Mereka bertiga diarahkan oleh pihak sekolah untuk menyertai pertandingan Digital Story Telling Animation 2015 peringkat sekolah menengah Kedah di saat akhir ketika pertandingan selama 3 hari itu telah pun bermula. Ketika mereka sampai di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Kedah untuk menyertai pertandingan, team sekolah-sekolah lain sudah berada sehari lebih awal dari mereka. Sekolah-sekolah lain mempunyai 3 hari untuk menyiapkan tugasan, mereka cuma mempunyai 2 hari. Rugi sehari!!
Semua team yang mengambil bahagian perlu berada 24 jam sehari di BTPN untuk menyiapkan tugasan. Penginapan, makan dan minum ditanggung oleh Kementerian Pendidikan.
Bila di hari terakhir wakil Kementerian berdiri mengumumkan team yang menang, Sha dan gang sekolahnya tidak menaruh harapan tinggi. Dengan masa yang terhad mereka cuma mengharapkan untuk dapat sijil penyertaan.
Bila diumumkan team SMK Sultanah Asma menang tempat kedua, Sha kata mereka sangat terkejut. Tak sangka penyertaaan di saat akhir dan dengan masa yang terhad untuk menyiapkan tugasan, mereka masih mampu memberi persembahan terbaik.
Tahniah kepada puteri bongsu JR, Sha dan team SMK Sultanah Asma atas kejayaan itu..
Trofi kemenangan...susah nak ambik gambar kerana warnanya transparen...
Tahniah..alhamdulillah. Tentu lebih termotivasi untuk berjaya di masa hadapan..
ReplyDeleteTahniah untuk anak JR
ReplyDeleteTahniah buat sya and the gang serta pihak sekolah dan semua terlibat.. ;)
ReplyDeletetahniah sya and the geng . berbaloi klu tak cukup tidor pun ...
ReplyDeleteTahniah sya n the gang...moga bakat yang ada dapat digilap lagi :-))
ReplyDelete