»

17 September 2015

Betul Juga Titah Sultan Melaka...


Walaupun dia bukan Sultan yang betul tapi JR rasa apa yang dia kata tu memang betul:



Betul kata Sultan yang bukan Sultan ini, mengapa nak salahkan kaum lain bila kaum kita mundur, mengapa nak salahkan kaum lain bila kaum kita bermasalah, bila Melayu tipu Melayu?  Kaum kita dah hampir 60 tahun memegang tampuk kuasa, PM dan TPM kita Melayu, kebanyakan menteri kita Melayu, kebanyakan pegawai kerajaan Melayu. Kalau nak ubah nasib orang Melayu jadi bangsa maju dah 60 tahun mereka yang berkuasa itu boleh ubah tapi mengapa dalam TV mereka selalu ulang kata nasib Melayu masih tak berubah?

Bila orang Melayu mundur, bila orang Melayu ramai miskin, bila orang Melayu ramai menganggur, bila orang Melayu bermasalah macam-macam, mengapa kita nak salahkan kaum lain yang tak ada kuasa selesaikan masalah kita? Mengapa tak salahkan kaum kita sendiri yang ada kuasa selesaikan masalah kita tapi mereka gagal selesaikan masalah kita?

Setuju dengan titah Sultan Johor:


Pada pandangan patik pacal yang hina ini, Melayu yang rasis ini hanya terbahagi kepada 2 golongan:

i) Golongan yang punya kuasa politik  tapi dia gagal gunakan kuasa politiknya untuk tolong Melayu kerana sibuk tolong orang-orang yang rapat dengannya. Bagi menyembunyikan kesalahannya yang ada kuasa tolong Melayu tapi gagal tolong Melayu dia salahkan pula kaum lain, jadikan kaum lain kambing hitam sedangkan dia sendiri tau PM, TPM dan majoriti menteri yang ada kuasa tolong Melayu bukan dari kaum itu pun.

ii) Golongan pak turut kepada ahli politik yang berkuasa. Harap Sultan Johor tak halau golongan ini keluar dari Johor kerana mereka cuma golongan pak turut yang sel otak mereka boleh berhubung semula jika kena caranya..


4 comments:

  1. Nak tunggu giliran sultan Johor jadi Agong..

    ReplyDelete
  2. kite no komen..jadi pemerhati je

    ReplyDelete
  3. Kalau kena batang hidung sendiri.. moga dia faham dan apa yang patut dia buat.. jangan terus berada dalam dunia yang kononnya indah sedangkan rakyat berhempas pulas mencari sesuap nasi..

    ReplyDelete
  4. sultan johor the best sultan....

    betul semua pandangan diatas...
    tapi..
    rasuah juga semakin berleluasa....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....