Tadi JR hantar anak perempuan JR (Sha) yang sekarang di Tingkatan 3 ke Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM). Ujian diadakan di MRSM Pendang, Kedah. Ujian UKKM diadakan oleh pengurusan MRSM untuk memilih kemasukan pelajar ke Tingkatan Empat MRSM bagi sesi persekolahan 2014-2015.
Ramai juga pelajar Tingkatan Tiga yang mendududuki ujian untuk ke Tingkatan Empat MRSM itu. Sayang sekali telefon bimbit JR dihantar untuk repair sejak 2 hari lepas (kerana masuk air). Jadi tak adalah gambar semasa JR hantar anak ke MRSM Pendang tadi.
Ujian UKKM ini dibuat secara online. Jadi pelajar-pelajar masuk dewan peperiksaan lengkang kangkung aje, tak perlu bawa pen dan pensil, semuanya online.
Ujian bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari untuk 4 kertas - Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Personaliti.
Lepas hantar Sha ke MRSM, JR balik ke rumah. Sempat juga kemas dan bersihkan ruang tamu, bilik tidur, sidai pakaian di ampaian dan cuci pinggan mangkuk yang bersepah di dapur. Lepas semuanya beres, pukul 11.15 pagi JR pergi semula ke MRSM Pendang untuk ambik anak. Tiba di MRSM Pendang pukul 11.51 pagi. Bila tiba di sana nampak anak sudah tunggu kat corridor. Rupanya ujian tamat pada pukul 11.45 pagi walaupun pagi tadi urusetia umumkan habis pukul 12.00 tengahari..
JR tanya Sha - bagaimana, susah ke ujian?
Sha kata..habislah, sangat susah! Katanya dia tak yakin dapat masuk MRSM! Cuma paper Bahasa Inggeris dan Personaliti (berkaitan pengetahuan am) saja yang mudah, paper Sains agak susah dan matematik katanya tersangat susah.
Bagi JR tak apalah. Kalau dapat masuk Tingkatan Empat MRSM tahun depan dapatlah. Itu kira bonuslah dalam hidupnya. Kalau tak dapat masuk MRSM, anak JR boleh teruskan persekolahan di sekolahnya sekarang, SMK Sultanah Asma (SMKSA). Lagi pun SMKSA bukan sekolah yang teruk sangat, ia sekolah menengah harian biasa (SMH) terbaik di Kedah dan SMH ketiga terbaik di Malaysia pada tahun 2013. Jarak SMKSA dengan rumah pun tak sampai 1 km, orang kata kentut pun dengar!
Lagi pun Sha kata jika ditawarkan ke MRSM, dia cuma nak belajar di MRSM Taiping, iaitu MRSM kedua terbaik di Malaysia (MRSM pertama terbaik ialah MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka). MRSM lain dia tak nak. Bukan main tinggi cita-citanya, naik yang terbaik aje, hehehehe..
Kata JR kepada Sha, kalau dapat ke MRSM, sama ada MRSM nombor 2 terbaik atau MRSM nombor 20 terbaik ia tetap sekolah berasrama penuh terbaik di Malaysia. Tapi kalau tak dapat pun tak apa, sekurang-kurangnya dia dah dapat ayah terbaik di dunia....hehehehehe (kes angkat bakul!!)
Asalam. Tahnia, doa Etuza semoga Sha berjaya dalam ujian tersubut ya JR. berusaha doa dan tawakal insha Allah
ReplyDeleteAsalam. Tahnia, doa Etuza semoga Sha berjaya dalam ujian tersubut ya JR. berusaha doa dan tawakal insha Allah
ReplyDeleteInsya ALLAH..kalau ada rezekinya..dapatlah dia ke MRSM tu..
ReplyDeleteInsyaAllah..kalau dapat tu bonus...kalau tak dapat pun tak apa...bukan sekolah tu 100% menentukan kemana hala tuju kita nanti...
ReplyDeleteSekolah biasa pun kalau nak maju..maju juga...yang penting fokus dan rajin2 belajar ye Sha...
ye.. dah dpt ayah terbaik di dunia.. mdh2an sha menjadi anak terbaik di dunia pula.. :)
ReplyDeletesemoga dapat jadi ayah terbaik di dunia dan akhirat.good luck sha!belajar mana-mana pun takpe, yang penting keinginan diri
ReplyDeleteMoga dipermudahkanNYA.. tapi ayat last tu yang paling menarik.. 'ayah terbaik di dunia..'
ReplyDeleteMoga ayah sihat dan kuat sentiasa hendakNYA.
Wahhh tinggi betul impian Sha.
ReplyDeleteKalau dia dah pasang niat macam tu kira dia confidentlah tu.
Apepun, tahniah untuk Sha.
Agak2 kalau bapa angkat, terbaik juga ke? Wahahaa.. Kidding! :) All the best Sha..
ReplyDelete