»

10 August 2015

Selamat Hari Lahir Faez


Sebenarnya ini adalah ucapan selamat hari lahir yang terlewat buat Faez. Hari lahir Faez jatuh lebih seminggu lepas, baru hari ini sempat JR ucapkan di blog ini ucapan hari lahir untuknya. Tapi ucapan yang sama telah JR ucapkan kepadanya sebaik saja detik 12 malam tiba tepat ketika usia 23 tahun terukir di hari lahirnya..

Bukan sedikit pengalaman perit untuk membesarkan Faez:

i) Ketika dalam kandungan ibunya, saiz Faez sangat kecil. Ibunya (isteri JR) banyak kali terpaksa berulang alik ke hospital untuk pemantauan doktor bagi memastikan janin kecil itu selamat menjenguk dunia. 

Pengalaman yang tak dapat dilupakan ketika isteri mengandung Faez adalah bila seorang doktor pakar HKL dari India sambil menunjukkan imej ultra sound berkata kepada JR dan isteri,"...I'm sorry..but your baby has anencephaly...". Dan lepas itu doktor itu pun cuba explain apa itu anencephaly dengan mengulangi 2 perkataan puaka yang sangat  menggerunkan kami: no head...no head...no head!!

Anencephaly...bayi tanpa tempurung kepala! Nasib baik JR tak ada sakit jantung atau darah tinggi, jika tidak mesti ketika itu sudah tersembam jatuh di kaki doktor pakar itu.

Tapi alhamdulillah, ilmu kedoktoran tidak dapat menewaskan ilmu Allah. Bila menjenguk dunia, Faez dilahirkan dengan kepala yang sempurna, lengkap tubuh badan, tiada cacat cela sedikit pun...

ii) Semasa kecil, Faez kerap sakit. Dia ada G6PD, penyakit alahan beberapa bahan seperti ubat gegat, ubat nyamuk, kacang parang. Hingga usianya 2 tahun, kami ibu bapanya sering berulang alik membawa dia ke klinik kerana pelbagai penyakit. Demam, selsema, penat, tekak dipenuhi kahak hingga sukar bernafas, dah jadi lumrah biasa zaman kanak-kanaknya.

iii) Lepas usia Faez 3 tahun barulah tubuh badan Faez mulai kebal terhadap penyakit. Dia membesar seperti kanak-kanak lain yang sungguh lasak.

iv) Melebihi usia 3 tahun, Faez sangat lasak. Sekali lagi kadang-kadang terpaksa bawa dia ke hospital/klinik, bukan kerana serangan penyakit, tapi dia sendiri yang cari penyakit. Luka akibat jatuh, patah serta terseliuh tangan dan kaki dah banyak kali berlaku akibat kelasakannya. Antara kecederaan paling teruk dialaminya adalah peristiwa patah kaki bermain bola 2 bulan sebelum peperiksaan UPSR yang menyebabkan  dia terpaksa berjalan menggunakan tongkat dan bercuti sakit selama sebulan. Nasib baik juga bila keluar result UPSR dia berjaya mendapat 5A walaupun cuma studi sendiri di rumah.

Walaupun lasak masa kecil, tapi alhamdulillah Faez tak pernah mengecewakan JR dan isteri dari segi pencapaian akademik. Berkat usahanya, kini Faez sudah menghabiskan pengajian ijazah kejuruteraan awamnya di sebuah IPTA di Johor.

Syukur pada Tuhan kerana baru sebulan menghabiskan pengajian ijazahnya, Faez sudah dapat kerja di sebuah syarikat pembuatan bahan pembinaan pasang siap di Senai, Johor. Dia akan memulakan kerja pada hari Khamis ini. 

Harap dia berjaya dalam kerjaya juruteranya, kerjaya yang menjadi idamannya sejak di bangku sekolah...


Selamat hari lahir ke-23 Faez. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidupmu hingga ke jannah....
 

8 comments:

  1. Selamat hari lahir faez..alhamdulilah dah dapat kerja...moga kerjaya yang diimpikan serasi

    ReplyDelete
  2. Obat Kuat Sex Pria Biar Tahan Lama Nangen, Obat Kuat Herbal Alami Dari Cina Yang Aman Bagi Tubuh Dan Bisa Mengurangi Capek-Capek Sehabis Berhubungan Intim

    obat sex ampuh
    obat penguat sex pria
    jual obat kuat pria perkasa tahan lama
    obat perangsang wanita

    ReplyDelete
  3. Bila baca..rasa ya Allah..susah nya jaga kau faez oi..hahhaha

    ReplyDelete
  4. Tahniah Faez dan JR juga....sebaya ngn anak bungsu Bunda..

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Lahir buat Faez..
    Tahniah dan selamat bertugas ditempat baru..
    Moga dipermudahkan dalam urusan harian hendakNYA.

    ReplyDelete
  6. hehehe..susah2 dahulu..

    ReplyDelete
  7. Trharunya kalau dpt ucapan mcm ni drpd seorang ayah. Saspen betul bila doktor kata takde tempurung kepala tu. Boleh buat rasa down. Syukurlah dia sempurna. Selamat hari lahir juga la untuk faez.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....