»
Showing posts with label ular tedung. Show all posts
Showing posts with label ular tedung. Show all posts

07 May 2015

Ular Datang Rumah Lagi!


Satu petang minggu lepas, anak lelaki memanggil  JR yang sedang berada di dalam rumah, "Abah..ular di luar rumah!". Bila JR buka pintu ternampak seekor ular berwarna hitam berada tak jauh dari pintu rumah. JR capai ridsect dan sembur tubuhnya kerana kata orang (termasuk anggota JPAM), ridsect boleh lemahkan ular. Tapi semburan itu seperti tak berkesan langsung! 

Akhirnya anak JR cari kayu untuk memukul ular itu. Tapi sementara mencari kayu, ular itu sempat larikan diri di celah pasu bunga dan lepas itu terus lesap walaupun JR dan anak telah buat operasi geledah seluruh kawasan pasu bunga.

Petang kelmarin pula, ketika JR nak keluar rumah tiba-tiba ternampak susuk  panjang berwarna hitam berada di depan pintu rumah. Sebiji macam ular yang ditemui pada minggu lepas! Ular yang sama mai rumah lagi kot? 

04 December 2014

Video Tedung Di Depan Mataku


Korang ingat tak dua minggu lepas JR ada cerita dalam satu entri kat blog ni tentang ular tedung yang dijumpai merayau-rayau di depan rumah JR? 

Dalam entri tu JR juga sertakan 2 foto mengenai ular yang sedang ditangkap oleh anggota JPAM. Sebenarnya JR juga ada ambil video mengenai tedung itu  tapi tak sempat disiarkan kerana henfon ada sedikit gangguan teknikal.