Korang ingat tak dua minggu lepas JR ada cerita dalam satu entri kat blog ni tentang ular tedung yang dijumpai merayau-rayau di depan rumah JR?
Dalam entri tu JR juga sertakan 2 foto mengenai ular yang sedang ditangkap oleh anggota JPAM. Sebenarnya JR juga ada ambil video mengenai tedung itu tapi tak sempat disiarkan kerana henfon ada sedikit gangguan teknikal.
Kelmarin lepas seminggu henfon pulih semula, barulah JR teringat balik tentang video tedung yang dah dua minggu diambil tu.
Jadi sekarang JR persembahkan video ular tedung yang bertandang ke rumah JR itu buat tatapan korang. Sebenarnya ada 3 video yang diambil tapi cukuplah satu saja yang disiarkan hari ini:
Korang nampak tak dalam video di atas betapa tangkas dan cepatnya si-tedung itu bertindak. Jika ditakdirkan korang bertembung dengan reptilia paling berbisa ni (semoga dijauhkan Allah dari bertembung), berhati-hati jika ada niat untuk membunuhnya. Mengikut anggota JPAM yang datang rumah JR hari tu, tedung mampu meluncur dan memagut objek yang berada 1-2 meter di depannya. Jadi jika nak memukulnya perlu berada dalam jarak yang selamat bagi mengelakkan tedung itu lebih dahulu mencapai kaki kita.
Satu lagi yang perlu diingat, mengikut makluman JPAM, ular itu juga mampu menyembur bisa dari mulutnya dalam jarak hingga 3 meter. Kalau semburannya itu mengenai mata boleh jadi buta dibuatnya. Jika semburannya memasuki mulut lagi bahaya, sistem pertahanan badan boleh lumpuh dalam tempoh 3 minit saja.
Seeloknya jika bertembung dengan ular tedung panggil saja orang JPAM datang ke rumah. Mereka tau apa yang patut dibuat....
kalaulah betul2 jumpa . buat2 mati ke mcm mne .
ReplyDeleteHaah..ingat entri tu.
ReplyDeleteGambar pun ingat.
Tapi, takmolah tengok video ni.
Rasa macam geli-geleman pulak.
saya berharap takkan jumpa dgn ular ni..
ReplyDeleteMoga dijauhkanlah hendakNYA..
ReplyDeleteSaya tak benci ular tapi saya geli tengok badan ular.. eeee.. masa taip ni pun terasa gelinya..
Uih, takutnya bila baca tentang ular tedung ni. Mintak dijauhi daripada ancaman bahaya dan binatang bisa.
ReplyDeleteteringat ular hitam menyusur disebelah kaki ketika saya khusyuk menekan2 di washing mechine beberapa thn lepas . tak tau lah ular jenis ape . tapi ular tu selamba jer wpun saya dah menjerit n melompat ketakutan ... klu dia patuk masa tu , mmg saya dah arwah ...
ReplyDeleteAsalam..huuuu!!! bikin takut ..memang bahaya serangga ni, pelik ya JR rumah JR dihampirai ular tedung berbisa ni...mintalah dijauhkan kita semua..
ReplyDeletegeli dengan liuk2 badan ular.. merinding satu badan.. tanak tengok!
ReplyDelete