»
Showing posts with label darah tinggi. Show all posts
Showing posts with label darah tinggi. Show all posts

17 December 2015

Orang Tua Berdarah Muda


Antara banyak-banyak penyakit dalam dunia ini, JR paling takut 'penyakit tiga serangkai' - kencing manis, darah tinggi dan jantung. Sebab itu setahun sekali JR akan buat ujian darah di klinik kerajaan.

Pergi buat ujian darah..ramai yang kata 'ah...malaslah!'. Kena puasa, kena ambil darah (ada yang kata takut!) dan masa menunggu yang lama di klinik kerajaan terutamanya...boring!!

Jangan peduli tentang pesakit yang ramai, tentang lama kena menunggu giliran untuk ambil darah. Yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan yang baik. Tanpa kesihatan yang baik, hubungan kita dengan manusia dan Tuhan juga tak dapat berjalan dengan baik, ye tak?

Dua minggu lepas seperti tahun-tahun terdahulu, JR pergi ambil darah di sebuah klinik kerajaan. Sampel darah yang diambil itu diisi ke dalam tiub dan kemudian  dihantar ke makmal.

Dan kelmarin selepas dua minggu, JR ke klinik lagi untuk ambil keputusan ujian darah. Doktor yang periksa JR juga minta JR buat ujian air kencing. Bukan nak tau tentang kandungan dadah dalam air kencing tapi tentang gula dalam air kencing.

Ini antara keputusan ujian darah yang dibuat 2 minggu lepas itu:

04 December 2015

Experimen Cinta Jantung Part 2..


Semalam JR ada buat entri tentang experimen yang JR buat tentang tekanan darah tinggi. Rupanya tekanan darah boleh turun mendadak selepas bersenam. Itu pengalaman JR.

Sebenarnya bersenam bukan saja boleh turunkan tekanan darah, gula dalam darah pun boleh turun jika kita rajin bersenam. JR pernah buat satu experimen di klinik kerajaan (Klinik Bandar Alor Setar) kira-kira 4 tahun lepas:

Sebelum menjalani ujian darah, doktor akan minta pesakit berpuasa (tak boleh makan dan minum) mulai pukul 10 malam hingga darah diambil keesokan paginya. 

Pagi esoknya sekitar pukul 8.00 pagi  JR pergi ke klinik untuk diambil darah.  Sampel darah yang diambil  dimasukkan ke dalam tiub dan dihantar ke makmal.

Lepas ambik darah, doktor minta JR minum segelas glukos yang tersangatlah manisnya (sampai tekak rasa loya dan nak muntah dik terlampau pekat glukosnya!). Lepas minum glukos, doktor minta balik ke rumah dan datang semula ke klinik dalam tempoh 2 jam untuk diambil bacaan gula dalam darah sekali lagi.

Kerana malas nak balik ke rumah, kesempatan 2 jam yang terluang itu JR ambik untuk berjoging. Lagi pun jarak klinik dengan track joging cuma sekitar 150 meter saja. Masa itu lutut masih kukuh, masih boleh berlari anak diselang seli dengan brisk walk sejauh 6 kilometer. Lebih kurang sejam lebih juga JR di track joging. Memang badan basah lecun dalam keadaan matahari yang semakin tinggi itu.

Lepas salin baju yang basah, JR ke klinik untuk diambil darah sekali lagi. Lepas prosedur ambil darah selesai, doktor beritau boleh balik dan baru boleh makan.  Baru boleh buka puasa selepas berlapar lebih kurang 13 jam! Doktor minta JR datang semula 2 minggu lagi  untuk ambik keputusan ujian darah yang dibuat oleh pihak makmal.

Dua minggu kemudian JR pergi jumpa doktor sekali lagi untuk ambik keputusan ujian darah. Dan inilah keputusan ujian gula dalam darah JR:

~ FBS (Fasting Blood Sugar) atau bacaan gula dalam keadaan berpuasa selama 10 jam (10 malam - 8 pagi): 4.4 mmo (normal 3.9-5.5 mmo)
~ 2HPP atau bacaan gula selepas 2 jam diberi minum gukos: 4.2 mmo (normal kurang dari7.8 mmo)

Doktor sangat  terkejut tengok keputusan ujian makmal itu.

"Eh..macam mana pula lepas minum glukos gula dalam darah you boleh berkurang pula? Biasanya kalau lepas minum glukos, bacaan gula naik mencanak...tapi ni turun pula?. Tak kan lab silap kot?" tanya doktor.

"Lepas minum glukos saya pi joging doktor..." jawab JR.

"Ooo..tak acilah macam ni! Orang lepas diberi glukos balik rumah berehat, yang dia pandai-pandai pi joging pula!".

Agaknya lepas joging 6 km semua kalori glukos yang diberi doktor pagi itu habis terbakar..Padan muka hang, glukos!!

03 December 2015

Experimen Cinta Jantung 1..

Petang Sabtu lepas kepala JR rasa berat semacam. Mungkin kerana makan lauk kenduri banyak sangat? Maklumlah bulan November/Disember ni musim kenduri, ada-ada saja kenduri di sana sini, kadang-kadang Sabtu dan Ahad jemputan kenduri lebih dari dua...Dan perut dibiarkan hentam habis hidangan terhidang!

Entah-entah tekanan darah dah naik mendadak akibat makan terlalu banyak hidangan kenduri yang dipenuhi lemak, kolestrol dan kalori bertimbun-timbun itu? Makan dah la banyak, sepanjang 2 minggu ini aktiviti rutin beriadah  diperlahankan sikit. Minggu lepas beriadah cuma sekali, kononnya sibuk!! Pada hal sebelum ini beriadah  biasanya 5 hari seminggu, minggu lepas cuma sempat sekali..Bila beriadah kurang, ditambah faktor tambahan kolestrol dan lemak akibat terlebih makan kenduri, inilah akibatnya kot...kepala pening, pening, pening....

Bila dah rasa pening sangat, JR pun pergilah check tekanan darah. Nasib baik di rumah ada alat pengukur tekanan darah:


Tu dia...patutlah pening!! Bacaan tekanan darah dah naik: 144/68...sangat tak sihat! Bacaan normal sepatutnya 120/80. Yang diastolik tu (68) dah cantik dah tapi yang sistolik (144) tak menyihatkan!

Kalau sayangkan jantung, jaga makan, jaga senaman, bisik hati..

Lalu pagi Ahad dengan penuh semangat JR pergi joging. Oppss..sebenarnya bukan joging tapi brisk walk (jalan laju). Selalunya JR brisk walk 6 kilometer sehari tapi pagi Ahad lepas kerana geram tengok tekanan darah naik JR hentam sampai 8 kilometer!!

Sampai di rumah lepas buka kasut, JR terus pi check tekanan darah:

27 April 2015

Hypo


Pagi tadi kira-kira pukul 7.45 pagi ketika JR, isteri dan anak perempuan kami, Sha, sedang bersiap-siap  ke sekolah untuk Hari Anugerah Cemerlang kepada Sha, tiba-tiba isteri dengan nada cemas memanggil JR yang sedang berada di luar rumah:

"Abang--abang..cepat masuk. Tak tau apa jadi dengan mak!"

Bila JR masuk ke bilik kelihatan mak mentua dalam keadaan kaku dan mata tertutup rapat. Bila dipanggil namanya dia tak menjawab. Bila diminta dia mengucap juga dia diam. JR periksa nafasnya, degupan jantungnya, semuanya seperti berjalan dengan betul.

Agaknya mak mentua hypo (hypoglycemia) tak? 

Mak mentua yang dah berusia 70 tahun lebih itu memang ada kencing manis yang agak kronik. Dia juga ada darah tinggi. Gula dalam kandungan darahnya selalu naik turun. Pernah beberapa kali dia dalam keadaan lemah di waktu pagi begini tapi lepas diberi gula dia pulih kembali.

Tapi inilah pertama kali dia pengsan. Selalunya bila gula kurang dalam darah, dia cuma dalam keadaan lemah, tak sampai pengsan.

JR cepat-cepat pegang telefon panggil ambulan. Dalam tempoh lebih kurang 10 minit ambulan Hospital Sultanah Bahiyah sampai ke rumah bersama team  yang diketuai oleh seorang MA.

Rupanya kandungan gula dalam darah mak mentua jatuh teruk - cuma tinggal 1.8, patutlah dia pengsan. Selepas diberi suntikan mak mentua kembali sedar. Alhamdulillah...

Mak mentua dibawa ke hospital Sultanah Bahiyah oleh ambulan.  Mungkin dia akan tinggal di sana selama beberapa hari hingga kembali pulih.

Hari ini JR dan isteri tak dapat meraikan Hari Anugerah Cemerlang bersama  Sha  kerana terpaksa berkejar ke hospital bagi menguruskan kemasukan mak mentua ke wad. Tak dapatlah ambil gambar Sha di hari yang sangat bersejarah dan bermakna kepadanya itu. Dia terpaksa berseorangan di dalam dewan untuk menerima hadiah dari Tuanku Puteri Intan Safinaz (anakanda Yang Di Pertuan Agong).
Tuanku Puteri Intan Safinaz (baginda juga bekas penuntut SMK Sultanah Asma).

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Tuanku Puteri Intan Safinaz

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICApa boleh buat segalanya takdir Illahi...

Apa boleh buat, begitulah takdir Illahi....