»

29 April 2015

Kenangan Sebuah Anugerah


Seperti yang JR tulis dalam entri di blog ini 2 hari lepas, JR dan isteri tak dapat meraikan hari Anugerah Cemerlang untuk anak perempuan kami, Sha di sekolahnya  kerana terpaksa bergegas ke hospital untuk uruskan mak mentua yang pengsan akibat hypo - kekurangan gula dalam darah. Kerana tak dapat pergi ke majlis itu, tak dapatlah JR abadikan gambar-gambar Sha di atas pentas ketika mendapat hadiah dari Tuanku Puteri Intan Safinaz, anakanda tunggal Yang Di Pertuan Agong..

Kesian Sha..tak ada sekeping gambar kenangan pun ketika berada di atas pentas untuk dikongsi sebagai sejarahnya nanti. Tapi apa boleh buat, segalanya adalah takdir Illahi yang pasti ada hikmahnya. 

Yang sempat dirakam cuma gambar-gambar Sha dan kawan-kawannya di luar dewan yang diambil menggunakan henfon Sha:

                                                          Sha di tengah bersama dua rakannya

                           Sha di kanan sekali tetap ceria walau tanpa kehadiran dan sokongan ibu bapa

                                             Sha di kiri sekali di luar bilik kelas mereka

                       Sha di tengah. Mudah mengenalinya dengan bentuk tubuh kecil macam budak     Tingkatan Satu..

                                                  Sha di tengah di depan kantin sekolah
 

7 comments:

  1. mungkin kawan2 sha ada amik gambar sha ketika di atas pentas tu...

    ReplyDelete
  2. Mungkin ada cikgu yang ambil gambar Sha semasa di atas pentas.. boleh cuba bertanya.. at least ada gambar kenangan.. ;)

    ReplyDelete
  3. apa nak buat Sha..perancanagna ALLAH mengatasi plan mak ayah..

    ReplyDelete
  4. bertuahlah ayah dan ibuSha...

    ReplyDelete
  5. Tahniah Sha..juga utk JR & isteri.
    Bagus anak JR, memahami situasi.

    ReplyDelete
  6. semoga mak mertua jr cepat sembuh dan pulih seperti biasa..amin

    ReplyDelete
  7. semoga dia faham dan terus cemerlang

    http://kucenmaster.blogspot.com/

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....