»

08 March 2015

Sesalnya Aku!


Petang kelmarin JR dan isteri pergi menjenguk putri bongsu kami Sha yg kini sedang belajar di Tingkatan 4 MRSM Merbok. Sha yang minta kami datang sebab dia tertinggal  beberapa buku penting di rumah. Mujurlah jarak antara rumah kami di Alor Setar dengan MRSM Merbok cuma kira-kira 65 km. 

Kesian juga tengok tubuh anak dara kami itu yang kelihatan seperti semakin kering dan menipis. Sebelum pergi ke MRSM 5 hari lepas berat badannya 44 kg, sekarang mungkin 42 kg aje kot? Baru 5 hari saja di MRSM badannya dah semakin menipis?? Atau perasaan JR aje kot??

"Boring.." kata Sha sebaik saja masuk dalam kereta kami yang menunggunya di bawah asrama puteri, "Dah la orang tak suka makan nasi, ini hari-hari asyik-asyik makan nasi!"

Sha memang sejak kecil hingga usia dah masuk 16 tahun sekarang, perangainya masih sama - tak berapa suka makan nasi. Tak suka itu bukan maknanya dia tak makan nasi langsung, dia makan juga nasi sesekali tapi bukan hari-hari makan nasi macam sesetengah kita..

Menu makan Sha mudah: pagi makan biskut, tengahari makan angin (dia jarang makan tengahari) dan malam pula dia suka makanan yang berasas roti (burger, hot dog, roti bakar, sandwich dan lain-lain).

Bila JR tanya dia apa yang dimakannya sepanjang hari Sabtu, jawabnya dia belum makan apa-apa sejak pagi hingga ke petang. Kalau pi  makan pun mesti makan nasi juga katanya, lebih baik jangan makan, asyik-asyik nasi...

Lalu JR dan isteri  bawa Sha makan di luar. Kami bawa dia ke Amanjaya Mall, Sungai Petani. Sha dan mamanya order steak frites, JR yang berlidah Melayu kuno makan nasi goreng hailam.

Tu dia..lahapnya anak dara aku ni makan, habis licin sepinggan  steak frites. Maklumlah dari pagi hingga ke petang tak makan!

    Lepas perut kenyang berselfie dengan mama pulak...

Bila JR tanya seronok tak tinggal kat asrama? Sha kata overall memang seronok, dapat kawan-kawan sebilik yang baik hati, cara belajar di MRSM  sangat santai, tak banyak homework, tak seperti di sekolah lamanya (SMK Sultanah Asma), cara belajar sangat serius, setiap hari pula bertimbun homework, maklumlah nak kekalkan status sebagai sekolah berprestasi tinggi dan sekolah harian terbaik Kedah. 

Cuma kata Sha dia mungkin akan bertambah kurus selama berada di MRSM, penyakit gastrik yang selalu dialaminya juga mungkin nanti akan bertambah serius kerana makanan yang langsung tak serasi dengan perutnya.

Ada satu perkara lagi yang katanya dia kurang berkenan di MRSM Merbok: subjek akaun iaitu subjek  kegemarannya terpaksa dilupakan kerana pelajar diminta memilih sama ada nak mengambil akaun atau bio, sedangkan dia suka kedua-dua subjek itu. Tapi apabila diminta pilih terpaksalah dia pilih bio kerana cita-citanya adalah untuk menjadi ahli farmasi. Di sekolah lamanya (SMK Sultanah Asma) berbeza: selain dari subjek pure science (fizik, kimia dan bio) akaun juga diajar sekali, tak sama dengan MRSM Merbok yang pelajar diminta memilih antara bio atau akaun. 

Dan ketika menghantar Sha balik ke asrama, dia berbisik kepada JR: "Nak balik belajar ke SMK Asma boleh tak...?"

JR tak jawab soalannya. Mungkin dia sesal dengan pilihannya?

11 comments:

  1. Urmmm.. Nurul ni lembik bila dgn anak2.. Bagi je la dia balik sekolah lama.. Huhuu :(( sian Sha tak makan, account pun tak leh amik, gastrik.pun mungkin akan menyerang.. Urmmm...

    ReplyDelete
  2. Ada homesick ke tanya nak balik ke SMK?

    Mujur masih makan nasi walaupun tak suka nasi. Jangan tak makan langsung. Mungkin pelajar lain majoritinya memang hantu nasi kot. Tu yang pagi petang siang malam sekolah sediakan nasi.

    ReplyDelete
  3. kesiannya sha...bertabah lah sha...tapi kalau dah ada gastrik bimbang pula semakin teruk..jangan diikutkan tekak tu sha...kalau perut kosong camne nak menuntut ilmu.

    ReplyDelete
  4. jangan lupa bang JR, nak patah balik susah (walau pun boleh) sebab kan jambatan kat belakang tu dah dibakar... :-)

    kalau tempat dia boleh digantikan orang lain, takde masalah. tapi kalau tak boleh, sayangnya. macam dah tutup satu peluang untuk orang lain pulak. apa pun, ini dah kira macam putus asa awal pulak.

    ReplyDelete
  5. Saya juga selalu tak menjawap soalan yang ditanya anak kalau merasakan bahawa menjawap itu lebih menyulitkan suasana...

    ReplyDelete
  6. JR kena nasihati anak dara JR tu supaya belajar makan nasi..or at least, kalau tak makan nasi, makan kena makanan berkhasiat, secara teratur...bukan apa, risau kesan jangka masa panjang, ulcer dalam perutnya nanti..

    Saya ex MRSM..
    Pembelajaran di sana mmg best, santai.
    In fact, makan di MRSM mmg best...nasi ayam, nasi beriani, tapi tu lah..anak dara JR tak makan nasi ! hahaha

    Lagi satu, subjek Biology sebenarnya LANGSUNG tidak diperlukan utk masuk ke course Medicine, dan juga Pharmacy. ramai yg salah faham..Subjek yg paling penting ialah CHEMISTRY. Ini zaman saya dulu la ( SPM 1995)...Cuba JR riki dgn cikgu2 sekolah dan pihak universiti...entry requirement perlukan Kimia, bukan Biology :)
    Dan tanpa Bio pun, boleh survive..sebab masa 1st year Medic / Pharmacy, akan di ajar pasal human anatomy/biochemistry tu semua.

    ReplyDelete
  7. JR, kalau dia rasa tak boleh teruskan dengan kehidupan asrama, tukarkan je ke sekolah lama. Tapi ada 2 pilihan, sama ada nak tukarkan ke sekolah lama, atau kena suruh dia berlatih makan nasi juga. Sebab isunya yg menjadi tak best tu hanya sebab bab makan betul tak? Kalau cara belajar pun dia kata seronok, kawan2 pun baik, kan dah elok tu.

    ReplyDelete
  8. Moga Sha sihat, kuat dan tabah di sana..

    ReplyDelete
  9. mungkin boleh cuba risik jalan kalau boleh kembali ke sekolah lama.buat masa ni bagi dia sesuaikan diri dulu.mana tahu lama-lama nanti dia serasi..

    ReplyDelete
  10. ada penyelesaiannya tu . klu blh bawa mknn masuk bilik , buat stok simpanan biskut dan roti . klu x leh mkn nasi , ratah je lauk pauk yg ada . yg ptg cukup khasiat masuk perut ... bab akaun tu , blh je belajar dgn kawan yg ambil akaun ... sbb tuan punya badan yg merasa , kena timbang tara lah ...

    ReplyDelete
  11. Kesian pulak dgn sha tu... mahu tinggal tulang tu kalau smpi hujung tahun JR...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....