»
Showing posts with label alor setar. Show all posts
Showing posts with label alor setar. Show all posts

02 February 2016

Mimpi Ngeri Berulang Lagi


Kalau sekali dua terjebak dalam kawin jarak jauh tak apa. Kalau setahun dua suami isteri berpisah tak tinggal sebumbung pun masih tak apa lagi, masih mampu bersabar. 

Tapi kalau dah berkali-kali, berpuluh tahun tak tinggal serumah, ia sangat menyiksa. Nama saja kawin tapi macam tak kawin...

~ Masa mula kawin, JR kerja di Penang, isteri kerja di Pahang
~ Kemudian JR di KL isteri di Pahang
~ Lepas tu JR di KL isteri di Alor Setar
~ JR di Perlis isteri di Alor Setar
~JR di KL isteri di Alor Setar
~ JR di Taiping isteri di Alor Setar
~ JR di Alor Setar isteri di Penang
~ JR di Alor Setar isteri di Langkawi
~ Mulai 22 Februari 2016 ini JR tinggal di Alor Setar dan isteri di Melaka entah berapa tahun pula?

 

Begitulah..semalam isteri terima arahan dari Kementerian tempat dia bekerja  untuk bertukar ke Melaka. Memang sekali dengar macam sedap, kononnya  pertukaran naik pangkat dari Ketua Jururawat (Sister) kepada Penyelia Jururawat (Matron).

Tapi bila dua kali pikir ia kenaikan pangkat yang tak berbaloi.. Perbezaan gaji sekarang di Alor Setar dan gaji baru di Melaka tak banyak, sekadar kenaikan beberapa ratus ringgit. Tak berbaloi dengan kos sewa rumah di Melaka, sedang di Alor Setar kami dah ada rumah sendiri, hutang rumah pun sudah habis. Kalau isteri pindah ke Melaka, bukan saja perlu pikir nak cari rumah sewa, tapi juga kos-kos lain yang perlu ditanggung - kos makan, kos pengangkutan, kos tu kos ni..

Itu baru bab kos. Tak masuk lagi bab siksaan mental bila dipaksa tinggal berjauhan dengan keluarga...

Kedua-dua kami pernah rasa keperitan kawin jarak jauh. Dulu masa muda-muda mungkin masih dapat hadapinya tapi kini dah usia dekat maghrib macam ni masih nak dipisahkan lagi atas nama kenaikan pangkat?

Rasanya tak payah naik pangkatlah kalau kena pi jauh-jauh. Tak berbaloi sangat-sangat dengan apa yang dapat. Tak mampu hadapi mimpi ngeri yang bakal berulang kembali..
  

06 December 2015

Sanggup Mati Demi Bola

Masa beli sarapan pagi dekat kedai makan Jalan Teluk Wanjah Alor Setar pagi tadi, ada orang beritau seorang penyokong bolasepak Kedah yang cedera kelmarin akibat terpijak ketika berpuluh ribu orang beratur untuk beli tiket bola sudah meninggal. Jika betul orang itu dah meninggal, alfatihah..
 
JR tak pasti sama ada berita itu benar atau tidak atau sengaja diperbesar-besarkan sebab setahu JR memang kelmarin ada seorang yang tercedera, lima orang lagi pengsan masa bersesak-sesak nak beli tiket.


 
Mau tak pengsan depa peminat bola sanggup beratur panjang sejak pukul 8.00 pagi depan stadium untuk beli tiket perlawanan Kedah-Felda United malam ini sedangkan kaunter cuma dibuka pada pukul 3.00 petang. Tujuh jam berdiri..bayangkan! Itu pun cuma 2 kaunter yang dibuka sedang yang beratur berpuluh ribu orang sejak pagi.



Kalau betul ada yang sampai mati, maknanya dia mati demi bola. Begitulah hebatnya bola ada yang sanggup mati demi bola. 

Di Kedah memang ramai orang gila bola. Sebab itu Stadium Darul Aman sentiasa penuh walau Kedah tahun ini cuma bermain dalam liga primier, liga kelas 2... Mengikut rekod FAM, stadium yang paling ramai penonton tahun ini ialah Stadium Darulaman Kedah, mengalahkan mana-mana stadium lain termasuk Stadium Shah Alam, Stadium Darul Makmur atau Stadium Larkin.

01 October 2015

Aman Central


Ketika melalui pusat bandar Alor Setar pagi tadi, JR memandu ikut jalan susur Aman Central.

Aman Central adalah shopping complex terbesar di Kedah yang baru dibuka pagi tadi.

Ketika melalui jalan depan Aman Central, JR nampak banyak kereta beratur nak masuk. Orang keluar masuk ke Aman Central juga ramai. Maklumlah hari ini hari pembukaan. Selalunya hari pertama memang banyak tawaran hebat untuk pembeli. Sebab itu hari pertama pembukaan sesuatu shopping complex orang akan jadi terlebih ramai...


JR sendiri tak tau bila nak jejakkan kaki ke Aman Central walau jaraknya dengan rumah cuma kira-kira 4 km. Mungkin JR orang terakhir dalam rumah kami ke sana..itulah kebiasaannya!

Bila pandang shopping complex setinggi 8 tingkat itu, teringat aruah Ustaz Azizan mantan Menteri Besar Kedah yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan sebuah shopping complex terbesar dan termoden di Alor Setar semasa PR memerintah Kedah. Di dalam Aman Central juga disediakan sebuah surau besar untuk kemudahan pengunjung hasil idea aruah ustaz Azizan.

Bukan mudah nak bangunkan Aman Central kerana pembinaannya ditentang hebat oleh sebuah parti politik Melayu yang disokong oleh NGO ultra-Melayu seperti Perkasa dan Pekida. Demo demi demo mereka buat untuk menggagalkan pembinaannya hingga satu peringkat Sultan Kedah sendiri terpaksa campur tangan.

Apa pun hari ini Aman Central berdiri dengan megah di tengah pusat bandar Alor Setar.

Jika ustaz Azizan masih hidup dan PR masih berkuasa di Kedah mungkin aruah sendiri yang akan dijemput merasmikan bangunan itu hari ini. Tapi ustaz Azizan telah pergi terlebih dahulu ketika bangunan itu baru di peringkat pra-pembinaan.

Semoga aruah Ustaz Azizan damai di sana bersama Yang Esa...

07 July 2015

Perjalanan Menjemu Dan Meletihkan


Hari Khamis lepas JR ke Parit Raja, Batu Pahat untuk mengambil anak bujang JR yang sudah selesai dalam pengajian degreenya di UTHM. Bila pengajian dah habis, balik rumahlah dulu sebelum melamar pekerjaan.

Anak bujang JR, Faez lebih suka balik sendiri dengan Kancil tua yang JR beri padanya 3 tahun lepas. Tapi sebagai orang tua, JR pula yang tak begitu harap dia balik berseorangan. Bukan tak percaya dengan tahap pemanduannya (dia memang suka memandu laju) tapi kata JR kepada Faez, untuk pemanduan sejauh kira-kira 700 km, 2 orang lebih baik dari seorang. Seorang pandu seorang lagi boleh berehat bergilir-gilir, tak meletihkan sangat. Akhirnya dia setuju balik bersama JR. 

2.7.15 (Khamis)

~ Pukul 11.30 pagi JR bertolak ke Muar menaiki bas Mayang Sari. Ia satu-satunya bas dari Alor Setar yang menyediakan perjalanan ke Johor di waktu siang. Semua bas lain cuma ada perjalanan waktu malam. Hanya ada 12 penumpang bas untuk perjalanan itu. Hanya JR dan sepasang suami isteri bersama bayi kecil mereka yang akan turun di Muar. Penumpang-penumpang lain turun di KL, Seremban dan Melaka.

18 May 2015

Daging Bakar Harimau Menangis


Daging arnab, rusa, pelanduk, ayam turki, itik, semua JR pernah rasa. Daging lembu, kerbau, puyuh, pula perkara biasa.

Tapi daging rimau?

Korang pernah makan daging rimau? Kalau pernah makan, cuba beritau JR bagaiaman rasa daging rimau? Ada orang kata rasanya macam pedas-pedas sikit...betul ke???

Tapi petang kelmarin JR ternampak gerai yang jual daging rimau. Gerai 'daging bakar harimau menanguis' namanya. Gerai tu terletak di seberang depan Masjid Bukhary, Alor Setar. Latar belakang lokasi gerai yang di sebelahnya ada belukar memang sesuai dengan nama harimau!
 
Apa yang tuan gerai tu buat sampai rimau tu menagis? Sebab kena panggang kot? Seganas-ganas rimau kalau dibakar hidup-hidup menangis juga....


Satu masa nanti kalau ada rezeki nak juga JR singgah ke gerai tu untuk rasa daging rimau bakar. Cuma JR tak pasti sama ada ia benar-benar daging rimau atau cuma gimik bagi melariskan perniagaan. 

23 April 2015

Makanan Termurah Di Alor Setar


Inilah yang seronoknya bila sesekali ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar- makanan di kantinnya begitu murah berbanding tempat-tempat lain berdekatan. Kebanyakan makanan - pelbagai jenis mee, pasembor, nasi ayam, nasi goreng kampung, nasi goreng Cina, nasi kerabu - semuanya dijual pada harga cuma RM3 sepinggan.


Minuman pun murah, teh ais cuma berharga RM1 segelas besar. Di tempat lain di Alor setar harga segelas teh ais antara RM1.20 hingga RM1.80. Mana lagi tempat nak cari teh ais RM1.00 segelas?

              Inilah breakfast JR pagi tadi di kantin HSB - Mee bandung RM3.00 dan teh ais RM1.00.

Walaupun ada yang kata harga makanan di Alor Setar murah, tapi bagi JR kebanyakan peniaga di Alor Setar jual makanan pada harga lebih kurang sama dengan tempat lain di Malaysia. Cuma di kantin HSB dan satu dua tempat lagi harga jualan lebih murah dari tempat-tempat lain.

Tahun lepas bila JR mengunjungi anak yang sedang belajar di UTHM Batu Pahat, terkejut JR melihat makanan di beberapa gerai berdekatan kampus UTHM yang dijual pada harga tersangatlah murah. Ada satu gerai tu di Parit Raja jual roti canai bersaiz besar pada harga cuma 50 sen sekeping. Teh ais pula dijual pada harga RM1.00 segelas. Pada malamnya pula anak bawa JR makan di sebuah gerai lain di mana nasi goreng kampung cuma dijual pada harga RM2.50 sepinggan. Nasi gorengnya pula bukan setakat sedap tapi di isi banyak penuh satu pinggan hingga JR tak dapat menghabiskannya walaupun ketika itu sangat lapar!

05 November 2014

Apa Dosa Orang Alor Setar??


Di Alor Setar sekarang ni hari-hari waktu petang langit kelam. Kemudian hujan turun. Biasanya hujan turun agak lebat juga. Kadang-kadang disertai ribut petir.

JR ni dah la ada astrafobia (fobia kepada petir), jadi bila langit berdentum dentam dengan angin kuat begitu memang tak senang duduklah JR. Cuma astrafobia JR tak sampai tahap menyorok di bawah katil atau sembunyi dalam almari bila terjadi ribut petir seperti sesetengah kes yang JR pernah baca.