Satu petang minggu lepas, anak lelaki memanggil JR yang sedang berada di dalam rumah, "Abah..ular di luar rumah!". Bila JR buka pintu ternampak seekor ular berwarna hitam berada tak jauh dari pintu rumah. JR capai ridsect dan sembur tubuhnya kerana kata orang (termasuk anggota JPAM), ridsect boleh lemahkan ular. Tapi semburan itu seperti tak berkesan langsung!
Akhirnya anak JR cari kayu untuk memukul ular itu. Tapi sementara mencari kayu, ular itu sempat larikan diri di celah pasu bunga dan lepas itu terus lesap walaupun JR dan anak telah buat operasi geledah seluruh kawasan pasu bunga.

Petang kelmarin pula, ketika JR nak keluar rumah tiba-tiba ternampak susuk panjang berwarna hitam berada di depan pintu rumah. Sebiji macam ular yang ditemui pada minggu lepas! Ular yang sama mai rumah lagi kot?