Minggu lepas JR ada buat entri tentang dompet Fitri, anak lelaki JR yang hilang dikebas penyeluk saku. Di dalam dompet itu ada sedikit duit, IC, lesen memandu, kad ATM dan kad metrik universiti tempat dia belajar.
Mujurlah masa pergi buat IC baru, pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengecualikan bayaran RM110 yang sepatutnya dibayar bila IC hilang. Mujurlah pegawai itu menerima rayuan anak JR agar dikecualikan bayaran kerana ia berlaku bukan atas kecuaiannya tetapi akibat perbuatan penyeluk saku.
Mujurlah masa pergi buat IC baru, pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengecualikan bayaran RM110 yang sepatutnya dibayar bila IC hilang. Mujurlah pegawai itu menerima rayuan anak JR agar dikecualikan bayaran kerana ia berlaku bukan atas kecuaiannya tetapi akibat perbuatan penyeluk saku.
Petang
semalam JR bawa Fitri ke Jabatan Pengangkutan Jalan pula untuk membuat
Lesen Memandu baru. Harap-harap JPJ seperti juga JPN, kecualikan bayaran buat lesen memandu yang hilang...
Selepas mengambil angka giliran dan mengisi borang kehilangan lesen memandu, akhirnya nama Fitri dipanggil oleh petugas kaunter.
"Ada buat laporan polis?" tanya petugas kaunter.
"Ada buat laporan polis?" tanya petugas kaunter.
Fitri keluarkan lapora polis kemudian merayu untuk kecualikan bayaran kerana ia berlaku bukan kerana kecuaiannya.
Petugas kaunter itu membaca laporan polis.
Petugas kaunter itu membaca laporan polis.
"Kena bayar juga RM20. Tak boleh bagi pengecualian" jawab petugas kaunter dengan tegas.
"Tapi hari tu Jabatan Pendaftaran Negara bagi pengecualian untuk IC baru. Ini kes jenayah, bukan disengajakan.." kata JR.
"Tak boleh bagi. Dalam laporan polis ini sebut 'mensyakki diambil penyeluk saku', maknanya tak pasti penyeluk saku ambik atau tidak. Muka orang yang ambik dompet tu tak nampak kan? "
"Memang tak nampak mukanya. Dia kan penyeluk saku. Penyeluk saku tu profesional, tak sedar pun dia ambik. Kalau nampak muka itu penyamun, bukan penyeluk saku..." jawab JR.
"Tak boleh... tak boleh bagi pengecualian, ia kes tak pasti..Kena bayar juga RM20"
JR pun malas nak bertekak cuma kerana duit RM20. Bayar aje lah, walaupun dalam hati berkata: kenapa kes yang sama diberi pertimbangan yang berbeza?
Lepas bayar RM20, akhirnya siaplah lesen memandu baru untuk Fitri.
Esok JR cadang nak bawa Fitri ke Bank Islam pula kerana kad ATMnya juga turut hilang dalam kejadian itu. Entah berapa ringgit pula yang kena? Menyusahkan betullah pencopet tu...
Lain tempat lain pula alasan pertimbangan nya kan JR.. kena sabar juga lah kita ni berhadapan dengan kerenah mereka :)
ReplyDeletesabar jelah kan...dah nama pun penyeluk saku.yelah, bising-bising pun tak ke mana kan..
ReplyDeletepelik pulak rasanya...jpn kata x perlu bayar..jpj pulak sebaliknya..nasib baik rm20 ..tapi duit juga yer tak..sebab tu encik suami kalau nak pi mana2 mesti pakai seluar kocek tepi..senang sikit...
ReplyDeleteSemuanya atas budi bicara..
ReplyDeleteEntah la JR...sebab dah siap ada report Polis tu semua, tak kan lah tak boleh timbang rasa...Igt lah " kalau kita permudahkan urusan orang lain, Insya Allah , Allah akan permudahkan urusan kita"
Tiada penyelarasan antara dorang.. lain Jabatan lain proses kerjanya.. eemm..
ReplyDeleteSakit ati kan, sana ckp lain..sini ckp lain.
ReplyDeleteLesen memandu yg baru lebih cantik. :)
Tukar kad kat bank islam caj RM12... ditolak dari akaun.
ReplyDeletebank pun satu..dh ada bukti laporan polis kena rompak/curi..x kan nk caj juga..baik x payah tunjuk laporan polis. ni kalo kena kat aku, mmg time2 tu juga aku closed semua akaun bank berkenaan termasuklah kad kredit, akaun simpanan tetap, insurans peribadi. dan last sekali akaun gaji aku pun aku akan tukar ke akaun bank yg lain. jgn sentap ya persatuan bank2 malaysia. aku ni nk jadi pengguna bijak bestari dan kadang kala aku nk menunjukkan betapa kuasa pengguna mampu mengubah segalanya. Tanpa pengguna, siapa lah anda. mmg x bergunalah! ok bye
Deletelain agensi..lain penerimaannya. aduhh..sabar ajalah. dah kita perlukan semua dokumen tu...kena turut sajalah kan
ReplyDeleteujian tu ... JPN spesis lembut hati dan JPJ lak ikut peraturan . bila baca statement tu mmg disyaki bermakna x pasti ... akur je lah .
ReplyDeleteKerja saya dulu berhadapan dengan pelanggan. kekadang susah juga saya nak buat keputusan.
ReplyDeletenak ikut undang-undang, ada rasa kasihan. nak ikut rasa belas, takut ditipu sebab pernah terkena dengan pelanggan yang cukup bijak buat 'lakunan'...
Kalau semua bukti dokumentasi lengkap, tiada istilah ditipu. ikut undang2 sahaja. kalau rasa kesian, pass pelanggan kat kaunter sebelah
DeleteBab2 lain kalo dia nk tipu ke, tu dia punya pasal. Serahkan kepada yg Maha Esa. Yg penting kita dh jalankan tugas dengan baik, jujur, ikhlas.
Sebenarnya nampak sangat peraturan yg ada kat Malaysia ni bergantung kepada budi bicara org yg kita berurusan tu. Kalau org tu okay macam di JPN tu, mgm bertuah la. Walaupun yg di JPN tu pegawai. Yg di JPJ tu pulak petugas kaunter je kot?
ReplyDeleteX perlu lah nk ptikai pangkat bagai..hina or gah jawatan bkn cermin nilai hati budi seseorg..
DeleteAina semalam pi renew lesen dengan yg muka hadapan tu hilang tinggal yg sambungan je,,,2 tahun sekali renew. Kena juga denda Rm20...huhuhuuu...
ReplyDeleteKalau ic hilang bukan student percuma ke? dulu masa student hilang ic free je mungkin skrang dah lain. Semoga dipermudahkan urusan.
ReplyDeleteprosedur setiap jabatan x sama rupanya...abis tu kes yg mcm mana dpt pengecualian...rumah terbakar lah kot kan
ReplyDeleteEkceli dlm t&c xde pngecualian pn..sume atas budi bicara.
DeleteJR nak tanya kalau lesen hilang, kena bawa gambar and polis report ke utk buat pembaharuan?
ReplyDeleteHi, nak tanya bila buat lesen yg dah hilang tu, ambil gamba pon dekat kaunter jpj jgk ke?
ReplyDeleteHi, nak tanya bila buat lesen yg dah hilang tu, ambil gamba pon dekat kaunter jpj jgk ke?
ReplyDeleteBoleh bawa gambar foto sendiri ukuran passport berlatar belakang putih atau kalau tak bawa gambar boleh scan gambar di IC..
Deletesebab perkataan "disyaki"? kalo aku, mau aku sekolahkan budak kaunter tu..yg aku tahu, tu ayat standard polis..kalo nk kuiri aku, mmg aku hidangkan dia daging harimau masak merah
ReplyDeleteSembang bleh la cok..haha
DeleteBos..blog u femes bos. Ramai org baca. Pe kate before u post, preview n baca blk bos. Bnyk sgt typo nye..huhu
ReplyDelete