»
Showing posts with label Segmund Freud. Show all posts
Showing posts with label Segmund Freud. Show all posts

04 March 2015

Selamat Tinggal Sha...


Sejujurnya sedih juga hati nak tinggalkan Sha belajar di MRSM. Apa lagi dia anak bongsu, satu-satunya anak perempuan dari 6 beradik. Malah tak salah jika dikatakan dia lebih rapat dengan JR berbanding ibunya. Mungkin benar kata tokoh psikoanalisis tersohor dunia, Segmund Freud, anak perempuan biasanya lebih rapat dengan ayahnya berbanding ibu...

Pagi tadi sekitar pukul 9 pagi JR dah tinggalkan rumah bersama isteri dan Sha untuk ke MRSM Merbok bagi pendaftaran kemasukan Sha ke Tingkatan Empat. MRSM Merbok cuma 10 km dari bandar Sungai Petani. Terletak tak jauh dari Gunung Jerai, MRSM Merbok memang memiliki fenomena latar belakang alam sekitar yang menarik juga.