Kejadian menyeramkan ini berlaku petang kelmarin.
Mujurlah anak JR nampak kedatangan tetamu tak diundang itu. Dan mujur juga JR ada di rumah ketika itu.
Sebelum ini pernah juga terjumpa makhluk panjang kecil berwarna hijau di luar rumah yang kata orang tak bahaya. Tapi petang tadi si-panjang berwarna kelabu pula yang muncul. Panjang pula tu, lebih kurang 1.4 meter (4.5 kaki). Kata orang si-panjang warna kelabu ini kalau tersentuhnya memang umur tak panjang. Memang menakutkan berhadapan dengannya petang kelmarin....
Mula-mula ular tedung senduk itu berada berdekatan kereta di depan rumah. Kemudian ia bergerak ke belakang rumah. Bila JR acah ular itu menegakkan kepalanya yang besar menyerupai senduk nasi. Bersedia untuk menyemburkan bisanya...
Tergesa-gesa JR panggil nombor 999, minta disambungkan ke JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia). Sementara team mereka sampai ke rumah, JPAM pesan agar sentiasa perhatikan ular itu, mata jangan terlepas pandang perhati di mana si-panjang itu berada, takut nanti hilang susah nak mengesannya. JR akur...sentiasa memerhatikan ular yang sekejap-sekejap bergerak ke arah JR dan kemudian berundur bila diacah.
Tak sampai 15 minit team 5 anggota JPAM sampai. Mudah saja mereka menangkap ular itu. Mula-mula salah seorang dari mereka seperti "memanggil" nama ular dan kemudian selepas ia keluar dari persembunyian di antara timbunan besi di luar rumah mereka menangkapnya menggunakan besi penyangkuk khas:
JR tanya anggota JPAM, mereka dari kecik suka ular ke??
"Semua kami dulu takut ular, tapi bila dah kerja macam ni, lama-lama jadi berani..." kata salah seorang dari mereka.
"Saya masa mula-mula kerja dengan JPAM sampai demam kerana ikut latihan menangkap ular yang dulu saya memang sangat geli.." beritau seorang lagi anggota.
Terima kasih JPAM kerana dapat menangkap ular tedung itu. Dan alhamdulillah kerana Allah melindungi kami sekeluarga dari bahaya....
saya yg cuma tgk ni pun berdiri bulu roma..takut ...cakap la ular bahaya ke...yg tak bahaya ke...semuanya saya surrender...
ReplyDeleteHebat2 anggota JPAM ni... tahniah kerana khidmat tersebut.
ReplyDeletejumaat lps ular m,asuk umah tp kat area car porch je...husband ketuk kepala ular tu dgn buluh sehingga mati
ReplyDeleteMerekalah ( JPAM) antara hero tak di dendang...
ReplyDeleteSyukur Alhamdullilah, tiada siapa yg cedera...
Kena consider tabur belerang kot keliling rumah JR lepas ni
Takutnya JR.. Alhamdulillah JR sekeluarga selamat..
ReplyDeletetedung tu..bahaya.
ReplyDeleteTak payah baca mantera pun, mereka boleh tangkap ular. :)
Tahniah buat mereka.. bukan satu kerja mudah.
ReplyDeleteSaya bukan tak suka ular cuma geli tengok badan ular bersisik2 tu.. meremang bulu roma.. ni pun skroll laju2 takmo tengok gambar tu..
scary ni..salam kenal Abang JR.follower no 410
ReplyDeleteerghhhh kalau saya tidak lah... memang tak berani langsung... melintas pun dah boleh lemah semangat...
ReplyDeleteAsalam Jr huuuuu!!!! menakutkan..kenapa pula ada ular hampiri ruma JR ni..bahaya..mujur ada nampak cuba tak ada keliahtan kan bahaya kala malam..Ya Allah syukurlah ya selamat..tapi agaknya ular tu cari makanan seperti anak ayam ke apa2 kan..sesat dekat rumah JR..Mujur JR tak bunuh sendiri..
ReplyDeletebetul bikin takut kepala melebar tu..
ReplyDeleteSyabas! kepada anggota JPAM...kerana cepat tiba dan berjaya menangkap si panjang tu..
ReplyDeleteumah mak kt kmpg selalu gak ular msuk.Almaklum la dpn bendang blkg hutan nipah.dh tabur belerang tp biasa la hujan belerang pon sat ja ilang.last2 sedia sesiap btg buluh pnjg utk ketuk nk bg ular lemah dl pstu br pukul bg mati tp bl mati esok lusa msti mai lg sekor.mybe partner dia kot
ReplyDeleteTakutnya kalau ular tedung.
ReplyDeleteTang kepala dia mengembang tu dah nak menyembur lah tuuu..
Mujur xde.perkara x diingini berlaku.
Sempat lagi JR interview abang JPAM ye.
ReplyDeleteHehe..
ya Allah..eee...takutnya...kalau JM dalam situasi tu..mmg PANIC lah
ReplyDelete