»

05 March 2015

Pengalaman Ngeri Tidur Bersama Wanita Bukan Isteri


Ini pengakuan jujur seorang suami bernama JR. Seorang suami beranak enam yang pernah tidur bersama perempuan yang bukan isterinya.

Agak-agak korang kalau apa yang ditulis JR ni dibaca isteri dia mengamuk tak? Agak-agaknya ada tak pinggan mangkuk terbang dan almari terbalik?? Tekalah sendiri...

Sebenarnya idea nak tulis kisah benar ini terjelma selepas JR baca blog Aizamia yang ceritakan pengalaman jaga anak di wad pediatrik PPUM.

Sebut saja tentang kanak-kanak masuk wad pediatrik kerana jangkitan kuman di buah pinggang, terus JR ingat tentang anak lelaki kelima yang pernah hadapi masalah yang sama. Masalah yang dihadapi anak itulah yang akhirnya menyebabkan JR terpaksa tidur bersama perempuan bini orang....

Ketika peristiwa itu berlaku JR kerja di Taiping. Isteri dan anak-anak pula tinggal di Alor Setar.

Suatu hari isteri di Alor Setar telefon JR di Taiping beritau dia perlu hadir satu kursus jabatan tempat dia kerja. Kursus selama  5 hari itu dibuat di sebuah resort di puncak Gunung Jerai. Isteri minta JR bercuti selama beberapa hari kerana tak ada orang nak jaga 6 anak kami.

Hari kedua isteri berkursus, tiba-tiba Farhan, anak kelima yang ketika itu berumur 6 tahun beritau JR air kencingnya berwarna merah. JR minta dia kencing sekali lagi dan masukkan air kencingnya ke dalam botol. Bila tengok botol itu... ya Allah, memang kencingnya berwarna kemerahan. Seperti ada darah dalam kencingnya?

Bagi mengesahkannya JR bawa masa tu juga Farhan ke Hospital Alor Setar. Masa tu Hospital Alor Setar masih beroperasi di bangunan lama yang sangat uzur dan sesak. Bila doktor buat pemeriksaan air kencing, dia kata buah pinggang Farhan kotor, mungkin kena jangkitan kuman. Farhan terpaksa ditahan  di wad lebih kurang 5 hari hingga kencingnya kembali normal.

5 hari sepanjang Farhan berada di wad adalah pengalaman yang agak mencabar untuk JR. Maklumlah isteri berkursus, JR pula tak nak ganggu kursus yang dihadirinya sebab itu JR tak beritau pun isteri anak masuk hospital. Susah juga bagi JR - mana nak jaga anak-anak di rumah yang masih bersekolah, mana nak jaga anak yang terlantar di wad hospital.
 
Setiap hari rutin JR ialah hantar 4 anak yang berumur 7 hingga 16 tahun ke sekolah seperti biasa, seorang lagi anak (anak bongsu) JR hantar ke rumah mentua. Lepas hantar anak-anak ke sekolah JR pergi jenguk Farhan di wad pula hingga lepas waktu makan tengahari. Kemudian JR akan bergegas pergi ambil anak-anak di sekolah dan sediakan makan minum tengahari mereka. Petang pergi jenguk Farhan lagi beberapa jam hingga waktu makan malam (biasanya makan malam di hospital seawal pukul 6 petang). Kemudian balik ke rumah sekejap untuk sediakan makan malam anak-anak dan seterika baju sekolah mereka. Bila dah pastikan semua mereka makan dan pakaian sekolah diseterika, JR bergegas pergi semula ke hospital untuk tidur di hospital menemani Farhan.

Pagi-pagi lebih kurang 4.30 pagi, JR tinggalkan Farhan yang sedang tidur dalam wad dan balik ke rumah untuk sediakan sarapan pagi kepada anak-anak yang nak ke sekolah dan lepas itu hantar semua mereka ke sekolah.

Tapi pengalaman yang paling menarik ialah bila tidur di wad pediatrik hospital lama Alor Setar itu...

Wad pediatrik hospital lama Alor Setar ketika itu sangat sesak, terutama waktu malam. Sudahlah wadnya kecil bukan main, pesakit kanak-kanak pula ketika itu duduk atas katil yang berhimpit-himpit macam sardin. Ibu bapa tiada pilihan, tak boleh pindah ke wad lain kerana tiada kelas 1,2 dan 3 di wad pediatrik, semuanya kena berkongsi di wad yang sama.

Yang paling teruk waktu nak tidur malam. Kanak-kanak memang ada katilnya tapi waris mereka macam mana nak tidur dalam kesesakan itu? Jadi terpaksalah para waris tak kira lelaki atau perempuan tidur berhimpit-himpit. Kerana boleh dikatakan semua yang menjaga anak adalah terdiri dari kaum ibu, terpaksalah JR terlentang di sebelah katil Farhan yang diapit oleh 2 orang wanita yang menjaga anak masing-masing. Sudahlah wad itu memang panas (ketika itu wad belum ada aircon), ditambah lagi dengan panas  haba perempuan-perempuan yang tidur di sebelah kita...aduiiiii menguji kesabaran betoiiii... Banyak kali juga JR mengucap maaf kepada jiran-jiran baru JR itu bila tersentuh mereka dalam keadaan tak sedar...

Baru-baru ini JR ada pergi ke hospital baru Alor Setar (Hospital Sultanah Bahiyah) yang dibuka pada 2007.  JR tengok suasana di wad pediatrik hospital itu jauh lebih baik dan sangat selesa berbanding wad di hospital lama dulu. Kalau jaga anak, waris tak perlu tidur berhimpit-himpit lelaki perempuan macam dulu lagi. Dan tak perlu lagi memohon maaf setiap kali bersentuhan....

9 comments:

  1. Perghh.. title kenmain lagi ye Jay.. hihiii.. tapi dalam hati Nurul dah bayangkan adik pompuan atau adik ipar pompuan selama baca entry ni.. rupenye.. memang betul bini orang! OMG! kekekekkkk

    ReplyDelete
  2. haha..menarik betul pengalaman Abang Jr.Nasib baik Abang Jr ni kuat iman.hehe.Gigih betul jaga anak sorang-sorang selama isteri gi kursus. -Standing ovation- Moga nanti saya dapat suami tabah macam ni

    ReplyDelete
  3. haha pengalaman yg mahal dan sangat berharga tu...

    ReplyDelete
  4. saya tidur kat hospital semasa jaga ibu_suri tak pernah jerap. lima hari menunggu rasa serabut segala fikiran dan badan...

    ReplyDelete
  5. uisy... ngeri baca. Biarlah itu je sekali pengalamannya..

    ReplyDelete
  6. kalau ada yg kentut...lagi haru...

    ReplyDelete
  7. hahaha nasib baik jr bukan miang keladi...kan :-P

    ReplyDelete
  8. ramai betul org sakit...lagi ramai yg datang melawat so SESAK!!!!

    ReplyDelete
  9. dah mmg x selesa amat tu nak tidur ... tidur2 ayamlah gamaknya kan .

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....