»
Showing posts with label roti canai. Show all posts
Showing posts with label roti canai. Show all posts

23 April 2015

Makanan Termurah Di Alor Setar


Inilah yang seronoknya bila sesekali ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar- makanan di kantinnya begitu murah berbanding tempat-tempat lain berdekatan. Kebanyakan makanan - pelbagai jenis mee, pasembor, nasi ayam, nasi goreng kampung, nasi goreng Cina, nasi kerabu - semuanya dijual pada harga cuma RM3 sepinggan.


Minuman pun murah, teh ais cuma berharga RM1 segelas besar. Di tempat lain di Alor setar harga segelas teh ais antara RM1.20 hingga RM1.80. Mana lagi tempat nak cari teh ais RM1.00 segelas?

              Inilah breakfast JR pagi tadi di kantin HSB - Mee bandung RM3.00 dan teh ais RM1.00.

Walaupun ada yang kata harga makanan di Alor Setar murah, tapi bagi JR kebanyakan peniaga di Alor Setar jual makanan pada harga lebih kurang sama dengan tempat lain di Malaysia. Cuma di kantin HSB dan satu dua tempat lagi harga jualan lebih murah dari tempat-tempat lain.

Tahun lepas bila JR mengunjungi anak yang sedang belajar di UTHM Batu Pahat, terkejut JR melihat makanan di beberapa gerai berdekatan kampus UTHM yang dijual pada harga tersangatlah murah. Ada satu gerai tu di Parit Raja jual roti canai bersaiz besar pada harga cuma 50 sen sekeping. Teh ais pula dijual pada harga RM1.00 segelas. Pada malamnya pula anak bawa JR makan di sebuah gerai lain di mana nasi goreng kampung cuma dijual pada harga RM2.50 sepinggan. Nasi gorengnya pula bukan setakat sedap tapi di isi banyak penuh satu pinggan hingga JR tak dapat menghabiskannya walaupun ketika itu sangat lapar!

15 February 2015

Roti Canai Ikan Temenung


Dah lama JR tak pergi ke market Kubang Rotan, Kuala Kedah. Yang istimewanya tentang market Kubang Rotan ialah jualan hasil lautnya yang masih fresh, maklumlah baru turun dari laut. Harga hasil laut terutama ikan dan sotong juga lebih murah dari market-market biasa sekitar Alor Setar.

Minggu lepas dengar berita TV kata sekarang ini ikan kembung (orang Utara panggil ikan temenung) segar cuma dijual RM1 sekilo saja di sekitar Kuala Kedah termasuk market Kubang Rotan. Seminggu sebelum itu ikan temenung segar di jual pada harga 5 kupang (50 sen) sekilo. Memang murah. Dah lah ikan baru turun dari laut, dijual dengan harga murah pula!!

Lalu pagi tadi JR yang dah lama tak sampai ke market Kubang Rotan pergi ke market itu untuk cari beberapa bahan basah.