi sekitar pukul 9 pagi JR dah tinggalkan rumah bersama isteri dan Sha untuk ke MRSM Merbok bagi pendaftaran kemasukan Sha ke Tingkatan Empat. MRSM Merbok cuma 10 km dari bandar Sungai Petani. Terletak tak jauh dari Gunung Jerai, MRSM Merbok memang memiliki fenomena latar belakang alam sekitar yang menarik juga.

02 March 2015

MRSM: Akhirnya Dia Buat Keputusan Muktamad..


Selepas 3 hari berpikir dan kadang-kadang bermenung, akhirnya Sha, anak perempuan JR buat keputusan penting malam tadi. JR beri masa untuk dia berpikir selama 3 hari, dia perlu buat keputusan sebelum 12 tengah malam tadi sama ada nak teruskan pengajian Tingkatan Empat di SMK Sultanah Asma, Alor Setar atau terima tawaran MARA untuk belajar di MRSM Merbok, Sungai Petani.

JR sendiri tak mau campur tangan keputusannya. JR tak ingin dipersalahkan kerana memaksa anak memilih sesuatu yang bukan minatnya. JR cuma beri panduan setiap pilihannya ada baik dan buruk, selebihnya terpulang  kepadanya untuk memilih jalannya sendiri.

Sebelum Sha buat keputusan, JR beritau dia  JR sebagai ayah akan menyokong apa pun keputusannya. Dan JR beritau Sha  lepas dia buat keputusan, dia perlu membakar jambatan di belakangnya. Maksudnya jika dia dah buat keputusan sama ada untuk kekal di SMK Asma atau berpindah ke MRSM Merbok dia tak boleh berpatah balik lagi, anggap saja jambatan untuk pulang telah terbakar!

Dan akhirnya lebih kurang pukul 9 malam tadi Sha buat keputusan:

01 March 2015

Susahnya Bila Ditelan Mati Emak...


Susahnya nak buat keputusan. Ia seperti ditelan mati emak, diluah mati bapa!! Yang mana satu nak pilih??

Sejak terima tawaran dari Mara untuk belajar di MRSM pada Khamis lepas, sampai pagi tadi Fatrisha (Sha) masih belum buat keputusan muktamad nak pergi atau tidak ke MRSM Merbok. JR dah bagi target date untuk dia buat keputusan hingga  pukul 12 malam ini. Jika hingga pukul 12 malam ini dia masih susah buat keputusan, anggap saja dia tak nak pergi ke MRSM. Noktah!

JR faham mengapa dia susah nak buat keputusan. Seperti yang JR kata dalam entri lepas, menyambung pelajaran di Tingkatan Empat di MRSM Merbok atau kekal belajar di SMK Sultanah Asma ada pros & cons masing-masing.

26 February 2015

Di Persimpangan Dilema MRSM


Inilah namanya kot di persimpangan dilema. Tak tau nak buat keputusan - nak terima atau tidak tawaran MRSM ini?


Sekali pikir elok juga terima tawaran MRSM tu, dua kali pikir kekal di sekolah sekarang juga no problem. Jadi yang mana satu? Kedua-duanya ada pros and cons masing-masing: