Ketika melalui pusat bandar Alor Setar pagi tadi, JR memandu ikut jalan susur Aman Central.
Aman Central adalah shopping complex terbesar di Kedah yang baru dibuka pagi tadi.
Ketika melalui jalan depan Aman Central, JR nampak banyak kereta beratur nak masuk. Orang keluar masuk ke Aman Central juga ramai. Maklumlah hari ini hari pembukaan. Selalunya hari pertama memang banyak tawaran hebat untuk pembeli. Sebab itu hari pertama pembukaan sesuatu shopping complex orang akan jadi terlebih ramai...
JR sendiri tak tau bila nak jejakkan kaki ke Aman Central walau jaraknya dengan rumah cuma kira-kira 4 km. Mungkin JR orang terakhir dalam rumah kami ke sana..itulah kebiasaannya!
Bila pandang shopping complex setinggi 8 tingkat itu, teringat aruah Ustaz Azizan mantan Menteri Besar Kedah yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan sebuah shopping complex terbesar dan termoden di Alor Setar semasa PR memerintah Kedah. Di dalam Aman Central juga disediakan sebuah surau besar untuk kemudahan pengunjung hasil idea aruah ustaz Azizan.
Bukan mudah nak bangunkan Aman Central kerana pembinaannya ditentang hebat oleh sebuah parti politik Melayu yang disokong oleh NGO ultra-Melayu seperti Perkasa dan Pekida. Demo demi demo mereka buat untuk menggagalkan pembinaannya hingga satu peringkat Sultan Kedah sendiri terpaksa campur tangan.
Apa pun hari ini Aman Central berdiri dengan megah di tengah pusat bandar Alor Setar.
Jika ustaz Azizan masih hidup dan PR masih berkuasa di Kedah mungkin aruah sendiri yang akan dijemput merasmikan bangunan itu hari ini. Tapi ustaz Azizan telah pergi terlebih dahulu ketika bangunan itu baru di peringkat pra-pembinaan.
Semoga aruah Ustaz Azizan damai di sana bersama Yang Esa...
