Antara banyak-banyak penyakit dalam dunia ini, JR paling takut 'penyakit tiga serangkai' - kencing manis, darah tinggi dan jantung. Sebab itu setahun sekali JR akan buat ujian darah di klinik kerajaan.
Pergi buat ujian darah..ramai yang kata 'ah...malaslah!'. Kena puasa, kena ambil darah (ada yang kata takut!) dan masa menunggu yang lama di klinik kerajaan terutamanya...boring!!
Jangan peduli tentang pesakit yang ramai, tentang lama kena menunggu giliran untuk ambil darah. Yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan yang baik. Tanpa kesihatan yang baik, hubungan kita dengan manusia dan Tuhan juga tak dapat berjalan dengan baik, ye tak?
Dua minggu lepas seperti tahun-tahun terdahulu, JR pergi ambil darah di sebuah klinik kerajaan. Sampel darah yang diambil itu diisi ke dalam tiub dan kemudian dihantar ke makmal.
Dan kelmarin selepas dua minggu, JR ke klinik lagi untuk ambil keputusan ujian darah. Doktor yang periksa JR juga minta JR buat ujian air kencing. Bukan nak tau tentang kandungan dadah dalam air kencing tapi tentang gula dalam air kencing.
Ini antara keputusan ujian darah yang dibuat 2 minggu lepas itu:

