»

03 March 2015

Air Mata SPM


Lewat pagi tadi JR ke SMK Sultanah Asma untuk uruskan pertukaran Sha, anak perempuan JR, dari sekolah itu ke MRSM Merbok. Hampir dua jam juga di sekolah, maklumlah kena serah banyak benda balik ke sekolah, mendapatkan beberapa dokumen dari sekolah, tanda tangan surat dan pelbagai lagi urusan. 

Kebetulan keputusan SPM diumumkan pagi tadi. Pekarangan sekolah dipenuhi ramai ibu bapa (rata-ratanya Melayu) yang berkerumun untuk lihat keputusan SPM anak masing-masing. Walaupun sebahagaian pelajar SMK Sultanah Asma terdiri dari bukan Melayu, yang JR agak hairan kenapa tak ramai ibu bapa bukan Melayu datang tengok keputusan SPM anak mereka? 

JR sampai ke sekolah pula hampir-hampir waktu pengumuman keputusan SPM, terpaksa parking kereta agak jauh kerana banyak kenderaan memasuki perkarangan sekolah.

Walaupun banyak masa JR tadi di pejabat sekolah, tak berada dalam dewan SMK Sultanah Asma, tapi telinga JR menangkap tepukan dan bunyi riuh rendah dari dalam dewan apabila Pengetua umumkan keputusan SPM. Mungkin SMK Sultanah Asma sekali lagi mencatatkan  keputusan cemerlang SPM seperti tahun-tahun lepas? Kalau tahun lepas lebih dari 30 murid mencatak straight A's, tahun ini angka straight  A's bertambah kot, sebab itu bunyi tepukan gemuruh terdengar hingga ke luar dewan?

Ketika balik dari menghantar buku teks ke bilik guru, anak perempuan JR beritau ada sesuatu yang tertinggal dalam kereta. Masa menuju ke kereta, JR melalui belakang seorang pelajar perempuan Cina berpakaian pengawas sekolah yang sedang duduk di bangku rehat berdekatan porch kereta. JR ternampak dia dengan wajah sugul sedang menggenggam slip peperiksaan SPM.

Lepas ambil barang dari kereta ketika sekali lagi melalui belakang gadis Cina berpakaian pengawas sekolah itu, telinga JR menangkap seperti suara seseorang sedang menyanyi. Bila JR menoleh, rupanya gadis Cina itu sedang tersedu-sedu menangis. Mula-mula tangisannya perlahan tapi lepas itu makin kuat sambil menghentak-hentak kakinya dengan kuat.

JR cuma memandang pelajar perempuan Cina itu dengan wajah kesian. Mungkin keputusan SPMnya tidak begitu baik, kata hati JR sebab itulah dia tak dapat menahan air matanya....

Beberapa lama kemudian barulah JR tau bunyi gegak gempita dari dalam dewan tadi adalah kerana Pengetua mengumumkan SMK Sultanah Asma telah muncul sebagai sekolah terbaik SPM 2014 di Kedah. Jika tahun lepas SMK Sultanah Asma cuma muncul sebagai sekolah harian terbaik SPM di Kedah tetapi tahun ini SMK Sultanah Asma bukan saja kekalkan status sebagai sekolah harian terbaik di Kedah tapi sekolah keseluruhan terbaik SPM, lebih baik dari sekolah-sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah sains Kedah. Tahniah SMK Sultanah Asma!!



Dan lepas itu dari cakap-cakap seorang pelajar yang JR dengar baru JR tahu gadis Cina yang menangis tadi tidak berpuas hati dengan keputusan SPMnya kerana dia gagal mendapat straight A's seperti kawan-kawan sekolahnya yang lain. Kalau tak silap apa yang JR dengar dia mendapat 8A (kebanyakannya A+) dan 2B+. Kalau sesetengah orang kita dah sangat bersyukur dengan keputusan 8A dan 2B tapi gadis Cina tersebut memilih untuk menangis, bukan menangis sikit-sikit, tapi agak kuat juga....

Dan mulai hari ini Sha terpaksa mengucapkan goodbye kepada SMK Sultanah Asma yang telah mendidiknya hingga ke tahap ini kerana mulai esok dia akan menghirup udara dan menjejaki persekitaran baru di MRSM Merbok..

10 comments:

  1. Orang Cina biasanya family's expectations lagi tinggi. Dan mungkin juga sebab dia tahu persaingan untuk dia lagi sengit lepas ni...kesian that girl.harap dia tabah dan realise hidup dia masih panjang

    ReplyDelete
  2. Perjalanan seterusnya masih jauh...

    ReplyDelete
  3. hurmmmm...entahlah, saya amik spm dulu rileks2 je, siap singgah umah member tgk video tape citer omputih dulu baru g skolah amik result :-)

    ps : zaman 1999 dulu vcd/dvd takde lagi kot atau tak sampai lagi kat kaw kampung pengaruh nya, masa tu sewa video tape je klu nak tgk movie.

    ReplyDelete
  4. Kesian juga gadis China itu.. mungkin dia terlalu mengharap straights A kot tu yg menangis teruk..
    Tahniah buat SMK Sultanah Asma kerana menjadi sekolah terbaik seluruh negeri Kedah wlpn sekolah harian biasa..

    ReplyDelete
  5. org melayu dah biasa dgn ' tak pe la . ok lah tu ' tapi org cina pula klu tak capai target , mrk anggap diri gagal ...

    ReplyDelete
  6. Orang melayu biasa la..terima seadanya...heheh

    ReplyDelete
  7. itu beza nya bangsa kita dan dia...agama kita mengajar erti bersyukur...dan terima qada dan qadar...

    ReplyDelete
  8. Tahniah SMK Sultanah Asma.. Good luck juga untuk Sha.. semoga cepat adapt dengan suasana baru :D

    ReplyDelete
  9. Normally, pelajar Cina kalau dapat result macam tu, memang kabur sikit peluang dia nak lanjutkan pelajaran. Pelajar Cina tak banyak kelebihan jika datang dari keluarga yang susah sebab kalau nak masuk IPTS, belanja memang besar. Nak masuk IPTA pulak, peluang agak terhad.

    ReplyDelete
  10. Tahniah kpd Sha kerana dapat masuk MRSM...best student je boleh masuk MRSM..kerana adik JM pun ada yg masuk MRSM apabila dapat 8A on PMR

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....