Daging arnab, rusa, pelanduk, ayam turki, itik, semua JR pernah rasa. Daging lembu, kerbau, puyuh, pula perkara biasa.
Tapi daging rimau?
Korang pernah makan daging rimau? Kalau pernah makan, cuba beritau JR bagaiaman rasa daging rimau? Ada orang kata rasanya macam pedas-pedas sikit...betul ke???
Tapi petang kelmarin JR ternampak gerai yang jual daging rimau. Gerai 'daging bakar harimau menanguis' namanya. Gerai tu terletak di seberang depan Masjid Bukhary, Alor Setar. Latar belakang lokasi gerai yang di sebelahnya ada belukar memang sesuai dengan nama harimau!
Apa yang tuan gerai tu buat sampai rimau tu menagis? Sebab kena panggang kot? Seganas-ganas rimau kalau dibakar hidup-hidup menangis juga....
Satu masa nanti kalau ada rezeki nak juga JR singgah ke gerai tu untuk rasa daging rimau bakar. Cuma JR tak pasti sama ada ia benar-benar daging rimau atau cuma gimik bagi melariskan perniagaan.
sedap sangat kot, sampai harimau pun nangis bila makan...haha.
ReplyDeleteDaging harimau menangis adalah bahagian daging lembu yang berada di sebelah kaki lembu (salah satu daripada 4 kaki tersebut) dan kedudukannya adalah di bahagian lipatan paha lembu tu...bahagian yg paling sedap..
ReplyDeleteTerima kasih Kam atas info ini. Sekarang baru saya tau....
DeleteOooo... begitu.. baru tahu ni..
DeleteTerima kasih bagi info ni.... :)
Oleh kerana "bahagian paling sedap"... maka, wajib lah try rasa... kan JR... :)
haram kot makan daging rimau ni ... sbb rimau ni makan bangkai ..... biar betui .. gimik je la ni ... hehehe
ReplyDeletemau margastua dtg serbu sini .. harimau kan haiwan terancam dan eksotik
Ade harapan nk jadi viral ni. Nama unik. Sy pun xtau dalam bhgian lembu ada nama rimau. Mcm durian jugak, ade kucing tidur dlmnya. Haha
ReplyDeletekalo kitorang panggil daging batang pinang..
ReplyDeleteRare sungguh menu JR..
ReplyDeleteNasib baik Kamsiah bagi info tu..
Ingatkan betul-betul lah harimau bakar hahhahaha :D
kena tanya betul2 dgn tauke ledai tu jr..buat nya betul2 daging rimau... :-))
ReplyDeleteOhhh...saya baca komen kak Kamsiah, baru saya tahu...
ReplyDeleteHahaha..
So, bukan lah gimik semata mata..
amboi , tajuknya dasat tu ... rasanya gimikperniagaan je . nak buat org teruja nak rasa dan beli ...
ReplyDeleteharimau semua menangis sebab banyak daging haiwan buruannya dah dibakar.
ReplyDelete