Hari Selasa lepas sepatutnya anak lelaki nombor 3 JR pulang ke UTeM Melaka untuk sambung pengajiannya. Sepatutnya Fitri naik bas pukul 10.45 malam dari stesen bas Shahab Perdana, Alor Setar dan sampai ke Melaka pada pagi esoknya.
Tapi 4 jam sebelum balik, Fitri pergi ke pasar malam berdekatan Star Parade, Alor Setar. Dalam kesesakan orang ramai membeli belah tiba-tiba dia menyedari beg duit yang dibawanya hilang. Dia telah menjadi mangsa penyeluk saku!! Wang di dalam beg duitnya tak banyak tapi semua dokumen penting di dalamnya - IC, lesen memandu, kad metrik dan kad ATM semuanya lesap kena kebas!!
Bagaimana Fitri nak balik pada malam itu tanpa IC? Kalau ditahan polis di pertengahan jalan atau di Melaka bagaimana? Kalau Fitri nak pakai duit dalam keadaan terdesak tanpa kad ATM bagaimana? Nak pandu kapcainya ke kampus tanpa lesen memandu bagaimana? Memang menyusahkan bila beg duit hilang!
Akhirnya Fitri tak jadi balik ke Melaka malam Selasa itu. Esoknya (Rabu) dia perlu buat IC, itu yang paling penting. Tentang lesen memandu, kad ATM, kad metrik dia boleh buat di Melaka nanti. Yang penting sekarang buat IC dulu..
Susahnya bila IC Fitri hilang...
Sebenarnya tiket bas untuk Fitri telah JR ambil sejak 5 hari lepas. Bila JR telefon syarikat bas mereka kata kalau penumpang yang dah ambil tiket tak naik bas pada malam itu tiket yang dibelinya dianggap terbatal. Terbang duit aku RM65!!
Tengahari kelmarin (Rabu) JR bawa Fitri ke balai polis untuk melaporkan kehilangan ICnya. Nasib baik orang tak ramai di balai polis, dalam setengah jam saja laporan polis siap:
Kemudian kami ke Jabatan Pendaftaran Negara Alor Setar pula. Kerani kaunter beritahu untuk kes IC hilang, pemegang IC dikenakan bayaran RM110 untuk kehilangan kali pertama. Jika hilang lagi IC kali kedua dikenakan bayaran RM210 dan untuk kali ketiga bayarannya RM310. Memang dendanya berat bagi menghukum mereka yang cuai dalam penjagaan IC.
Seterusnya kerani itu menyatakan Fitri perlu bayar RM110 untuk gantikan ICnya yang hilang. Tapi memandangkan kehilangan itu tak disengajakan dia boleh buat rayuan pengecualian bayaran kepada Penyelianya. Lalu JR dan Fitri pergi kepada encik Penyelia. Selepas sedikit soal jawab mengenai latar belakang kehilangan dan meneliti Laporan Polis yang dibuat, Penyelia itu menanda tangani surat pengecualian bayaran. Tak payah bayar...selamat duit aku RM110, alhamdulillah...
Lepas itu kami pergi semula kepada kerani pertama tadi. Dan akhirnya tak lama lepas itu siaplah Kad Pengenalan Sementara untuk Fitri. Kad Pengenalan sebenar akan siap pada hari Khamis (hari ini)..
Jika korang kehilangan IC bukan kerana kecuaian sendiri tapi akibat jadi mangsa penyeluk saku, penyamun atau pencuri, buatlah laporan polis dan kemudian pergilah ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk memohon IC baru. Tapi jika kehilangan IC disebabkan kecuaian sendiri, jangan lupa aediakan wang RM110 untuk bayar denda!!
wow..sudah naik caj nya...dulu ic saya hilang kena bayar RM10 je..heheheh...dulu lah....nak dekat 10 tahun lepas punya citer.
ReplyDeleteKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
DeleteKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
laa..kesiannya Fitri..jd mangsa penyeluk saku..
ReplyDeletedenda yg mahal tu utkmenyedarkan org ramai..pentingnya menjaga mykad,kan...
Salam JR...
ReplyDeleteItulah orang kata malang tak berbau....
Memang elok pun di buat charge macam tu...sebab ramai yg ambil enteng sebelum ni, mentang2 denda nya RM10 aja..
ReplyDeleteTapi saya terfikir jugak, kalau org yg hilang sebab sendiri cuai, lepas tu tipu mengaku di seluk saku, macam mana Penyelia Polis tu nak tau??
Mmg la JR. Kalo hilang IC mmg leceh nak kena apply semula. Syukur jugak penyelia kat JPN tu bagi pengecualian drpd kena bayar.
ReplyDeleteanak sedara baru je ckp pasal ni. sbb dia kena denda rm110 tu..ic entah hilang mana.
ReplyDeletepengalaman saya kena ragut. Masa kat JPN tu tunjuk surat report polis..tapi kerani tu tak terima. Siap marah2 saya, katanya ada report atau tak caj tetap sama. Pdhal polis dah bagitau saya kegunaan report tu. Disebabkan masa tu saya budak lagi dan sorang, tak reti nak berdebat...terpaksalah mengalah kpd kerani garang tu. :(
Denda hilang IC ni memang mahal juga. Walau apapun, kehilangan IC tetap menganggu rutin harian kita.
ReplyDeleteye betul tu .."Bagi kehilangan Kad Pengenalan yang disebabkan kes rompakan, samun, kecurian, malapetaka dan seumpamanya,laporan polis perlu disertakan yang menyatakan dengan jelas mengenai butir-butir kejadian dan Kad Pengenalan yang hilang"
ReplyDeletebijak betul penyeluk ni..dia seluk kitap un x sedar..itu lelaki..kalau pompuan..bawak handbag lalai sikit je..tup2 dah hilang dompet..
ReplyDeleteKasihan si Fitri..dek kerana IC/Mykad hilang semua kerja tergendala.ye llah..IDENTITI DIRI tu..x de nanti di katakan pendatang pulaj ka...sbabar je lah
Akhmal dah 3 kali hilang ic. staf PPN pun dah mula bernada tinggi tegur dia. Ada juga betul katanya tu.
ReplyDeleteNasib baik dia ada kat OKU jadi tak perlu bayar denda...free jer..
merasa juga fitri jadi warga asing...huhuhu..maaf yer..akak gurau jer fitri...
ReplyDeletenasib baik tak bayar kan jr...sebab tu yan tak suka tempat yang ramai sangat orang..apa2 pun boleh berlaku..
ada pengecualia rupanya ... bolehlah selamat dr rm 110 tu ...
ReplyDeleteMahal tu kalau betul2 ikut charge sepatutnya.
ReplyDeleteKalau dia x percaya kes ragut ke..susah pulak.
Saya cumah nak berkongsi masala dgn korang semua, saya ada 2 mykad,, yg 1 lama dan yg 1 lagi baru,, yg lamah saya da buat lapor kehilangan beberapa bulan mykad lamah tu saya jumpah kembali,, persoalannya sekarang,, mykad lama sya tertinggal kat ruang tamu, lepas tu keluarga saya pla jumpa mykad lamah tu,, keluarga saya perempuan simpan mykad tu,, saya sorang lelaki keluarga saya sorang perempuan,, sepupu saya perempuan tu bersala ke x,, pendek cerita,, salah ke keluarga saya mengutip @ menyimpan harta benda saya,,
ReplyDelete