»
Showing posts with label MRSM. Show all posts
Showing posts with label MRSM. Show all posts

10 March 2015

Alahai...Baru Seminggu Cerai Dah Nak Rujuk Balik


Hampir setiap hari puteri tunggal JR itu merengek dalam telefon. Banyak cerita negatif dari positif. Minta simpatilah tu....

Masa kali terakhir jumpa dia Sabtu lepas di MRSM Merbok pun sebelum berpisah dia tanya, "Nak balik belajar kat SMK Asma boleh tak?"

Pikir sekali memang tak nak layan celoteh Sha. Lagi pun itu adalah pilihannya sendiri, JR dan isteri tak pernah paksa dia masuk MRSM. JR sebagai ayah dah buat research mengenai sekolah lamanya SMK Sultanah Asma dan MRSM Merbok, buat kajian perbandingan, kemudian beri pros and cons belajar di kedua-dua institusi itu, selebihnya dia sendiri perlu buat keputusan. Dan bila dia kata nak masuk MRSM, JR ikut saja walau dalam hati berkata di sekolah lamanya kalau dari segi akademik apa kurangnya dari MRSM.

01 March 2015

Susahnya Bila Ditelan Mati Emak...


Susahnya nak buat keputusan. Ia seperti ditelan mati emak, diluah mati bapa!! Yang mana satu nak pilih??

Sejak terima tawaran dari Mara untuk belajar di MRSM pada Khamis lepas, sampai pagi tadi Fatrisha (Sha) masih belum buat keputusan muktamad nak pergi atau tidak ke MRSM Merbok. JR dah bagi target date untuk dia buat keputusan hingga  pukul 12 malam ini. Jika hingga pukul 12 malam ini dia masih susah buat keputusan, anggap saja dia tak nak pergi ke MRSM. Noktah!

JR faham mengapa dia susah nak buat keputusan. Seperti yang JR kata dalam entri lepas, menyambung pelajaran di Tingkatan Empat di MRSM Merbok atau kekal belajar di SMK Sultanah Asma ada pros & cons masing-masing.

26 February 2015

Di Persimpangan Dilema MRSM


Inilah namanya kot di persimpangan dilema. Tak tau nak buat keputusan - nak terima atau tidak tawaran MRSM ini?


Sekali pikir elok juga terima tawaran MRSM tu, dua kali pikir kekal di sekolah sekarang juga no problem. Jadi yang mana satu? Kedua-duanya ada pros and cons masing-masing:

24 November 2014

Ujian Kemasukan MRSM


Tadi JR hantar anak perempuan JR (Sha) yang sekarang di Tingkatan 3 ke Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM). Ujian diadakan di MRSM Pendang, Kedah. Ujian UKKM diadakan oleh pengurusan MRSM untuk memilih kemasukan pelajar ke Tingkatan Empat MRSM bagi sesi persekolahan 2014-2015.

Ramai juga pelajar Tingkatan Tiga yang mendududuki ujian untuk ke Tingkatan Empat MRSM itu. Sayang sekali telefon bimbit JR dihantar untuk repair sejak 2 hari lepas (kerana masuk air). Jadi tak adalah gambar semasa JR hantar anak ke MRSM Pendang tadi.