»
Showing posts with label Bas ekspress. Show all posts
Showing posts with label Bas ekspress. Show all posts

01 August 2015

Sekarang Di Perlis Dah Ada Bas!!


Masa JR kerja di Perlis kira-kira 10 tahun lepas, di Perlis tak ada bas. Maksud JR, bas henti-henti. Bas express misalnya Alor Setar-Kangar, Kota Bahru-Kuala Perlis, KL-Kuala Perlis memang ada. Yang tak ada cuma bas henti-henti. Bas sekolah juga tak ada di Perlis masa tu.

Bila JR tanya orang Perlis mengapa di Perlis tak ada bas? Orang Perlis kata mereka tak perlukan bas. Semua mereka ada kenderaan sendiri, sekurang-kurangnya motor untuk ke mana-mana. Bus stop memang banyak di Perlis tapi ia cuma jadi perhiasan, tempat kambing berak dan kencing. 

           10 tahun lepas bus stop di Perlis sunyi tak ada orang sebab di Perlis tak ada bas...
 
Mengikut orang Perlis lagi, banyak syarikat bas henti-henti cuba beroperasi di Perlis. Tapi akhirnya syarikat-syarikat itu gulung tikar sebab Perlis walaupun antara negeri termiskin di Malaysia tapi penduduknya tak perlukan bas. Mereka lebih berdikari pergi ke mana-mana guna kenderaan sendiri.

Tapi itu situasi 10 tahun dulu, masa JR kerja di Perlis. Sekarang dah berubah...

Tadi JR tengok dalam berita TV,  Perlis sekarang dah ada perkhidmatan bas henti-henti  lepas 15 tahun tak beroperasi. Perkhidmatan bas henti-henti itu dikenali sebagai MyBas dikendalikan oleh Mara Liner dengan 50 bas yang beroperasi di seluruh Perlis, termasuk ke kampung dan taman perumahan.



Baguslah jika sekarang bas dah ada di Perlis. Mungkin sekarang orang Perlis dah mula minat naik bas semula. Lagi pun harga minyak sekarang bukan murah macam 10 tahun dulu. Naik bas lebih menjimatkan dari naik kenderaan sendiri. Yang penting jadual perjalanan ikut masa ditetapkan dan bukan ikut masa pemandu bas...
 

07 July 2015

Perjalanan Menjemu Dan Meletihkan


Hari Khamis lepas JR ke Parit Raja, Batu Pahat untuk mengambil anak bujang JR yang sudah selesai dalam pengajian degreenya di UTHM. Bila pengajian dah habis, balik rumahlah dulu sebelum melamar pekerjaan.

Anak bujang JR, Faez lebih suka balik sendiri dengan Kancil tua yang JR beri padanya 3 tahun lepas. Tapi sebagai orang tua, JR pula yang tak begitu harap dia balik berseorangan. Bukan tak percaya dengan tahap pemanduannya (dia memang suka memandu laju) tapi kata JR kepada Faez, untuk pemanduan sejauh kira-kira 700 km, 2 orang lebih baik dari seorang. Seorang pandu seorang lagi boleh berehat bergilir-gilir, tak meletihkan sangat. Akhirnya dia setuju balik bersama JR. 

2.7.15 (Khamis)

~ Pukul 11.30 pagi JR bertolak ke Muar menaiki bas Mayang Sari. Ia satu-satunya bas dari Alor Setar yang menyediakan perjalanan ke Johor di waktu siang. Semua bas lain cuma ada perjalanan waktu malam. Hanya ada 12 penumpang bas untuk perjalanan itu. Hanya JR dan sepasang suami isteri bersama bayi kecil mereka yang akan turun di Muar. Penumpang-penumpang lain turun di KL, Seremban dan Melaka.