»

02 July 2015

Mid Term Review Ramadhan Seorang Suami


Cepatnya masa berlalu! Pejam celik pejam celik dah masuk 15 Ramadhan hari ini. Maknanya kita dah berada di pertengahan Ramadhan. Cepatnya...

Dan di sepanjang Ramadhan ini JR terus dibelenggu kesibukan. Tak sempat nak update entri blog ini. Tak sempat menjenguk blog kawan-kawan. Malah tak sempat mengetik internet! Kepada rakan-rakan blogger, jangan marah... Bila kelapangan masa nanti JR akan berperanan semula seperti JR sebelumnya yang rajin singgah dan beri komen di blog kalian...

Sepanjang Ramadhan ini JR cuma sempat menulis 3 entri, termasuk entri ini. Entri terakhir JR Nota Ramadhan Seorang Suami mengenai rutin ringkas kehidupan JR sepanjang Ramadhan.

Sekarang JR nak review balik apa yang JR buat sepanjang Ramadhan sejak 2 minggu lepas:

Sahur
~ Bangun seawal jam 4.10 pagi. Lepas bersihkan badan, JR terus ke dapur untuk masak nasi untuk isteri dan anak-anak yang berpuasa. 
~ Lepas masak nasi, JR akan goreng ayam dan ikan. Kadang-kadang campur goreng telur mata kerbau atau telur dadar.
~ Sambil siapkan edisi menggoreng, JR panaskan masakan berkuah berbuka yang disediakan isteri semalam.
~ Sediakan minuman sama ada teh tarik, kopi panas atau milo atau campuran keduanya.
~ Bila hidangan sudah tersedia di tas meja, gerakkan isteri, mak mentua dan anak-anak untuk bersahur.

Berbuka Puasa
~ Kalau hari Ahad hingga Khamis, biasanya lepas pukul 5.45 petang baru JR dan isteri ke dapur. Maklumlah Ahad hingga Khamis waktu kerja di Kedah. Lepas sampai rumah dan solat Asar baru kami berdua ke dapur. Seperti tahun lepas dan sebelumnya, semua masakan kami masak sendiri tanpa perlu bergantung kepada masakan air tangan mak cik, pak cik, adik, kakak, abang yang tak tak dikenali yang menjual di Bazaar Ramadhan.
~ Kalau hari Jumaat dan Sabtu (hari cuti di Kedah), operasi memasak dimulakan lebih awal. Masakan hari Jumaat dan Sabtu juga biasanya lebih istimewa kerana ada masa yang panjang di dapur.
~ Ketua tukang masak tentulah puan isteri. Semua masakan yang perlukan kemahiran tinggi puan isteri yang buat. Kerja JR sebagai penolong tukang masak cuma potong bawang, cili dan lain-lain yang mudah-mudah. Bab masak nasi, goreng ayam dan ikan serta sediakan air juga kerja JR. Itu kerja mudah, semua orang yang lengkap tangannya boleh buat..

Selepas Tarawih
~ Balik tarawih di masjid berdekatan rumah, JR akan menjenguk ke dapur untuk basuh pinggan mangkuk. Lepas selesai basuh pinggan  mangkuk barulah JR berehat sekejap sebelum tidur.

Nasi
~ Seperti 3 tahun lepas, JR tak menjamah nasi sepanjang Ramadhan. Bukan nak jaga badan, tapi Allah menutup pintu selera sepanjang Ramadhan untuk nasi. Yang lain-lain selain nasi seperti kuih muih, makanan bergoreng yang tinggi lemak tepu dan glukos, malangnya perut boleh terima pulak! Bersabarlah wahai perut.... 

Tak tau pulak rutin suami-suami lain bagaimana sepanjang Ramadhan.  Rasanya lebih kurang sama juga kot. Cuma ada suami yang rasa dirinya harus dilayan seperti Maharaja, ada pula suami yang cuba melayan isterinya seperti permaisuri, ada yang cuba seimbangkan peranan Maharaja dan permaisuri....

Nota Kaki: Kira-kira pukul 10.30 nanti JR akan bertolak ke Batu Pahat untuk ambil anak yang belajar di sana. Doakan JR selamat pergi dan kembali...
Ketua tukang masak di dapur tentulah puan isteri dan JR pembantunya. Masakan paling mudah - goreng-gorengan, masak nasi dan sediakan air jadi kerja hakiki JR. Masakan berkuah yang perlukan kemahiran tingggi pula jadi kerja hakiki puan isteri.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

12 comments:

  1. Semoga JR selamat dalam perjalanan pergi dan balik.

    Suami sy tidak membantu urusan berbuka/bersahur seperti JR.. tetapi dia tidak juga menyusahkan. Alhamdulillah. :)

    ReplyDelete
  2. Moga dipermudahkan perjalanan JR ke BP,

    Saya baca rutin JR tu, saya faham kenapa JR tak sempat mengetik internet! hahaha...
    Waktu sahur makan nasi tak?

    ReplyDelete
  3. Saya masih ambik nasi waktu berbuka dan sahur. Bertuah lah isteri JR dapat suami yang ringan tulang.

    ReplyDelete
  4. rajin sungguh JR ke dapur...suami sya hari2 biasa adalah menyiapkn sarapan tapi bulan posa segala urusan di dapur semua kerja org ppuan kat rumah ni....

    ReplyDelete
  5. Bertuahnya pn isteri tu dpt suami yg rajin mcm jr ni, suami saya bukan jenis membantu, cuma takla mdnyusahkan' dia mkn je apa yg saya masak.

    ReplyDelete
  6. pasti merindui saat ini apabila berakhirnya ramadhan nnt kan

    ReplyDelete
  7. apa yang penting..kerjasama :-))

    semoga jr selamat sampai dan balik...amin...ati2 memandu ..jalan sri gading tu kereta motor macam lipas kudung..

    ReplyDelete
  8. Adakala kita perlu melepaskan kebiasaan yang kita buat kerana perlu melalui rutin yang lain..
    Apa-apapun moga JR selamat pergi dan balik hendakNYA..

    ReplyDelete
  9. Sama2 membantu kerja didapur akan mempercepatkan urusan...semoga JR selamat kembali dalam perjalanan menjemput anak....

    Salam ramadhan dan salam nuzul quran JR...lama tak nampak kelibat...

    ReplyDelete
  10. Pejam celik dah nak berada di penghujung Ramadan.

    Saya masih belum merasai kehidupan sebagai suami. Tak tahu sama ada mampu menjadi suami yang baik atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  11. bagus ni, bangun sahur kejutkan isteri..respect!

    ReplyDelete
  12. Rajin yer JR..
    Rutin JR tu sama dgn rutin saya..
    En suami pulak sepanjang puasa ni makan bubur lambuk..
    Senang kerja saya.. sebab bubur tu diambil dimasjid ajer :)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....