»

04 March 2015

Selamat Tinggal Sha...


Sejujurnya sedih juga hati nak tinggalkan Sha belajar di MRSM. Apa lagi dia anak bongsu, satu-satunya anak perempuan dari 6 beradik. Malah tak salah jika dikatakan dia lebih rapat dengan JR berbanding ibunya. Mungkin benar kata tokoh psikoanalisis tersohor dunia, Segmund Freud, anak perempuan biasanya lebih rapat dengan ayahnya berbanding ibu...

Pagi tadi sekitar pukul 9 pagi JR dah tinggalkan rumah bersama isteri dan Sha untuk ke MRSM Merbok bagi pendaftaran kemasukan Sha ke Tingkatan Empat. MRSM Merbok cuma 10 km dari bandar Sungai Petani. Terletak tak jauh dari Gunung Jerai, MRSM Merbok memang memiliki fenomena latar belakang alam sekitar yang menarik juga.


MRSM Merbok..

                      Gelanggang tenis MRSM berlatar belakangkan Gunung Jerai

Lepas selesai urusan pendaftaran, JR, isteri dan Sha pergi ke ko-op MRSM untuk beli beberapa barang yang wajib dibeli di ko-op termasuk t-shirt, baju batik, cadar, sarung bantal dan beberapa barangan lain...Habislah juga RM245...

Lepas itu bawa barang-barang Sha masuk ke bilik asrama perempuan yang terletak di tingkat 3 (tingkat paling atas). Jenuh juga mengangkat barang-barangnya, 2 round menaiki tangga. Walaupun hari-hari joging, tapi bila angkat barang berpuluh kilo naik tangga, memang pecah juga peluh, hehehehe..

Setiap bilik (mereka panggil kiub) mempunyai 4 katil. Sha tinggal di katil sebelah kanan berhampiran tingkap..

                                           Fenomena dari tingkat 3 asrama perempuan..

Pukul 3.30 petang lepas semuanya selesai, barulah JR dan isteri balik ke Alor Setar, meninggalkan puteri bongsu JR itu mencuba pengalaman baru belajar di MRSM. Selamat tinggal Sha, semoga tabah hadapi makna hidup bersendirian, semoga dia cepat menyesuaikan diri dan lebih berdikari.

Nota: Sebenarnya ada sesuatu yang tak menggembirakan JR,  isteri dan lebih-lebih lagi Sha ketika urusan pendaftaran masuk ke asrama tadi. Tapi JR belum bersedia berkongsi ceritanya di sini. Ketidak gembiraan itulah yang menyebabkan JR terlupa mengabadikan beberapa gambar ketika Sha di asrama, walaupun henset memang berada dalam poket...

11 comments:

  1. Waris boleh hantar barang2 naik ke asrama ke?

    ReplyDelete
  2. Waris boleh hantar barang2 naik ke asrama ke?

    ReplyDelete
  3. Semoga sha success disitu... jgn sha homesick sudah atau pun JR miss Kat sha ;)
    P/s Apalah yg digundah gula oleh JR tu ye..

    ReplyDelete
  4. alah jr ceritalah...nak tahu juga kenapa....

    semoha sha kuat semangatnya..amin

    ReplyDelete
  5. Moga Sha tabah dan lebih bersedia di sana..
    Apalah agaknya yang tidak menggembirakanJR tu agaknya..?

    ReplyDelete
  6. Semoga Sha cepat menyesuaikan diri dgn suasana dan persekitaran baru dlm hidupnya..

    ReplyDelete
  7. macam tu lah perasaan sy tp masuk asrama dri tgktn satu.

    ReplyDelete
  8. Alaahh.. sedihnya hati ayah sebab terpaksa lepaskan puteri bongsu. MRSM merbok ni nampak macam sekolah kat Jepun je sebab berlatar belakangkan gunung. Takpe JR, Merbok tu dekat je dgn tempat JR. Kalo kena pegi MRSM Kuantan ke, MRSM Pengkalan Chepa ke, lagi la jauh. Harap2 Sha dpt sesuaikan diri.

    ReplyDelete
  9. Rasanya Sha Ok je nanti..takut ibu dan ayah pula yang homesick ;)

    ReplyDelete
  10. All the best buat Sha ye

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....