Terima kasih Tuhan
mengizinkan aku sempurnakan terawihMu setiap malam
dan malam ini malam terakhir
aku sujud pada terawihMu tahun ini.
Cuma aku tak tahu Tuhan
sungguh aku tak tahu
apa yang telah kupersembahkan padaMu
puasaku
solatku
tarawihku
bacaan quranku
sedekahku
sempurnakah ia
seperti perintahMu?
Adakah semua yang kulakukan selama ini
punya arti disisiMu
ataukah cuma seperti debu-debu berterbangan
yang tidak Kau hisab pahalanya?
Malam ini terawih terakhir
sedihnya rasa hati
adakah Kau izinkan aku
menemuiMu dalam tarawih tahun depan
kerana ada 354 hari lagi
terlalu panjang untuk sebuah kehidupan yang tak pasti
~ JR
rasa macam baru seminggu...
ReplyDeletesedih.
ReplyDeleteCepat waktu berlalu kan JR..
ReplyDeleteSemoga amal yg kita lakukan diterima Allah jua hendaknya..
Salam lebaran aidil fitri buat JR sekeluarga..
InsyaAllah, semoga kita diperkenankan untuk bertemu ramadhan akan datang untuk terus menyembah sujud dan beramal dengan Nya...
ReplyDeleteRasa sekejap kita berada dalam bulan Ramadhan ni.. sayu je hati ni..
ReplyDeletecepatkan. masa tu berlalu.
ReplyDeleteselamat hari raya jr :-))
ReplyDeletemudah2an Allah menerima amalan kita yang serba kekurangannya ini...
ReplyDeletecepat betul masa berlalu
ReplyDelete