Pagi tadi kira-kira pukul 7.45 pagi ketika JR, isteri dan anak perempuan kami, Sha, sedang bersiap-siap ke sekolah untuk Hari Anugerah Cemerlang kepada Sha, tiba-tiba isteri dengan nada cemas memanggil JR yang sedang berada di luar rumah:
"Abang--abang..cepat masuk. Tak tau apa jadi dengan mak!"
Bila JR masuk ke bilik kelihatan mak mentua dalam keadaan kaku dan mata tertutup rapat. Bila dipanggil namanya dia tak menjawab. Bila diminta dia mengucap juga dia diam. JR periksa nafasnya, degupan jantungnya, semuanya seperti berjalan dengan betul.
Agaknya mak mentua hypo (hypoglycemia) tak?
Mak mentua yang dah berusia 70 tahun lebih itu memang ada kencing manis yang agak kronik. Dia juga ada darah tinggi. Gula dalam kandungan darahnya selalu naik turun. Pernah beberapa kali dia dalam keadaan lemah di waktu pagi begini tapi lepas diberi gula dia pulih kembali.
Tapi inilah pertama kali dia pengsan. Selalunya bila gula kurang dalam darah, dia cuma dalam keadaan lemah, tak sampai pengsan.
JR cepat-cepat pegang telefon panggil ambulan. Dalam tempoh lebih kurang 10 minit ambulan Hospital Sultanah Bahiyah sampai ke rumah bersama team yang diketuai oleh seorang MA.
Rupanya kandungan gula dalam darah mak mentua jatuh teruk - cuma tinggal 1.8, patutlah dia pengsan. Selepas diberi suntikan mak mentua kembali sedar. Alhamdulillah...
Mak mentua dibawa ke hospital Sultanah Bahiyah oleh ambulan. Mungkin dia akan tinggal di sana selama beberapa hari hingga kembali pulih.
Hari ini JR dan isteri tak dapat meraikan Hari Anugerah Cemerlang bersama Sha kerana terpaksa berkejar ke hospital bagi menguruskan kemasukan mak mentua ke wad. Tak dapatlah ambil gambar Sha di hari yang sangat bersejarah dan bermakna kepadanya itu. Dia terpaksa berseorangan di dalam dewan untuk menerima hadiah dari Tuanku Puteri Intan Safinaz (anakanda Yang Di Pertuan Agong).
Tuanku Puteri Intan Safinaz (baginda juga bekas penuntut SMK Sultanah Asma).
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Tuanku Puteri Intan Safinaz
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICApa boleh buat segalanya takdir Illahi...
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICApa boleh buat segalanya takdir Illahi...
Apa boleh buat, begitulah takdir Illahi....
wah, dapat salam dengan tuanku puteri. kalau saya yang dapat, fuh...
ReplyDeletetakpe, takde rezeki kali ni. insya Allah, next time akan ada lagi.
Kita hanya merancang kan JR..
ReplyDeleteAllah jua yg menentukan..
InshaAllah ada rezeki lain, mana tahu, sha bersalaman dgn permaisuri agong..
Semoga MIL JR cepat sembuh..
Tak dapat dibayangkan apa perasaan JR dan isteri masa tu...disini ibu yang sedang bertarung antara hidup dan mati...disana anak yang sedang mengahadapi saat gemilangnya tanpa ibu ayah ...
ReplyDeleteKalau bunda sendiri pasti dalam dilema,,,nanges....
tak apalah, saya pasti Sha faham..semoga mak mertua Abang Jr akan sembuh dan dapat balik rumah cepat ye
ReplyDeleteTakpelah Sha.. yang penting nenek cepat baik.
ReplyDeleteWalau takde yang menemani tapi Sha patut bangga dengan usaha Sha selama ini..
Moga nenek Sha cepat sembuh hendakNYA..
Allah dh susun semuanya. Kesian juga kat Sha. Moga Sha terus sukses. Mudah2an mak mertua JR kembali sihat dan dapat keluar wad dalam jangka masa terdekat
ReplyDeletemungkin sha faham...
ReplyDeletemak mertua sy pon mcm ni gak.tlampau pantang gula smpai kdg2 pitam/pengsan.
sy menantu...ckp mcm mn pon mak mertua xmo dgr...kata jgn pntg sgt tp pantang sungguh2....aduhai...
Itu lebih baik dari kejadian itu terjadi semasa dah berada bersama Sha...
ReplyDeletePerkara yg sama pernah terjadi pada jiran saya...
ReplyDeletexpe sha fham tu...nyawa nenek lg penting..
ReplyDeletekesian sha...arap sha memahami :-))
ReplyDelete