Inilah namanya kot di persimpangan dilema. Tak tau nak buat keputusan - nak terima atau tidak tawaran MRSM ini?
Sekali pikir elok juga terima tawaran MRSM tu, dua kali pikir kekal di sekolah sekarang juga no problem. Jadi yang mana satu? Kedua-duanya ada pros and cons masing-masing:
Pros Masuk MRSM:
1. Dah lama Fatrisha, anak dara bongsu JR itu simpan cita-cita untuk belajar di MRSM, cuma MRSM idamannya ialah MRSM Taiping yang merupakan MRSM kedua terbaik di Malaysia.
2. Suasana pembelajaran di MRSM lebih baik dari sekolah menengah harian biasa dengan tenaga pengajar lebih terlatih.
3. Tinggal di asrama MRSM akan mengajar dia hidup lebih berdikari.
4. Jarak dari rumah kami di Alor Setar ke MRSM Merbok cuma kira-kira 65 km, kalau ada kes kecemasan tak ada masalah.
Cons Masuk MRSM:
1. Dia anak manja (maklumlah anak bongsu), perlu lebih masa untuk belajar berdikari.
2. Kalau dia tinggal di asrama seperti 3 abang-abangnya yang lain, bertambah sepilah rumah kami.
3. Sekolah tempat dia belajar sekarang (SMK Sultanah Asma) sangat dekat dengan rumah (cuma 0.7 km), kalau ada masalah persekolahan senang di atasi.
4. Sekolah dia belajar sekarang adalah sekolah harian terbaik di Kedah dan ketiga terbaik di Malaysia, kalau kekal di sekolah yang sama masih OK juga.
5. MRSM Merbok hanya berada di ranking 36 antara 45 MRSM terbaik di seluruh Malaysia:
Keputusan perlu dibuat sebelum Fatrisha dikehendaki lapor diri di MRSM Merbok pada hari Rabu depan. Bagi dirinya setakat ini masih 50:50, sukar buat keputusan. Kami ibu bapanya juga begitu, masih 50:50 dan tak mahu memaksanya memilih, biar dia sendiri buat keputusan yang terbaik untuk dirinya...
Harap-harap malam ini dapat ilham sama ada nak teruskan pengajian ke MRSM atau kekal di sekolah sekarang.
Kalau dia sudah cemerlang, di sekolah mana pun InsyaAllah dia akan cemerlang juga... :)
ReplyDeleteMemang susah untuk buat pilihan...kedua2nya pun baik...biarlah Sha sendiri yang buat pilihan dan keputusan muktamat..
ReplyDeleteYang penting suasana pembelajaran tidak membuatkan Sha tertekan..
ReplyDeleteMemang dlm dilema ni..semoga Sha dapat ilham utk buat keputusan
ReplyDeleteSekolah sekarang pun dah bagus dengan keputusan yang bagus, tentu tak jadi masalah menempatkan diri dimana2 IPTA/S.. kesudahannya sama je, tapi dari segi berdikari mungkin baguslah untuk Fatrisha, persediaan untuk berpisah ke IPTA/S nanti.. huhuuu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletetp klu nk belajar berdikari dan sistem pendidikan yang berbeza dr sekolah yg sekarang boleh la try mrsm ... sbb mrsm ni mara ...so corak pendidikan die agak berbeza sedikit dengan kpm .... tp sek asma tu pun hebat ... anatara sekolah terbaik ... mmg ssh nk buat keputusan ....
ReplyDeletekena isthikarah ni
ReplyDeletetahniah fatrisha..bukan senang dapat twaran dari mrsm...ada tu beria ia nak masuk pun tak dapat2 masuk...fatrisha budak bijak...belajar kat mana2 pun tetap bijak....insyallah...
ReplyDeletecons:
ReplyDelete2. kalau sepi, kena la cari `kawan' kat rumah tu bang JR. ops! hahaha...