»

06 October 2015

Catatan Dua Konvo

Alhamdulillah..akhirnya selamat juga JR sampai ke rumah di Alor Setar malam tadi. Bertolak dari Parit Raja, Batu Pahat pukul 2.30 petang dan tiba di rumah pukul 11.30 malam, 9 jam perjalanan yang memenatkan. Kalau tak berhenti makan dan solat di R&R Tapah selama 1 jam dan kemudian berhenti lagi untuk solat di R&R RTC Gopeng dan kemudian puan isteri dan  Sha, anak bongsu kami masuk bershopping di Mydin selama 1 jam setengah, pukul 9 malam dah boleh sampai di rumah agaknya...
Memang 4 Oktober 2015 tercatat antara hari yang paling meletihkan JR. Ini kerana JR dan isteri perlu menghadiri 2 konvokesyen anak sekali gus: pagi kami hadir konvo anak nombor 2 (Faez)  di UTHM Johor dan petang pula kami kalut pula nak ke Melaka untuk hadir majlis konvo anak nombor 3 (Fitri) di UTeM Melaka. Jarak UTHM Batu Pahat ke UTeM Melaka lebih kurang 170 km, kenalah pecut kereta minimum 120 km sejam bagi memastikan dapat sampai ke UTeM sebelum majlis konvo Fitri selesai.

Dan akhirnya lepas konvo Faez selesai, diikuti beberapa sesi bergambar sikit, akhirnya sempat juga kami pecut kereta dan tiba di Melaka sebelum majlis konvo Fitri habis.

Ini beberapa gambar kenangan sepanjang konvo 2 orang anak JR itu:

                                      Faez bergambar di UTHM


                                                        Fitri bergambar di UTeM

             Faez (kiri) dan Fitri (kanan) di depan pejabat canselor UTeM
                                     
                 Faez dan Fitri diapit Sha, anak perempuan bongsu JR

Kalau JR nak tulis semua catatan sepanjang berada di Johor dan Melaka sepanjang 4 hari itu  di blog ini pasti korang boring nak baca kan?  Insyaallah lepas ni JR akan bercerita lagi sambungan beberapa catatan menarik selama JR, isteri dan anak berada di Johor dan Melaka, insyaallah...

7 comments:

  1. alhamdulilah selesai sudah perjalan konvo jr...hilang penatkan walaupun pjalanan jauh setelah melihat anak2 berjaya mengulung ijazah...moga mereka mendapat pwkerjaan yang mereka impikan..amin

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat menghadirkan 2 konvo anak2 dlm satu hari.Tak sabar juga sya nk nntikan 2017 utk mengikut langkah JR melihat 2 anak konvo dlm tahun yg sama di U yg sama.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah tahniah ..... hebatkan dpt sampai 2-2 majlis anak yg berlangsung serentak tu

    ReplyDelete
  4. tahniah untuk kedua2 anak tu..jauh perjalanan luas pandangan ...bila lagi nak buat macam tu..kan??mujur sekarang..buatnya time tu dah masuk umur 5,6 puluh lagi naya..heheh...bongkok terus nak drive lama2 macam tu..heheh

    ReplyDelete
  5. Tahnia buat semua yang Konvo tu ya JR

    ReplyDelete
  6. Tahniah kerana berjaya dalam pelajaran.

    Patutnya kena beli heli satu, mudah sikit... ^_^

    ReplyDelete
  7. konvo mereka adalah saat saat yang paling penting untuk dihadiri....

    anak saya yang sulong 2 kali konvo ( dip & ijazah )...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....