»

15 February 2015

Roti Canai Ikan Temenung


Dah lama JR tak pergi ke market Kubang Rotan, Kuala Kedah. Yang istimewanya tentang market Kubang Rotan ialah jualan hasil lautnya yang masih fresh, maklumlah baru turun dari laut. Harga hasil laut terutama ikan dan sotong juga lebih murah dari market-market biasa sekitar Alor Setar.

Minggu lepas dengar berita TV kata sekarang ini ikan kembung (orang Utara panggil ikan temenung) segar cuma dijual RM1 sekilo saja di sekitar Kuala Kedah termasuk market Kubang Rotan. Seminggu sebelum itu ikan temenung segar di jual pada harga 5 kupang (50 sen) sekilo. Memang murah. Dah lah ikan baru turun dari laut, dijual dengan harga murah pula!!

Lalu pagi tadi JR yang dah lama tak sampai ke market Kubang Rotan pergi ke market itu untuk cari beberapa bahan basah.

Tapi bila sampai peniaga beritau harga ikan dah naik sikit berbanding minggu lepas. Ikan temenung sekarang dijual pada harga antara RM3 hingga RM4 sekilo mengikut saiz. Memang JR tengok semua ikan temenung yang dijual di situ masih segar-segar lagi, kata peniaga ikan-ikan temenung tu baru naik dari laut awal pagi tadi. Mata ikan masih biru, badan masih pejal, belum kena ais lagi...

JR beli 2 kilo ikan temenung. Kalau beli sekilo RM4.00, 2 kilo RM7.00, sebab tu JR beli 2 kilo. 


JR tengok sotong kat market itu juga masih fresh juga, belum kena ais. Isinya putih, nampak segar dengan saiz besar panjang lebih kurang antara 10 hingga 12 cm. Harga sekilo RM13 untuk sotong besar, masih dikira murah.. Kelmarin JR tengok dekat Mydin harganya lebih RM20, itu pun dah entah berapa lama duduk dalam ais. Kata peniaga yang menjualnya, sotong itu ditangkap menggunakan pancing dan bukannya pukat. Sotong itu juga baru dinaikkan ke darat pagi tadi. JR beli 1 kilo, lebih dari cukup untuk dimakan hari ini dan mungkin esok:


Lepas beli lagi beberapa barang basah, JR pergi ke gerai roti canai kerana isteri pesan nak makan roti canai Kubang Rotan. Tahun lepas roti canai biasa di gerai itu dijual cuma 8 kupang (80 sen) sekeping, roti canai telur pula RM1.20. Tapi hari ini tengok harga roti canainya sudah naik dari 8 kupang kepada RM1.00, roti canai telur pula naik dari RM1.20 kepada RM1.60.

Mengapa harga roti canai naik? Agaknya sebab harga petrol turun kot..hehehehe..

Tapi harga roti canai RM1.00 sekeping masih dikira OK sebab kebanyakan kedai di Alor Setar juga jual roti canai pada harga itu...
 

12 comments:

  1. murahnya ikan sotong kat tempat jr...walaupun btu paht dekat dengan laut..tapi harga ikan termenung tu sekutar rm 7 ker rm8...

    sedap wat laksa atau otak2 ikan termenung..

    ReplyDelete
  2. Murah betoi sekilo rm1 ... lepas tu harga naik pun cepat betoi...janji segar .dan tak berais lagi....harga rm3 tu pun kira murah lagi tu..

    ReplyDelete
  3. harga petrol turun takda kaitan langsung dgn harga barang..huh! , balik Sp sy selalu makan roti kat Tmn Ria depan masjid...sempoi kuahnya + isi ikan nindia !! harga seringgit sekeping pon ok lagi .

    ReplyDelete
  4. Aikss...sekali bce tajuk sy ingt roti canai ikan. Pelik bunyi rotinya...haha. Agak2 hrga roti canai boleh turun x.

    ReplyDelete
  5. kekadang kita rasa harga tu mahal tapi sebenarnya lebih murah dr tempat lain ...

    ReplyDelete
  6. JR.. kat mana pasar kubang rotan tu...
    pas2 petang2 buka dak.. ishhh nk p beli la lepas balik kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. petang-petang tak fresh dah kot ikan dia..

      menyampuk jap..hehe

      Delete
    2. Pasar Kubang Rotan letaknya tak jauh dari Kuala Kedah. Boleh juga pergi ikut jalan Alor Setar-Kangar, bila sampai kat traffic light pekan Kuala Sungai, belok kiri, jarak cuma 3 km dari traffic light tu...

      Delete
    3. petang2 ada juga kn ikan baru naik kan JR..
      aduh xnmpk lagi plan JR bgi.. xpa2, nnt tnya org lah...

      Delete
  7. kalau pergi pasar, biasanya saya hanya beli sotong dan udang. Kalau ikan kami jarang beli.

    ReplyDelete
  8. Syioknya dapat makan ikan fresh yang urah plak tu. Ikan kembung ni saya paling suka. Goreng kunyit pun dah sedap.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....