»

08 October 2015

Starbucks Versi Malaysia: Pirate Coffee

Sejujurnya JR sangat-sangatlah jarang minum kopi starbucks. Sebagai rakyat marhaen, manalah JR mampu minum kopi yang harganya berbelas ringgit segelas itu selalu. Sebab itu JR tanpa malu mengaku cuma pernah minum starbucks beberapa kali seumur hidup (boleh dibilang dengan jari sebelah tangan) walaupun rasa starbucks memang diakui sangat memukau!

                                  Foto: pakcik google

Ketika hadir di majlis konvo Faez, anak kedua JR di UTHM Batu Pahat baru-baru ini, Faez beritau ada satu jenama kopi baru yang rasanya sebiji macam starbucks dijual berdekatan kampus tempat dia belajar. Kopi dengan jenama Pirate Coffee itu walaupun rasanya mirip starbucks tapi cuma dijual pada harga tak sampai sepertiga harga starbucks.

Tapi kata anak JR untuk beli pirate coffee kena tahan sabar sikitlah. Ini kerana pembeli perlu beratur panjang untuk mendapatkan segelas kopi starbucks versi Malaysia ini...

Terpengaruh dengan kempen Faez yang beriya-riya minta kami cuba segelas pirate cofee, pada hari kedua kami di Batu Pahat (Sabtu lepas), JR, isteri dan 2 anak kami (Faez dan Sha) singgahlah sekejap di Parit Raja untuk beli pirate coffee....
Pirate coffee yang beroperasi di Taman Universiti, Parit Raja itu baru memulakan perniagaaanya lebih kurang 2 minggu lepas. Tiga anak muda yang sungguh gigih berniaga ini cuma menjalankan perniagaan di sebuah warung kecil tapi pelanggannya aduhai....sungguh ramai! Semua kerja bancuh kopi mengikut pesanan pelanggan dibuat live satu persatu mengikut giliran di depan pelanggan:

 
Pelanggan pirate cofee memang ramai petang itu. Nak dapatkan segelas kopi pun kena beratur panjang: 


Harga pirate cofee cuma RM4 segelas untuk semua jenis kopi kecuali strawberry chocolate dan rasberry chocolate yang dijual pada harga RM5 segelas.


Kami pesan empat gelas pirate coffee. JR pesan segelas cappucino, manakala isteri pula white coffee. Anak-anak JR pula memesan cappucino dan latte.

                                Cappucino dan white coffee pesanan JR dan isteri

Dan rasa pirate cofee? Bagi JR kalau pun rasa pirate cofee mungkin tak seasli starbucks tapi JR boleh kata 90% menyamai rasa starbucks, tahniah!! Itu penilaian JR lah, korang kat Johor tu bila ada kesempatan cubalah segelas dan beritau berapa peratus persamaan rasa yang korang boleh beri... mungkin ada yang kata 99% menyamai rasa starbucks?

Apa yang istimewa tentang pirate cofee adalah harganya cuma RM4...3 gelas pirate cofee sama harga dengan  segelas starbucks walaupun rasanya lebih kurang saja. 

Mungkin yang membezakan pirate coffee  dan starbucks adalah tempoh masa siap pesanan. Jika pesanan untuk starbucks biasanya siap dalam tempoh tak lebih 10 minit tapi pada hari Sabtu lepas JR terpaksa tunggu lebih dari sejam untuk mendapatkan 4 gelas pirate cofee!! Walaupun terpaksa menunggu tapi ramai pelanggan kata Faez tak serik menunggu lama kerana ia berbaloi dengan keenakan rasa dan harganya!!

Apa pun tahniah kepada anak muda yang berani mencuba!!

16 comments:

  1. Kakcik pun tak malu hendak mengaku yang kakcik tak pernah pun merasai kopi di Starbucks! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good sharing, Starbucks now offers its premier coffee brand Starbucks Reserve to Malaysians, further strengthening its hold as the coffee franchise powerhouse and authority in the country. Head to Starbucks Reserve The Gardens shopping mall today to heighten your senses and take pleasure in a cup of good coffee made by the best, see detail at:
      http://kidbuxblog.com/starbucks-opens-its-first-premier-reserve-store-in-malaysia/





      Best Regards,
      Your favorite Split Queen Box Springs or split queen box spring mattress selection.

      Delete
  2. Sejujurnya saya tak pernah masuk ke Starbucks ni..
    Di Shah Alam ni ada je Starbucks ..
    Tapi tiada keinginan utk merasai coffee nya..
    Mungkin juga saya ni bukan peminat minuman coffee..

    Semoga usaha anak muda yg mengusaha Pirate Coffee ni beroleh kejayaan..
    Mungkin lambat kerana mereka menyediakan secara live..
    dah tu beratur panjang utk mendapatkannya..

    ReplyDelete
  3. Mcm sedap je..kat kuantan bilah kopi popular..heheh

    ReplyDelete
  4. Penah minum starbucks tpi oleh sebab saya bukan penggemar kopi, jadi tak feeling apa2 pon. Hehe. Ni kalau saya minum pirate coffee ni, mesti saya tak dpt beza sama ada sedap ke tak.

    ReplyDelete
  5. Terbaiklah. Cuma jangan Starbuck tau sudah. Kang tak pasal kena sue pasal copyright. Saya sendiri pun baru sekali je minum Starbuck, itu pun kawan yang payung. Harap sendiri memang takda belinya, baik beli 3 in 1, bancuh sendiri kat rumah. Haha

    ReplyDelete
  6. taman u ni tempat laluan yan..erm tak tahu pulak kat situ ada sesuatu yang istimewa..

    ReplyDelete
  7. mesti taukey nya dulu kerja starbucks..sebab tu boleh dapat resepi macam starbucks..kan??hehe

    ReplyDelete
  8. Bunda tak pernah masuk starbuck ni lagi..

    ReplyDelete
  9. memang sedap, kat p.d pun dah ader

    ReplyDelete
  10. Boelh bg sy info tentang nk memulakan bis ne

    ReplyDelete
  11. Leh wassap tak 0173435895 sy nak buka franchais dgn pirate coffe ni.nak berniaga juga area bangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba google je pirate coffee francais atau tanya kt mana2 stall cara nk buat francais

      Delete
  12. Leh wassap tak 0173435895 sy nak buka franchais dgn pirate coffe ni.nak berniaga juga area bangi

    ReplyDelete
  13. Saya pun tak pernah minum kopi Starbucks sebab rasa harga dia agak mahal T_T

    ReplyDelete
  14. The price of starbucks batu pahat is quite high, the most drink once a month during the student period.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....