»

13 October 2015

Anika Inn Keluang

Minggu lepas JR ada buat beberapa entri mengenai lawatan JR ke Johor dan Melaka selama 4 hari sempena majlis konvo 2 orang anak lelaki JR di UTHM Batu Pahat dan UTeM Melaka.

Pada mulanya JR dan isteri merancang nak tidur semalam di Melaka dan kemudian 2 malam lagi di Batu Pahat. Kami pun buatlah tempahan hotel di Melaka dan Batu Pahat seperti dirancang. Tapi 2 minggu sebelum konvo, anak di Melaka beritau masa konvonya bertukar dari jadual asal. Pening kepala jugalah untuk tukar tarikh penginapan dan pencarian hotel lain. 

Akhirnya kami buat keputusan semua 3 malam tidur di Batu Pahat. Masalahnya ketika itu cuma tinggal 2 minggu pasti banyak hotel telah habis ditempah.

Selalunya kalau pergi jenguk anak di UTHM di Batu Pahat kami akan tidur di Impian Inn. Jarak Impian Inn dengan kampus UTHM tak sampai 1 kilometer, nak cari makan pun senang, banyak kedai makan sekitarnya. 

Tapi seperti dijangkan, Impian Inn dah penuh..sebenarnya sebualan sebelum tarikh konvo lagi hotel tu dah penuh. Maka terkial-kiallah JR minta Sha anak bongsu JR untuk cari hotel-hotel lain sekitar Parit Raja.

Dari carian Sha melalui laman carian hotel di Trivago, Booking.com. dan Agoda, semua hotel harga berpatutan dan selesa didiami sekitar Parit Raja, Air Hitam hingga ke Batu Pahat dah habis ditempah. Kalau ada pun hotel-hotel dengan keluasan di bawah 20 cm persegi yang bagi JR tak selesa didiami untuk 4 orang. Hotel saiz besar juga ada yang masih kosong tapi sewa semalamnya juga perlu duit yang sangat besar, sedangkan sebahagian besar masa kami bukan nak berkubang dalam hotel!

Akhirnya hasil carian melalui Booking.com jumpalah sebuah hotel yang saiz biliknya agak luas dengan harga sewaannya sangat berpatutan yang masih kosong. Bukan senang nak dapatkan bilik triple room dengan sebuah katil king size dan sebuah katil bujang dengan harga sewaan cuma RM80 semalam!! Masalahnya ialah hotel itu terletak di Keluang - lebih kurang 24 km dari UTHM. Tapi kerana nak kan hotel yang murah dan selesa, terpaksalah faktor jarak diletak ke tepi. 

Dan akhirnya pada petang  2 Oktober yang hening itu, tibalah JR bersama isteri dan 2 anak kami ke Anika Inn:

Memang nampak dari luar hotel ini macam buruk aje...

 

Tapi bila masuk ke dalam bilik triple room hotel itu, boleh tahan juga susun aturnya berbanding dengan harganya  yang cuma RM80 semalam:


 
Lagi pun liputan wifi di Anika Inn boleh tahan lajunya, senang nak layari internet sepanjang berada dalam bilik. Berbeza dengan sesetengah hotel bajet nak dapat liputan internet tersenget-senget hingga hati pun tersakit-sakit...

Tak banyak tempat menarik di Keluang yang sempat kami pergi sepanjang 4 hari itu kerana kami lebih banyak menghabiskan masa di Parit Raja, Batu Pahat dan Melaka. Balik hotel cuma untuk tidur...

Tapi walaupun masa terhad sempat juga kami pergi ke Keluang Mall, breakfast di Keluang Rail Coffee yang terkenal itu dan makan malam dekat uptown Keluang yang berkonsepkan open space diterangi cahaya bulan dan kerdipan bintang. 

Yang paling istimewa tentang Keluang Rail Coffee ialah kopi buatan sendirinya yang sangat sedap dan roti bakar dengan kaya buatan sendiri yang aroma keenakannya menusuk ke seluruh rongga hidung. Kerana terpikat dengan keenakan kopi Keluang Rail Coffee sanggup puan isteri beli 2 bungkus kopi itu untuk dibawa balik ke Alor Setar untuk sesi coffee break kami sekeluarga..

10 comments:

  1. hahaha..takpe JR, 24km aja...
    tu jarak saya dari rumah ke tempat kerja, hari2 pergi balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, saya ulang-alik pergi kerja tiap hari 70km dengan kuda besi. Rasa syok jugak kan...

      Delete
    2. Buat masa ni jarak pergi balik kerja saya 70km.. Akan datang lagi jauh.. huhuhu...

      Delete
  2. Bang, ejaan sebenar 'Kluang'. Kalau 'keluang' tu lain pulak.

    Walau pun saya asal Johor, keponakan pun ramai kat Kluang tapi tak pernah pun merasa kat Kluang Station tu. Kat sini ada francaisnya tapi orang kata rasanya tak sama macam yang original sana.

    Batu Pahat terkenal jugak dengan pasar karatnya, banyak jugak 'barang lusuh' yang best bagi penggemar barang lama...

    ReplyDelete
  3. Tak pa JR...sesekali dalam jarak jauh begitu sambil meraikan konvo anak2 dapat meluaskan lagi pemandangan...

    Tahniah untuk anak2 JR dan JR suami isteri juga...

    ReplyDelete
  4. Tak apa...berbaloi sewa jauh hotel tu...janji selesa...

    ReplyDelete
  5. Sesekali duduk jauh dari tempat tujuan.. 24km ikut laluan kampung terasa jugak jauhnya.. ;)

    ReplyDelete
  6. Terbaik kemana pun dapat tump[ang dengan selesa kan..janji ham

    ReplyDelete
  7. :-))alhamdulilah dapat juga tempat penginapan

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....