Kepada mereka yang hari ini nak makan pizza atau hari lain nak makan pizza, mereka perlu tahu beberapa fakta menarik mengenai pizza:
~ Pizza adalah makanan yang mengandungi kalori yang sangat tinggi.
~ Sekeping hirisan pizza ayam bersaiz sederhana mengandungi cendawan dan tomato seberat 187 gram menyumbang 400 kalori yang terdiri daripada 48% karbohidrat, 32.3% protin dan 19.7% lemak.
~ Jika seseorang itu menghabiskan sekeping pizza bersaiz sederhana, ia menyumbang 2,390 kalori yang terdiri daripada 288.8 gram karbohidrat, 193.6 gram protin dan 51.4 gram lemak.
~ Bagi membakar kalori yang terdapat dalam SEKEPING hirisan pizza bersaiz sederhana seberat 187 gram, seseorang lelaki yang berat badan tidak melebihi 80 kg perlu melakukan salah satu aktiviti berikut TANPA HENTI:
- Berkebun selama 92 minit
- Bermain pingpong selama 88 minit
- Berbasikal selama 68 minit
- Berlari laju selama 32 minit
- Berjalan cepat selama 6 km
- Menari irama rancak selama 84 minit
- Bersenam arobik (lagu rancak) selama 60 minit
~ Bagi wanita yang berat badan tidak melebihi 50 kg, untuk membakar kalori yang ada dalam SEKEPING hirisan pizza bersaiz sederhana seberat 187 gram, mereka perlu melakukan salah satu aktiviti berikut TANPA HENTI:
- Berkebun selama 152 minit
- Bermain pingpong selama 144 minit
- Berbasikal selama 108 minit
- Berlari selama 40 minit
- Berjalan cepat sejauh 9.4 km
- Menari irama rancak selama 128 minit
- Bersenam aerobik (lagu rancak) selama 92 minit
- Berbasikal selama 108 minit
- Berlari selama 40 minit
- Berjalan cepat sejauh 9.4 km
- Menari irama rancak selama 128 minit
- Bersenam aerobik (lagu rancak) selama 92 minit
~ Jika makan lebih dari sekeping pizza, seseorang itu perlu menggandakan aktiviti-aktiviti di atas.
Kalau korang adalah wanita yang berat badan di bawah 50 kg dengan makan 3 hirisan pizza, korang cuma perlu berjalan laju sejauh 28 kilometer saja untuk bakar kalori yang dah disumbat ke badan. Dekat saja 28 km kan..?
Itu kalau berat badan 50 kg, jika berat badan lebih 60 kg, kenalah tambah beberapa kilometer lagi perjalanan itu, 35 km ke...40 km ke. Semudah itu!!!!
Apa yang penting lepas makan pizza, perlu lakukan aktiviti keras hingga seluruh badan meleleh peluh!!
Tapi kalau malas nak bakar kalori, tak suka badan berpeluh, janganlah sumbat hingga beratus atau beribu kalori dalam tekak korang....
(info mengenai bahaya pizza berdasarkan artikel dalam iSIHAT Januari 2012)

Tang carbo & protein tu selalunya tak risau sangat JR...tang FAT CONTENT tu....penuh saturated fat...eergghhhhh..
ReplyDeleteOrg kita, makan pizza..plus mushroom soup....plus chicken wing lagi...silap2, makan ice cream siap ..tu pemandangan biasa kat Pizza Hut....so bayangkan, kena bertapa berapa jam dalam gym? hahaha
Asalam ..terbaik tips kesihatan Bro JR..semoga ada manfaat kepasa semua
ReplyDeleteseakali sekala boleh la yeeee...plzzzz
ReplyDeletewaaahhh...saya suka makan piza...:)
ReplyDeleteNasib baik saya bkn peminat pizza, fuhhh...
ReplyDeleteAssalam, terima kasih sudi keteratak bunda dan memahami situasi dan mendoakan kesihatan bunda...terharu sangat.
ReplyDeleteWalaupun dalam mood istirehat bunda beransur singgah komen rambang blog2 kalian...
Mana pernah makan sekeping kalau pergi pizza.. dah boleh bayangkan berapa lama kena bersenam balik.. huhuhu..
ReplyDeleteErm, saya biasanya lepas makan pizza, terus tidur. Heheh. Langsung tak sihat.
ReplyDeleteLenkali bayangkan leleh cheese yang mavles tu sama dengan leleh peluh yang bakal dikuarkan.. hehee.. tapi Nurul suka pizza laaaa
ReplyDelete