»

28 April 2015

Cantiknya Aturan Allah, Alhamdulillah...


Memang bila dipikirkan balik, apa yang ditakdirkan berlaku kepada mak mentua JR kelmarin (ceritanya di sini...) banyak hikmahnya.

Dan satu lagi bila dipikirkan balik memang nampak aturan Allah itu begitu cantik dan sempurna. Dia timpakan musibah itu ketika JR dan isteri berada di rumah. Tak boleh dibayangkan jika peristiwa itu berlaku pada hari Ahad atau hari-hari lain ketika JR dan isteri tiada di rumah. 

hypo (hypoglycemia) t

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
(hypoglycemia)

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
(hypoglycemia)

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Bayangkan jika hypo (hypoclycemia) berlaku kepada mak mentua ketika kedua-dua kami tiada di rumah dan anak-anak juga tiada di rumah. Hanya dua orang anak yang masih bersekolah menengah selalu ada di rumah, itu pun cuma lepas pukul 3.00 petang. Jika hypo itu berlaku pukul 8.00 pagi dan kami cuma sedarinya 7 jam kemudian, bayangkan apa akan terjadi kepada mak mentua? Nyawanya mungkin sangat terancam jika dia tidak dibantu serta merta.

Tapi begitulah, aturan Allah sangat cantik. Dia turunkan musibah ketika kami suami isteri masih di rumah. Ambulan tiba di rumah pada waktu yang belum kritikal. Dan mak mentua dapat diselamatkan dengan izin Allah.

Sekarang mak mentua semakin sihat. Pagi tadi doktor kata kalau kandungan gula dalam darahnya kembali stabil, bacaan gula tak turun naik secara extreme, mungkin esok mak mentua boleh balik ke rumah...

                                                   mak mentua sedang berehat di hospital 

6 comments:

  1. Alhamdulillah...semuanya dengan izinNya...ada hikmah disebalik setiap kejadian buruk..

    ReplyDelete
  2. Allhamdullilah..mak mentua JR dah makin OK..
    Ya, aturan Allah itu, sangat cantik. Dalam pada kita di uji, DIA berikan kita kemudahan utk atasi ujianNYA, cuma kita yg kadangkala lalai tak sabar dgn ujian..

    Hypo mak mentua JR tu rendah betul..1.8
    Dia mmg ambil suntikan insulin ke?
    Kena ajar mak mentua JR supaya aware simptom2 awal hypo..
    Dan get ready air glucolin kat rumah/atau gula2 manis

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. betapa indah aturannya dan kita hanya menyedari selepas kejadian..
    Moga mak mertua JR cepat sembuh hendakNYA.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.nasib baik xdok apa2..mga cepat sembuh

    ReplyDelete
  5. hypo nie bahaya..sebab tu abah yan bila enjit insulin..setengah jam lpas tu kena makan..

    moga mak mertua jr cepat sembuh amin..

    ReplyDelete
  6. semoga mak mertua cepat sembuh ... tetiba teringat my kakak yg ada kencing manis ...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....