»
Showing posts with label ular. Show all posts
Showing posts with label ular. Show all posts

22 March 2016

Fesyen Muslimah Tutup Atas Buka Bawah

Hari ini semua sekolah di Kedah dan Perlis tutup. Maklumlah sekarang Kedah dan Perlis sedang mengalami cuaca panas melampau. Orang Kedah kata hari-hari panaih lit lit, maksudnya panas yang teramat panas sehingga boleh menyebabkan kulit jadi merelit (hitam legam).

Dah seminggu lebih dah purata suhu di Alor Setar waktu tengahari dan petang antara 35℃ - 39℃. Ada sehari tu dah hampir 40℃, lebih panas dari Mekah yang hari itu baru 36. Cuma awal pagi sejuk la sikit, sekitar 27℃ tapi datang ke tengahari, aduhai, panaih lit lit...minum air bergelas-gelas pun rasa tak cukup!
 

Tapi apa yang penting cik kak oiiii, kalau pun panas, janganlah pakai pakaian panas sampai macam ni:

 

Kalau panas sangat pun janganlah tutup atas tapi buka bawah. Kata orang musim panas macam ni ular selalu keluar cari air, nanti kalau ular tersalah masuk kerana menyangka ada air di dalam skirt macam mana?

19 November 2015

Tetamu Menyeramkan Datang Lagi!

Petang kelmarin ketika sedang membasuh pinggan di dapur tiba-tiba anak lelaki JR, Fahmi datang beritau dengan wajah cemas: "Ada ular di luar. Besar!"

JR bergegas keluar rumah. Nasib baik ketika itu 3 anak lelaki JR berada di rumah. Kami ramai-ramai keluar rumah untuk mengepung ular sepanjang lebih dari 4 kaki itu.

Ular itu akhirnya lari bersembunyi di bawah timbunan kayu dekat tembok rumah. Kami mengawasinya bagi memastikan ia tak lari sebelum anggota JPAM sampai.

Memang sah ia ular tedung! Ini kali kedua tedung menjenguk rumah JR dalam tempoh hampir genap setahun. Tahun lepas ular tedung datang ke rumah pada 16.11.2014, kelmarin 18.11.2015 datang seekor lagi.

Kunjungan hormat tahunan ke ni??

Saiz tedung yang datang ini juga lebih kurang sebesar yang datang tahun lepas: 1.4 meter (4.5 kaki). 

Terima kasih Encik JPAM seramai 2 orang yang datang membantu menangkap tedung yang sangat berbisa itu:


                                Anggota JPAM bersedia dengan alat penyepit untuk menangkap tedung


Anggota JPAM berjaya mengepit kepala tedung. Tengoklah saiznya, lebih tinggi dari karung..


                                        Tedung ditarik untuk dimasuk ke dalam karung

                                Misi selesai - tedung berjaya dimasukkan dalam karung   

JR pun tak tau apa cara paling berkesan untuk elakkan ular masuk kawasan rumah. Belerang selalu letak sekeliling rumah. Limau purut pun ada tanam di depan rumah. Kononnya ular takut pada belerang dan limau purut.

Tapi ular sekarang mungkin ular educated, ada PhD..mereka tak takut lagi pada semua itu. Seperti juga manusia zaman ini yang tak takut lagi pada Tuhan...

Apa nak buat, beli rumah dekat kawasan bendang. Bila musim bendang dibersihkan untuk tanam padi, ular mencari tempat baru untuk berteduh. Dan rumah terdekatlah yang menjadi mangsa...


07 May 2015

Ular Datang Rumah Lagi!


Satu petang minggu lepas, anak lelaki memanggil  JR yang sedang berada di dalam rumah, "Abah..ular di luar rumah!". Bila JR buka pintu ternampak seekor ular berwarna hitam berada tak jauh dari pintu rumah. JR capai ridsect dan sembur tubuhnya kerana kata orang (termasuk anggota JPAM), ridsect boleh lemahkan ular. Tapi semburan itu seperti tak berkesan langsung! 

Akhirnya anak JR cari kayu untuk memukul ular itu. Tapi sementara mencari kayu, ular itu sempat larikan diri di celah pasu bunga dan lepas itu terus lesap walaupun JR dan anak telah buat operasi geledah seluruh kawasan pasu bunga.

Petang kelmarin pula, ketika JR nak keluar rumah tiba-tiba ternampak susuk  panjang berwarna hitam berada di depan pintu rumah. Sebiji macam ular yang ditemui pada minggu lepas! Ular yang sama mai rumah lagi kot? 

04 November 2014

Program 'I Want To Touch A Snake' Pula...


Korang berani dengan ular? Pasti ke korang tak takut? 

JR sangat takut dengan ular, bukan saja dengan ular berbisa, ular yang tak berbisa dan kecil seperti ular lidi, ular daun dan ular air pun JR takut.

Korang tau tak sekarang kerajaan negeri Kelantan  sedang menganjurkan program "I want to touch a snake"? Kalau korang nak rasa kenikmatan menyentuh ular pergilah ke Kota Bharu. Program "I want to touch a snake" ini dianjurkan sempena pameran ular oleh Muzium Negeri Kelantan selama sebulan bermula semalam.