»

07 July 2015

Perjalanan Menjemu Dan Meletihkan


Hari Khamis lepas JR ke Parit Raja, Batu Pahat untuk mengambil anak bujang JR yang sudah selesai dalam pengajian degreenya di UTHM. Bila pengajian dah habis, balik rumahlah dulu sebelum melamar pekerjaan.

Anak bujang JR, Faez lebih suka balik sendiri dengan Kancil tua yang JR beri padanya 3 tahun lepas. Tapi sebagai orang tua, JR pula yang tak begitu harap dia balik berseorangan. Bukan tak percaya dengan tahap pemanduannya (dia memang suka memandu laju) tapi kata JR kepada Faez, untuk pemanduan sejauh kira-kira 700 km, 2 orang lebih baik dari seorang. Seorang pandu seorang lagi boleh berehat bergilir-gilir, tak meletihkan sangat. Akhirnya dia setuju balik bersama JR. 

2.7.15 (Khamis)

~ Pukul 11.30 pagi JR bertolak ke Muar menaiki bas Mayang Sari. Ia satu-satunya bas dari Alor Setar yang menyediakan perjalanan ke Johor di waktu siang. Semua bas lain cuma ada perjalanan waktu malam. Hanya ada 12 penumpang bas untuk perjalanan itu. Hanya JR dan sepasang suami isteri bersama bayi kecil mereka yang akan turun di Muar. Penumpang-penumpang lain turun di KL, Seremban dan Melaka.
~ Perjalanan ke Muar sangat menjemukan. Pemandu bas bawa bas terlebih berhati-hati. Dia banyak berada di lorong kiri, tak kisah pun jika ada kapcai yang memotong bas kami atas highway.
~ Bila bas masuk ke KL untuk hantar 2 penumpang ke Pudu Sentral, berlaku satu jem yang teruk. Waktu itu lebih kurang pukul 5.30 petang, masa orang berlumba-lumba balik pejabat, mana tak jem. Lebih kurang satu setengah jam jam juga rugi untuk masuk dan keluar dari KL saja.
~ Lepas KL, bas masuk Seremban dan Melaka kerana beberapa penumpang lain turun di stesen bas di sana. Rugi masa lagi.
~ Bas banyak berhenti sepanjang perjalanan sama ada di R&R atau hentian sebelah. Mungkin pemandunya letih di bulan puasa, dia perlu beberapa waktu untuk rehat dan pulihkan diri.
~ Pukul 11.15 malam baru sampai di Muar. Bermakna hampir 12 jam perjalanan dari Alor Setar ke Muar. Rasa punggung macam naik kematu!
~ 35 minit lepas JR sampai, baru Faez tiba dengan BMW birunya untuk ambil JR. Pukul 1.10 pagi baru kami sampai ke Parit Raja. Lepas bersihkan diri kami terus tidur.


3.7.15 (Jumaat)

~ Bangun sahur pukul 4.00 pagi. Faez pergi beli nasi bungkus untuk juadah sohor kami di gerai terdekat. 
~ Plan asal JR adalah untuk balik lepas solat Subuh. Tapi kerana badan tersangat letih, Faez cadangkan kami rehatkan badan beberapa jam lepas solat Subuh sebelum balik ke Alor Setar. JR setuju.
~ 8.00 pagi JR dan Faez bersiap-siap untuk pulang ke Alor Setar. Tepat pukul 9.00 pagi kami bertolak balik dari Parit Raja ke Alor Setar.
~ Kerana BMW Faez sudah agak tua, kami bawa kereta itu pelan-pelan saja. Orang tua mana boleh dipaksa lari laju, nanti jantungnya terhenti susah pula kami. Kami bawa bergilir-gilir dengan kelajuan cuma lebih kurang 100 km sejam saja. 
~ Agak malang apabila lepas simpang Nilai, Faez tersasar masuk KL. Sepatutnya dia masuk simpang kiri yang signboardnya bertulis Shah Alam dan Ipoh tapi Faez confident aje pandu straight...Bila dah tersasar ke KL, faham-faham sajalah, terlibat dengan kesesakan yang sangat menjemukan selama berjam-jam sebelum jumpa semula laluan highway Jalan Duta untuk ke Alor Setar.
~ Kami berhenti di banyak tempat sepanjang perjalanan ke Alor Setar kerana nak beri peluang BMW tua itu berehat. Pemandu dan penumpang BMW itu pun perlu berehat juga dalam perjalanan panjang yang menjemukan ini.
~ Bila sampai di tol Juru, Pulau Pinang lihat kenderan beratur panjang. Sekali lagi terpaksa melalui kesesakan yang sangat menjemukan. Kereta merangkak perlahan-lahan sejauh 12 km kerana ada 6 kemalangan dan insiden kereta rosak selepas tol Juru.
~ Sepanjang jalan hujan banyak kali turun dan kereta perlu diperlahankan. Bila melepas Guruni, hari dah gelap, hujan lebat bersama ribut petir pula turun menyebabkan kereta dipandu sangat perlahan.
~ Akhirnya pukul 8.00 malam lebih baru kami sampai ke rumah di Alor Setar. Letihnya!

Terima kasih Tuhan kerana telah melindungi perjalanan panjang yang menjemukan itu...

                              Akhirnya BMW biru ini selamat berlabuh di depan rumah JR...

19 comments:

  1. Kenapa bang JR tak ambik bas malam, boleh tido srpanjang jalan. Tak terasa sangat.

    Saya kalau terlajak nak masuk highway Elite tu, sanggup patah balik daripada teruskan masuk KL untuk ke Duta. Boleh bikin stress!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau naik bas malam, siang esoknya rasa terlampau panjang, sepanjang hari mungkin cuma berehat dan tidur, boring....

      Delete
  2. 12 jam pergi dan 12 jam juga balik...

    Mungkin banyak yang disembangkan oleh 2 beranak dalam perjalanan balik itu... :)

    ReplyDelete
  3. gigih betul Abang JR demi anak ye..alhamdulillah,selamat sampai

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. selamat kembali .. salute dengan Jay.. terbaek!

    ReplyDelete
  5. pergh...2 hari menempuh perjalanan jauh ...,alhamdulilah BMW nya masih sehat dalam perjalanan yg panjang.

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah selamat sampai....

    ReplyDelete
  7. Memang sangat meletihkan.. oh.. susur ke Shah Alam Ipoh tu. kalau ikut jalan tu terus ke arah Klang, ambil susur ke Setia Alam terus ke Klang Sentral.. dah boleh singgah ke rumah kami.. ;)

    ReplyDelete
  8. Aduh .. baca entri JR pun dah terasa letihnya tu..
    Memang sehari dua lah nak pulih letih badan tu kan..
    Alhamdulillah selamat sampai dua beranak ke Alor Star tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan saja letih, demam lagi 2 hari lepas sampai...

      Delete
  9. alhamdulillah..bila konvonya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap konvonya pada Oktober nanti..

      Delete
  10. wow...BMW!! model baru ni...hehe

    ReplyDelete
  11. bro bersyukur kerana pemandu bas memandu dengan cermat. alhamdullillah..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, semua selamat.

    Travel pada bulan puasa memang tak sebest bulan biasa, tak leh makan dan minum, tapi itulah dugaan dan cabarannya.

    Cantik BMW tu :)

    ReplyDelete
  13. ha.. ha.. saya dulupun silap simpang juga masa balik dari johor sebab memang tak tahu pun.

    makin lama tengok bangunan makin tinggi... awat ni..rupanya salah kampong da...

    ReplyDelete
  14. lawa bmw.. nk jual x? bgtau sy abg jr kalau nk jual.hehe.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah, begitulah seorang bapa yang perihatin...

    ReplyDelete
  16. BMW biru? gosok mata berkali2

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....