»

04 December 2015

Experimen Cinta Jantung Part 2..


Semalam JR ada buat entri tentang experimen yang JR buat tentang tekanan darah tinggi. Rupanya tekanan darah boleh turun mendadak selepas bersenam. Itu pengalaman JR.

Sebenarnya bersenam bukan saja boleh turunkan tekanan darah, gula dalam darah pun boleh turun jika kita rajin bersenam. JR pernah buat satu experimen di klinik kerajaan (Klinik Bandar Alor Setar) kira-kira 4 tahun lepas:

Sebelum menjalani ujian darah, doktor akan minta pesakit berpuasa (tak boleh makan dan minum) mulai pukul 10 malam hingga darah diambil keesokan paginya. 

Pagi esoknya sekitar pukul 8.00 pagi  JR pergi ke klinik untuk diambil darah Sampel darah yang diambil  dimasukkan ke dalam tiub dan dihantar ke makmal.

Lepas ambik darah, doktor minta JR minum segelas glukos yang tersangatlah manisnya (sampai tekak rasa loya dan nak muntah dik terlampau pekat glukosnya!). Lepas minum glukos, doktor minta balik ke rumah dan datang semula ke klinik dalam tempoh 2 jam untuk diambil bacaan gula dalam darah sekali lagi.

Kerana malas nak balik ke rumah, kesempatan 2 jam yang terluang itu JR ambik untuk berjoging. Lagi pun jarak klinik dengan track joging cuma sekitar 150 meter saja. Masa itu lutut masih kukuh, masih boleh berlari anak diselang seli dengan brisk walk sejauh 6 kilometer. Lebih kurang sejam lebih juga JR di track joging. Memang badan basah lecun dalam keadaan matahari yang semakin tinggi itu.

Lepas salin baju yang basah, JR ke klinik untuk diambil darah sekali lagi. Lepas prosedur ambil darah selesai, doktor beritau boleh balik dan baru boleh makan.  Baru boleh buka puasa selepas berlapar lebih kurang 13 jam! Doktor minta JR datang semula 2 minggu lagi  untuk ambik keputusan ujian darah yang dibuat oleh pihak makmal.

Dua minggu kemudian JR pergi jumpa doktor sekali lagi untuk ambik keputusan ujian darah. Dan inilah keputusan ujian gula dalam darah JR:

~ FBS (Fasting Blood Sugar) atau bacaan gula dalam keadaan berpuasa selama 10 jam (10 malam - 8 pagi): 4.4 mmo (normal 3.9-5.5 mmo)
~ 2HPP atau bacaan gula selepas 2 jam diberi minum gukos: 4.2 mmo (normal kurang dari7.8 mmo)

Doktor sangat  terkejut tengok keputusan ujian makmal itu.

"Eh..macam mana pula lepas minum glukos gula dalam darah you boleh berkurang pula? Biasanya kalau lepas minum glukos, bacaan gula naik mencanak...tapi ni turun pula?. Tak kan lab silap kot?" tanya doktor.

"Lepas minum glukos saya pi joging doktor..." jawab JR.

"Ooo..tak acilah macam ni! Orang lepas diberi glukos balik rumah berehat, yang dia pandai-pandai pi joging pula!".

Agaknya lepas joging 6 km semua kalori glukos yang diberi doktor pagi itu habis terbakar..Padan muka hang, glukos!!

4 comments:

  1. Saya stop sekejap dari aktiviti berjogging, tengah menahan sakit pinggang. Nak berjalan pun tak boleh, jalan pun tak cukup tegak tapi InsyaAllah.. lepas keadaan kembali pulih saya akan kembali 'beraksi' di atas trek.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Betul tu JR..
    Teringat pula arwah abah CH..
    Abah jenis yg aktif..
    Selain berulang alik ke masjid dgn berjalan kaki ..
    Abah juga suka berkebun..
    Sebab tu wlpn dah kena kencing manis lebih 30 tahun +++
    Bacaannya tidak smpi 13++
    Semuanya dlm sekitar 6-8 bacaan nya..
    Sebab tu doktor suruh mkn ubat setengah aje..
    Benar sekali eksperimen JR tu..

    ReplyDelete
  3. ahahaha...ayat last tu lawak

    ReplyDelete
  4. lain kali jangan pandai2 joging ye..huhu...

    moga jr diberi kesihatan yang baik2..amin

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....