Sedih juga bila tengok nilai ringgit kita jatuh merudum, jatuh teruk, seteruk-teruknya sekarang.
Lebih sedih bila ke Padang Besar beberapa bulan lepas duit Malaysia diperlekeh peniaga Thailand. Semangat patriotik yang ada rasa macam nak lempang saja pompuan Islam Thai itu bila dia gelak-gelak dengan duit Malaysia, tapi bila dipikir balik duit kita jatuh bukan salah dia pun. Dia cuma cakap yang benar.
Ada kawan businessman yang selalu ke China kata sekarang ni bank-bank di China pun dah tak nak duit Malaysia sebab mereka akan rugi bila pegang duit Malaysia yang hari-hari nilainya semakin jatuh. Dulu masa ekonomi kita masih teguh, RM1 bersamaan 2 Yuan, lepas itu RM1 sama dengan 1.5 Yuan, tapi sekarang ini RM1 sama dengan 0 Yuan!!
Lebih sedih juga bila duit Malaysia diperlekeh oleh bank kita sendiri seperti yang diceritakan oleh seorang penuntut Ph D yang nak tukar RM ke pound sterling di sebuah bank di Johor 3-4 hari lepas. Bank di Malaysia pun tak nak duit Malaysia apa nak kata???

Yang lebih menyampah bila tengok ulasan TV yang kata duit Malaysia jatuh kerana pengaruh luar, kononnya semua duit rantau ini jatuh kerana 'masalah global', kerana masalah kenaikan nilai duit Amerika (USD).
Entah apa 'masalah global' itu kita pun tak paham kerana tak pernah diberi paham. Bila kata semua duit negara rantau ini jatuh, ia sangat mengarut. Duit Thailand tak jatuh sangat pun, dulu 10 bhat Thailand sama dengan RM1, sekarang 10 bhat sama dengan RM1.20..Sebab tu barang Thailand di Padang Besar naik lebih dari 20% sebab duit Malaysia jatuh berbanding duit Thai.
Begitu juga zaman JR pakai pembantu rumah Indonesia masa kerja di KL dulu. Masa tu bila tunjuk RM290 kepada pembantu rumah dia dah tersengeh sebab nilainya sama dengan 1 juta Rupiah. Tapi sekarang untuk dapatkan 1 juta Rupiah kena dapatkan duit RM305, bukan RM290 lagi macam dulu.
Kalau banding dengan duit Singapura lagi teruk duit Malaysia. Masa zaman JR sekolah dulu kadang-kadang duit Singapura tersesat masuk ke pasaran Malaysia. Bila dapat seringgit Singapura, kalau dibawa ke kedai runcit, taukeh kedai geleng kepala tak mau duit Singapura. Ini kerana seringgit Singapura masa tu sama dengan 90 sen duit Malaysia. Maknanya duit Malaysia lebih mahal 10 sen dari duit Singapura.
Sekarang cuba bawa seringgit Singapura ke kedai untuk beli barang yang berharga RM1, mesti taukeh kedai berebut nak. Ini kerana harga seringgit ($1.00) duit Singapura bukan lagi bersamaan 90 sen duit Malaysia seperti dulu, tapi kini seringgit duit Singapura bersamaan RM3.10 duit Malaysia. Maknanya duit Malaysia dah jatuh lebih kurang 300% berbanding duit Singapura dalam tempoh itu. Teruknya kejatuhan duit Malaysia!!
Nak salahkan siapa duit Malaysia jadi macam tu? Salahkan 'masalah global' seperti yang selalu keluar kat TV adalah penyelesaian yang terbaik!! Yang penting ia bukan salah kita kan, semuanya salah orang lain...
Harga minyak jatuh nilai duit jatuh sekarang saya benar2 pening kepala.
ReplyDeleteSemoga matawang Malaysia dapat pulih seperti sedia kala..
ReplyDeleteRasanya sejak wujud GST...EKONOMI JADI KELAM KABUT
ReplyDeletemakin tenat.... tapi nothing much we can do.
ReplyDelete*makan keropok
ReplyDeletentahlah...sampai bila ia akan berterusan..paling terasa JM lah...tiket flight berderet2 tu...nk fly ofcoz perlu tukar duit...kalau dulu nk trip ke seoul seminggu RM2000 dah lebih dari cukup all in skrng RM3000 mesti dalam tangan...sedih!
ReplyDeletekehidupan pun dah jadi macam kucarkacir je kan...dengan ekonomi yang tak stabil..dengan mata wang jatuh...
ReplyDeleteAssalamualaikum ..salam kenal dari Che Mid
ReplyDeleteKata 'depa', walau nilai ringgit jatuh tapi beri kelebihan pada industri pelancongan... tak gitu?
ReplyDeleteMakin sesak dada dan rasa tersekat nafas mengenangkan nilai duit kita yang kian lemah dan harga barang kian meningkat...
ReplyDeleteHi greaat reading your blog
ReplyDelete