»
Showing posts with label diabetes. Show all posts
Showing posts with label diabetes. Show all posts

17 December 2015

Orang Tua Berdarah Muda


Antara banyak-banyak penyakit dalam dunia ini, JR paling takut 'penyakit tiga serangkai' - kencing manis, darah tinggi dan jantung. Sebab itu setahun sekali JR akan buat ujian darah di klinik kerajaan.

Pergi buat ujian darah..ramai yang kata 'ah...malaslah!'. Kena puasa, kena ambil darah (ada yang kata takut!) dan masa menunggu yang lama di klinik kerajaan terutamanya...boring!!

Jangan peduli tentang pesakit yang ramai, tentang lama kena menunggu giliran untuk ambil darah. Yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan yang baik. Tanpa kesihatan yang baik, hubungan kita dengan manusia dan Tuhan juga tak dapat berjalan dengan baik, ye tak?

Dua minggu lepas seperti tahun-tahun terdahulu, JR pergi ambil darah di sebuah klinik kerajaan. Sampel darah yang diambil itu diisi ke dalam tiub dan kemudian  dihantar ke makmal.

Dan kelmarin selepas dua minggu, JR ke klinik lagi untuk ambil keputusan ujian darah. Doktor yang periksa JR juga minta JR buat ujian air kencing. Bukan nak tau tentang kandungan dadah dalam air kencing tapi tentang gula dalam air kencing.

Ini antara keputusan ujian darah yang dibuat 2 minggu lepas itu:

28 April 2015

Cantiknya Aturan Allah, Alhamdulillah...


Memang bila dipikirkan balik, apa yang ditakdirkan berlaku kepada mak mentua JR kelmarin (ceritanya di sini...) banyak hikmahnya.

Dan satu lagi bila dipikirkan balik memang nampak aturan Allah itu begitu cantik dan sempurna. Dia timpakan musibah itu ketika JR dan isteri berada di rumah. Tak boleh dibayangkan jika peristiwa itu berlaku pada hari Ahad atau hari-hari lain ketika JR dan isteri tiada di rumah. 

hypo (hypoglycemia) t

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
(hypoglycemia)

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
(hypoglycemia)

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Bayangkan jika hypo (hypoclycemia) berlaku kepada mak mentua ketika kedua-dua kami tiada di rumah dan anak-anak juga tiada di rumah. Hanya dua orang anak yang masih bersekolah menengah selalu ada di rumah, itu pun cuma lepas pukul 3.00 petang. Jika hypo itu berlaku pukul 8.00 pagi dan kami cuma sedarinya 7 jam kemudian, bayangkan apa akan terjadi kepada mak mentua? Nyawanya mungkin sangat terancam jika dia tidak dibantu serta merta.

Tapi begitulah, aturan Allah sangat cantik. Dia turunkan musibah ketika kami suami isteri masih di rumah. Ambulan tiba di rumah pada waktu yang belum kritikal. Dan mak mentua dapat diselamatkan dengan izin Allah.

Sekarang mak mentua semakin sihat. Pagi tadi doktor kata kalau kandungan gula dalam darahnya kembali stabil, bacaan gula tak turun naik secara extreme, mungkin esok mak mentua boleh balik ke rumah...

                                                   mak mentua sedang berehat di hospital 

27 April 2015

Hypo


Pagi tadi kira-kira pukul 7.45 pagi ketika JR, isteri dan anak perempuan kami, Sha, sedang bersiap-siap  ke sekolah untuk Hari Anugerah Cemerlang kepada Sha, tiba-tiba isteri dengan nada cemas memanggil JR yang sedang berada di luar rumah:

"Abang--abang..cepat masuk. Tak tau apa jadi dengan mak!"

Bila JR masuk ke bilik kelihatan mak mentua dalam keadaan kaku dan mata tertutup rapat. Bila dipanggil namanya dia tak menjawab. Bila diminta dia mengucap juga dia diam. JR periksa nafasnya, degupan jantungnya, semuanya seperti berjalan dengan betul.

Agaknya mak mentua hypo (hypoglycemia) tak? 

Mak mentua yang dah berusia 70 tahun lebih itu memang ada kencing manis yang agak kronik. Dia juga ada darah tinggi. Gula dalam kandungan darahnya selalu naik turun. Pernah beberapa kali dia dalam keadaan lemah di waktu pagi begini tapi lepas diberi gula dia pulih kembali.

Tapi inilah pertama kali dia pengsan. Selalunya bila gula kurang dalam darah, dia cuma dalam keadaan lemah, tak sampai pengsan.

JR cepat-cepat pegang telefon panggil ambulan. Dalam tempoh lebih kurang 10 minit ambulan Hospital Sultanah Bahiyah sampai ke rumah bersama team  yang diketuai oleh seorang MA.

Rupanya kandungan gula dalam darah mak mentua jatuh teruk - cuma tinggal 1.8, patutlah dia pengsan. Selepas diberi suntikan mak mentua kembali sedar. Alhamdulillah...

Mak mentua dibawa ke hospital Sultanah Bahiyah oleh ambulan.  Mungkin dia akan tinggal di sana selama beberapa hari hingga kembali pulih.

Hari ini JR dan isteri tak dapat meraikan Hari Anugerah Cemerlang bersama  Sha  kerana terpaksa berkejar ke hospital bagi menguruskan kemasukan mak mentua ke wad. Tak dapatlah ambil gambar Sha di hari yang sangat bersejarah dan bermakna kepadanya itu. Dia terpaksa berseorangan di dalam dewan untuk menerima hadiah dari Tuanku Puteri Intan Safinaz (anakanda Yang Di Pertuan Agong).
Tuanku Puteri Intan Safinaz (baginda juga bekas penuntut SMK Sultanah Asma).

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Tuanku Puteri Intan Safinaz

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICApa boleh buat segalanya takdir Illahi...

Apa boleh buat, begitulah takdir Illahi....