»
Showing posts with label UTHM. Show all posts
Showing posts with label UTHM. Show all posts

13 October 2015

Anika Inn Keluang

Minggu lepas JR ada buat beberapa entri mengenai lawatan JR ke Johor dan Melaka selama 4 hari sempena majlis konvo 2 orang anak lelaki JR di UTHM Batu Pahat dan UTeM Melaka.

Pada mulanya JR dan isteri merancang nak tidur semalam di Melaka dan kemudian 2 malam lagi di Batu Pahat. Kami pun buatlah tempahan hotel di Melaka dan Batu Pahat seperti dirancang. Tapi 2 minggu sebelum konvo, anak di Melaka beritau masa konvonya bertukar dari jadual asal. Pening kepala jugalah untuk tukar tarikh penginapan dan pencarian hotel lain. 

Akhirnya kami buat keputusan semua 3 malam tidur di Batu Pahat. Masalahnya ketika itu cuma tinggal 2 minggu pasti banyak hotel telah habis ditempah.

Selalunya kalau pergi jenguk anak di UTHM di Batu Pahat kami akan tidur di Impian Inn. Jarak Impian Inn dengan kampus UTHM tak sampai 1 kilometer, nak cari makan pun senang, banyak kedai makan sekitarnya. 

Tapi seperti dijangkan, Impian Inn dah penuh..sebenarnya sebualan sebelum tarikh konvo lagi hotel tu dah penuh. Maka terkial-kiallah JR minta Sha anak bongsu JR untuk cari hotel-hotel lain sekitar Parit Raja.

Dari carian Sha melalui laman carian hotel di Trivago, Booking.com. dan Agoda, semua hotel harga berpatutan dan selesa didiami sekitar Parit Raja, Air Hitam hingga ke Batu Pahat dah habis ditempah. Kalau ada pun hotel-hotel dengan keluasan di bawah 20 cm persegi yang bagi JR tak selesa didiami untuk 4 orang. Hotel saiz besar juga ada yang masih kosong tapi sewa semalamnya juga perlu duit yang sangat besar, sedangkan sebahagian besar masa kami bukan nak berkubang dalam hotel!

Akhirnya hasil carian melalui Booking.com jumpalah sebuah hotel yang saiz biliknya agak luas dengan harga sewaannya sangat berpatutan yang masih kosong. Bukan senang nak dapatkan bilik triple room dengan sebuah katil king size dan sebuah katil bujang dengan harga sewaan cuma RM80 semalam!! Masalahnya ialah hotel itu terletak di Keluang - lebih kurang 24 km dari UTHM. Tapi kerana nak kan hotel yang murah dan selesa, terpaksalah faktor jarak diletak ke tepi. 

Dan akhirnya pada petang  2 Oktober yang hening itu, tibalah JR bersama isteri dan 2 anak kami ke Anika Inn:

Memang nampak dari luar hotel ini macam buruk aje...

08 October 2015

Starbucks Versi Malaysia: Pirate Coffee

Sejujurnya JR sangat-sangatlah jarang minum kopi starbucks. Sebagai rakyat marhaen, manalah JR mampu minum kopi yang harganya berbelas ringgit segelas itu selalu. Sebab itu JR tanpa malu mengaku cuma pernah minum starbucks beberapa kali seumur hidup (boleh dibilang dengan jari sebelah tangan) walaupun rasa starbucks memang diakui sangat memukau!

                                  Foto: pakcik google

Ketika hadir di majlis konvo Faez, anak kedua JR di UTHM Batu Pahat baru-baru ini, Faez beritau ada satu jenama kopi baru yang rasanya sebiji macam starbucks dijual berdekatan kampus tempat dia belajar. Kopi dengan jenama Pirate Coffee itu walaupun rasanya mirip starbucks tapi cuma dijual pada harga tak sampai sepertiga harga starbucks.

Tapi kata anak JR untuk beli pirate coffee kena tahan sabar sikitlah. Ini kerana pembeli perlu beratur panjang untuk mendapatkan segelas kopi starbucks versi Malaysia ini...

Terpengaruh dengan kempen Faez yang beriya-riya minta kami cuba segelas pirate cofee, pada hari kedua kami di Batu Pahat (Sabtu lepas), JR, isteri dan 2 anak kami (Faez dan Sha) singgahlah sekejap di Parit Raja untuk beli pirate coffee....

06 October 2015

Catatan Dua Konvo

Alhamdulillah..akhirnya selamat juga JR sampai ke rumah di Alor Setar malam tadi. Bertolak dari Parit Raja, Batu Pahat pukul 2.30 petang dan tiba di rumah pukul 11.30 malam, 9 jam perjalanan yang memenatkan. Kalau tak berhenti makan dan solat di R&R Tapah selama 1 jam dan kemudian berhenti lagi untuk solat di R&R RTC Gopeng dan kemudian puan isteri dan  Sha, anak bongsu kami masuk bershopping di Mydin selama 1 jam setengah, pukul 9 malam dah boleh sampai di rumah agaknya...
Memang 4 Oktober 2015 tercatat antara hari yang paling meletihkan JR. Ini kerana JR dan isteri perlu menghadiri 2 konvokesyen anak sekali gus: pagi kami hadir konvo anak nombor 2 (Faez)  di UTHM Johor dan petang pula kami kalut pula nak ke Melaka untuk hadir majlis konvo anak nombor 3 (Fitri) di UTeM Melaka. Jarak UTHM Batu Pahat ke UTeM Melaka lebih kurang 170 km, kenalah pecut kereta minimum 120 km sejam bagi memastikan dapat sampai ke UTeM sebelum majlis konvo Fitri selesai.

Dan akhirnya lepas konvo Faez selesai, diikuti beberapa sesi bergambar sikit, akhirnya sempat juga kami pecut kereta dan tiba di Melaka sebelum majlis konvo Fitri habis.

Ini beberapa gambar kenangan sepanjang konvo 2 orang anak JR itu:

                                      Faez bergambar di UTHM


                                                        Fitri bergambar di UTeM

             Faez (kiri) dan Fitri (kanan) di depan pejabat canselor UTeM
                                     
                 Faez dan Fitri diapit Sha, anak perempuan bongsu JR

Kalau JR nak tulis semua catatan sepanjang berada di Johor dan Melaka sepanjang 4 hari itu  di blog ini pasti korang boring nak baca kan?  Insyaallah lepas ni JR akan bercerita lagi sambungan beberapa catatan menarik selama JR, isteri dan anak berada di Johor dan Melaka, insyaallah...

02 October 2015

Tiada Entri Baru Lagi Di Blog Ini....


Salam pagi Jumaat buat semua pembaca blog JR.

Harap ambil maklum selama beberapa hari ini tiada entri baru lagi di blog ini. Ini kerana lebih kurang 2 jam lagi JR akan bertolak ke Johor dan Melaka untuk menghadiri konvokesyen 2 orang anak teruna JR yang menuntut di UTHM Batu Pahat dan UTeM Melaka.

JR akan pulang semula ke rumah di Alor Setar pada hari Isnin. 

Doakan perjalanan JR bersama isteri dan anak selamat tiba ke destinasi yang dituju dan selamat pulang ke rumah nanti....

10 August 2015

Selamat Hari Lahir Faez


Sebenarnya ini adalah ucapan selamat hari lahir yang terlewat buat Faez. Hari lahir Faez jatuh lebih seminggu lepas, baru hari ini sempat JR ucapkan di blog ini ucapan hari lahir untuknya. Tapi ucapan yang sama telah JR ucapkan kepadanya sebaik saja detik 12 malam tiba tepat ketika usia 23 tahun terukir di hari lahirnya..

Bukan sedikit pengalaman perit untuk membesarkan Faez:

i) Ketika dalam kandungan ibunya, saiz Faez sangat kecil. Ibunya (isteri JR) banyak kali terpaksa berulang alik ke hospital untuk pemantauan doktor bagi memastikan janin kecil itu selamat menjenguk dunia. 

Pengalaman yang tak dapat dilupakan ketika isteri mengandung Faez adalah bila seorang doktor pakar HKL dari India sambil menunjukkan imej ultra sound berkata kepada JR dan isteri,"...I'm sorry..but your baby has anencephaly...". Dan lepas itu doktor itu pun cuba explain apa itu anencephaly dengan mengulangi 2 perkataan puaka yang sangat  menggerunkan kami: no head...no head...no head!!

Anencephaly...bayi tanpa tempurung kepala! Nasib baik JR tak ada sakit jantung atau darah tinggi, jika tidak mesti ketika itu sudah tersembam jatuh di kaki doktor pakar itu.

Tapi alhamdulillah, ilmu kedoktoran tidak dapat menewaskan ilmu Allah. Bila menjenguk dunia, Faez dilahirkan dengan kepala yang sempurna, lengkap tubuh badan, tiada cacat cela sedikit pun...

ii) Semasa kecil, Faez kerap sakit. Dia ada G6PD, penyakit alahan beberapa bahan seperti ubat gegat, ubat nyamuk, kacang parang. Hingga usianya 2 tahun, kami ibu bapanya sering berulang alik membawa dia ke klinik kerana pelbagai penyakit. Demam, selsema, penat, tekak dipenuhi kahak hingga sukar bernafas, dah jadi lumrah biasa zaman kanak-kanaknya.

iii) Lepas usia Faez 3 tahun barulah tubuh badan Faez mulai kebal terhadap penyakit. Dia membesar seperti kanak-kanak lain yang sungguh lasak.

iv) Melebihi usia 3 tahun, Faez sangat lasak. Sekali lagi kadang-kadang terpaksa bawa dia ke hospital/klinik, bukan kerana serangan penyakit, tapi dia sendiri yang cari penyakit. Luka akibat jatuh, patah serta terseliuh tangan dan kaki dah banyak kali berlaku akibat kelasakannya. Antara kecederaan paling teruk dialaminya adalah peristiwa patah kaki bermain bola 2 bulan sebelum peperiksaan UPSR yang menyebabkan  dia terpaksa berjalan menggunakan tongkat dan bercuti sakit selama sebulan. Nasib baik juga bila keluar result UPSR dia berjaya mendapat 5A walaupun cuma studi sendiri di rumah.

Walaupun lasak masa kecil, tapi alhamdulillah Faez tak pernah mengecewakan JR dan isteri dari segi pencapaian akademik. Berkat usahanya, kini Faez sudah menghabiskan pengajian ijazah kejuruteraan awamnya di sebuah IPTA di Johor.

Syukur pada Tuhan kerana baru sebulan menghabiskan pengajian ijazahnya, Faez sudah dapat kerja di sebuah syarikat pembuatan bahan pembinaan pasang siap di Senai, Johor. Dia akan memulakan kerja pada hari Khamis ini. 

Harap dia berjaya dalam kerjaya juruteranya, kerjaya yang menjadi idamannya sejak di bangku sekolah...


Selamat hari lahir ke-23 Faez. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidupmu hingga ke jannah....
 

19 March 2015

Pompuan Pun Kena Caj...Apa Hal????


Kalau bateri henfon korang kena caj, itu biasalah kan...?

Tapi kalau pompuan pun kena caj, apa hal pulak? Yang pompuan kena caj tu pulak bukan berlaku di Argentina, di Papua, di Bangladesh, di Uganda, di Tibet atau di Alaska, tapi ia berlaku di Malaysia!!

Jangan korang tak tau, mulai bulan depan semua pompuan kat Malaysia kena caj...kecuali yang belum bermimpi (belum cukup umur!) atau pompuan yang dah meno***se. Jadi kebanyakannya (termasuk korang pompuan yang sedang baca ni..) mulai bulan depan kena caj, macam caj bateri henfon jugak??

Tapi sebelum JR nak cerita tentang pompuan Malaysia yang wajib kena caj mulai bulan depan, ni ada satu lagi cerita... ada hubungan dengan caj jugak:

Tadi anak JR yang belajar di UTHM Batu Pahat cerita kat WhatsApp kepada JR kelmarin dia hantar kawannya ke stesen bas Batu Pahat sebab kawannya nak balik ke Alor Setar. Caj tambang bas dari Batu Pahat ke Alor Setar biasanya  RM65.

Tapi bila sampai di kaunter tiket, kerani tiket beritau harga tiket bas dari Batu Pahat ke Alor Setar dah naik dari RM65 ke RM72. Alasan tiket naik harga ialah GST!!

Tapi yang peliknya pertama, belum 1 April pun dah kena GST? Yang kedua, kalau dah naik dari RM65 ke RM72, maknanya ia bukan naik 6% lagi tu, itu dah naik hampir 11%!! Macam mana GST naik sampai 11%? Agaknya sebab GST 6% dan SST 5% kot..? Gila betoi!! Belum 1 April lagi kita pengguna dah diperbodoh mereka...

Haa.. berbalik kepada cerita pompuan pun kena caj di atas tadi, inilah kisahnya: