»
Showing posts with label SMK Sultanah Asma. Show all posts
Showing posts with label SMK Sultanah Asma. Show all posts

15 September 2015

Tahniah Sha & The Gang!

Mereka bertiga diarahkan oleh pihak sekolah untuk menyertai pertandingan Digital Story Telling  Animation 2015 peringkat sekolah menengah Kedah di saat akhir ketika pertandingan selama 3 hari itu telah pun bermula. Ketika mereka sampai di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Kedah untuk menyertai pertandingan, team sekolah-sekolah lain sudah berada sehari lebih awal dari mereka. Sekolah-sekolah lain mempunyai 3 hari untuk menyiapkan tugasan, mereka cuma mempunyai 2 hari. Rugi sehari!!

Semua team yang mengambil bahagian perlu berada 24 jam sehari di BTPN untuk menyiapkan tugasan. Penginapan, makan dan minum ditanggung oleh Kementerian Pendidikan.

Bila di hari terakhir wakil Kementerian berdiri mengumumkan team yang menang, Sha dan gang sekolahnya tidak menaruh harapan tinggi. Dengan masa yang terhad mereka cuma mengharapkan untuk dapat sijil penyertaan.

Bila diumumkan  team SMK Sultanah Asma menang tempat kedua, Sha kata mereka sangat terkejut. Tak sangka penyertaaan di saat akhir dan dengan masa yang terhad untuk menyiapkan tugasan, mereka masih mampu memberi persembahan terbaik.

Tahniah kepada puteri bongsu JR, Sha dan team SMK Sultanah Asma atas kejayaan itu..

                      Sha (kanan sekali) bersama 2 rakan sekolahnya yang menang tempat kedua.


                    Trofi kemenangan...susah nak ambik gambar kerana warnanya transparen...

01 March 2015

Susahnya Bila Ditelan Mati Emak...


Susahnya nak buat keputusan. Ia seperti ditelan mati emak, diluah mati bapa!! Yang mana satu nak pilih??

Sejak terima tawaran dari Mara untuk belajar di MRSM pada Khamis lepas, sampai pagi tadi Fatrisha (Sha) masih belum buat keputusan muktamad nak pergi atau tidak ke MRSM Merbok. JR dah bagi target date untuk dia buat keputusan hingga  pukul 12 malam ini. Jika hingga pukul 12 malam ini dia masih susah buat keputusan, anggap saja dia tak nak pergi ke MRSM. Noktah!

JR faham mengapa dia susah nak buat keputusan. Seperti yang JR kata dalam entri lepas, menyambung pelajaran di Tingkatan Empat di MRSM Merbok atau kekal belajar di SMK Sultanah Asma ada pros & cons masing-masing.