»

04 November 2014

Program 'I Want To Touch A Snake' Pula...


Korang berani dengan ular? Pasti ke korang tak takut? 

JR sangat takut dengan ular, bukan saja dengan ular berbisa, ular yang tak berbisa dan kecil seperti ular lidi, ular daun dan ular air pun JR takut.

Korang tau tak sekarang kerajaan negeri Kelantan  sedang menganjurkan program "I want to touch a snake"? Kalau korang nak rasa kenikmatan menyentuh ular pergilah ke Kota Bharu. Program "I want to touch a snake" ini dianjurkan sempena pameran ular oleh Muzium Negeri Kelantan selama sebulan bermula semalam.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Kelantan, Datuk Hassan Mohamood berkata, program itu boleh mengingatkan umat Islam terhadap kebesaran kejadian Allah Taala.

“Dalam keseronokan kita menyaksikan pelbagai spesis ular, sama-sama kita mengingati kebesaran Allah SWT serta menjauhi larangan-Nya. Jika ular di dunia kita sudah merasa gerun, bagaimana pula dengan ular yang menunggu kita dalam alam kubur nanti?” katanya.


Pameran diadakan bermula jam 9 pagi sehingga 10 malam. Harga tiket dewasa (RM4), kanak-kanak (RM3) dan kanak-kanak pakaian seragam sekolah (RM2).

Entah apa pula lagi program bertemakan touch binatang-binatang yang kita takut dan geli memegangnya akan diadakan selepas ini? Mungkin ada yang nak anjurkan program "I want to touch a cockroach", "I want to touch a frog", "I want to touch a spider" atau "I want to touch a scorpion"?

Bagi JR tak tertarik sikit pun dengan apa-apa program touch-touch anjing, ular atau binatang-binatang yang bahaya dan kotor. Kalau nak touch pun JR lebih berminat untuk touch my family, my wife and my children....

Nak touch ibu bapa mereka dah lama meninggal, cuma touch mereka dalam doa  selepas setiap kali solat aje yang termampu..

8 comments:

  1. I'd rather touch a lipas, a katak and spider. Touch ular is a no no no...heee geli...

    ReplyDelete
  2. gelinya..meremang bulu roma...
    xleh terima ngan ular nie...nie baca entry ni pasal ular pon meremang dh...

    ReplyDelete
  3. lepas ni kempen apa plak yg nak di 'touch2' ni ye

    ReplyDelete
  4. Bunda nak 'touch a cat' pun takut/geli... eee..

    ReplyDelete
  5. salah satu subjek yang IM minat masa sekolah dulu ialah biologi. cara ular berjalan dan cara ular memakan mangsa antara yang IM paling seronok mempelajarinya...

    ReplyDelete
  6. ular??tengok dari jauh pun tak berani...usahkan nak pegang2 mcm tu...eii...

    ReplyDelete
  7. Saya takut, tapi tak geli. Pernah bergambar dgn dua ekor ular albino kat zoo melaka. Letak kat bahu kanan kiri, berat jugak. Tapi..suami mmg geli, sentuh pun dia takmo. Puas la saya menyakat dia. Hahaha

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....